Setiap kali lihat ramai kawan-kawan yang sudah berjaya pergi menunaikan umrah, terbit rasa cemburu yang amat kuat. Selalu jue impikan untuk pergi ke sana. Memang itulah tempat pertama di luar negara yang ingin jue lawati dahulu sebelum pergi ke tempat-tempat lain jika berpeluang inshAllah.
Kota Mekkah adalah Tempat Yang Paling Allah sayangi. |
Nak tau apa tempat yang jue teringin sangat-sangat nak pergi.. jue teringin nak pergi ke Mekkah AlMukarramah. Waduh bestnya kalau dapat pergi ke sana kan. Lepas hajat pergi sana barulah teringin nak pergi ke tempat lain pula. Bukan apa teringin nak tengok keindahan di sana, bangunannya yang cantik-cantik, dan yang paling penting adalah Mekkah Al Mukarramah ni adalah tempat yang paling disayangi Allah.
Live dari Mekkah |
Betapa beruntungnya jemaah haji kerana dapat menjejakkan kaki di bumi yang penuh berkat ini sebagai tetamu al-Rahman. Sesuai dengan status yang mulia ini, setiap jemaah hendaklah memastikan hati dan diri sentiasa suci agar tidak terjerumus ke dalam kemungkaran dan kezaliman. Renungilah firman Allah: Dan barang siapa yang berniat melakukan di Mekah kejahatan dengan cara yang zalim, nescaya kami akan merasakannya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (al-Hajj: 25)
No comments:
Post a Comment