"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday, 19 November 2014

8 Tips Merawat Penyakit Gastrik

Gastrik merupakan penyakit yang biasa berlaku dikalangan kita. Ini disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak seimbang dan teratur. Jenis pemakanan juga mempengaruhi penyakit gastrik.


Seperti sedia maklum penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Punca-Punca Gastrik

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.


 1) Makanan Asam


Seperti dengan makanan pedas, makanan yang masam turut akan merangsang rembesan jus gastrik yang lebih. Bagi mereka yang gemar makan jeruk apabila perut kosong, lama kelamaan, lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada hakisan asid hidroklorik akan menjadi semakin nipis.

Makanan Pedas Boleh Menyumbang kepada Gastrik

2) Makanan Pedas


Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung untuk menghidap masalah gastrik acid, ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Ini menerangkan kenapa anda lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas.


3) Makanan Bergoreng


Makanan yang digoreng adalah berminyak dan lebih sudah untuk dicerna, ia akan berada di dalam perut untuk jangka masa yang lebih panjang. Kewujudan makanan akan terus merangsang rembesan jus gastrik di dalam perut.

Simptom Gastrik

  • Perut terasa seperti kembung.
  • Sendawa yang berterusan.
  • Sakit mencucuk pada bahagian perut.
  • Rasa mual selepas makan.
  • Muntah
  • Hilang selera makan.
  • Penurunan berat badan jika terlalu kronik.

 Tips Merawat dan Mengelakkan Penyakit Gastrik

1- Elakkan makan makanan yang berasid seperti makanan pedas, makanan berminyak, makanan masam, dan juga junk food.
2- Selepas makan nasi, pastikan minum air suam, bukan air seuk atau ais batu.
3- Pastikan jadual waktu makan teratur.
4- Elakkan makan makanan berangin dan sejuk.
5- Hindari rokok, alkohol dan minuman bergas.
6- Elakkan dari mengambil ubat dari doktor seperti milk of magnesia dan sebagainya kerana ditakuti akan memudaratkan lagi sakit gastrik tersebut.
7- Minum susu segar atau susu yang kaya dengan sumber protein semulajadi.
8- Makan sup yang direbus bersama halia untuk mengelakkan angin terkumpul dalam badan.

Untuk memudahkan rawatan gastrik anda boleh cuba Cadangan Set Gastrik ini untuk mengatasinya. Apa Yang ada dalam Set Gastrik ini?

  1. ESP(Energizing Soy Protein) -  Susu Soya Berprotein Tinggi
  2. Pappermint Ginger Plus - Halia yang dirumus bersama pappermint menjadi kapsul yang boleh melegakan angin dalam badan.
  3. Ostematrix - susu berbentuk kapsul yang boleh membantu meneutralkan asid.

Jika berminat hubungi Junaida Watie 019-9895564


1 comment:

  1. Get a $200 Bonus at Harrah's Casino in Las Vegas
    The new Harrah's Casino 1xbet login is one of the most well-known aprcasino Las Vegas-style casino resorts. It 바카라 사이트 features a full-service spa, a https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ full-service novcasino spa and

    ReplyDelete