"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, 30 December 2014

Banjir Besar Di Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama xmenulis kat blog ni. Banyak perkara yang terjadi sejak dua tiga menjak ni telah menyebabkan mood untuk menulis diblog hilang.

Rasanya semua dah sedia maklum apa yang terjadi dalam negara kita Malaysia seminggu yang lalu..negara kita ditimpa musibah yang besar apabila negeri Kelantan dan Pahang mengalami banjir yang paling besar sekali selepas banjir besar pada 1971. Malah ia lebih besar dari tahun 1971.

Allah Maha besar! SesungguhNya musibah yang terjadi telah dirancang oleh Allah swt. Kita sebagai manusia perlu bersangka baik denganNya, Mungkin ada sesuatu yang lebih baik yang Allah ingin berikan.

Buat pengetahuan semua, kuala krai dan manik urai paling besar mengalami banjir, manakala di Pahang paling teruk di Temerloh. Dasyat tu memang dasyat kerana banjir kali ni arusnya kuat hingga menyebabkan ada insan yang terkorban. Hujan yang hingga hari ini belum menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti. Matahari juga belum mahu keluar disiang hari.

Bersabarlah ye, kita semua sedang diuji. Allah menguji mengikut kemampuan kita menghadapinya. Ya semua yang mengalami.musibah pasti mempunyai jiwa yang kental dan kuat. Jue sendiri rasanya xmampu untuk menghadapi situasi sebegini. Apa yang boleh kita semua lakukan sekarang adalah berdoa dan terus berdoa dan bagi yang tidak terlibat dengan banjir bantulah mereka dengan seikhlasnya.Kesian anak2 kecil dan warga emas, tiada rumah untuk berteduh lagi buat mereka.

Kat bawah ni ada beberapa keping gambar banjir atau musibah yang berlaku di Temerloh.






Moga mangsa-mangsa banjir diseluruh negara ini tabah dengan ujian yang melanda ini..Moga bertambah2 rezeki buat mereka yang selalu menyumbang untuk mangsa banjir.



No comments:

Post a Comment