"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday, 27 August 2014

Set Bersalin Shaklee

Salam sejahtera semua pembaca

Kali ni jue nak berkongsi dengan kaum-kaum ibu mengenai set bersalin yang pernah jue guna semasa bersalin anak kedua. Masa tu perkenalan kali kedua dengan produk Shaklee terjalin, jika sebelum jue teruja memberikan anak sulung jue dengan Mealshakes. Dek kerana keberkesanannya dalam menyembuhkan penyakit sembelit anakku, tergerak je hati ini untuk mencuba set menyusu pada mulanya. Setelah dinasihatkan berkenaan dengan kesihatan dan kecergasan yang diperlukan oleh setiap wanita atau ibu yang baru bersalin, jue mula sedar sememangnya waktu berpantang ibu-ibu lebih memerlukan tenaga.

Energizing Soy Protein membantu ibu berpantang untuk lebih bertenaga dan sihat


Alfafa pula membantu ibu-ibu menyusu mendapat khasiat lebih banyak dengan teknik Supply dan Demand yang betul.
Jadi set yang jue ambil adalah Set menyusu asas + trial set bersalin iaitu Energizing Soy Protein (ESP), Alfafa, Vitalea, Sustained Release Vit C, B complex dan juga zink complex. Pada mulanya memang jue ni buta vitamin, apa fungsi vitamin pun xtau melainkan vitamin C je, huhu kesian betul cetek ilmu. Rupa-rupanya setelah berkenalan dengan Shaklee sememangnya kita ni wajib ambil vitamin kerana melalui makanan xsemua vitamin yang kita perlukan dapat diserap. Kadang-kadang ia terhapus melalui proses penyediaan makanan tersebut.

Ini dia set bersalin pilihan ibu-ibu di Malaysia kini

Setelah beli, jue xguna pun  lagi set bersalin  tu huhu, maklumlah masa tu dalam pantang jadi malas sangat n ak makan vitamin sebab masih kosong lagi minda jue ni pasal kepentingan kesihatan. Ada satu malam tu jue memang rasa sakit kepala yang amat, teringat ada terbaca yang b complex berfungsi sebagai agen penenang dan memang sesuai sangat lah diambil masa itu. Terus jue cari botol trial pack( sekarang dah xjual trial pek rasanya) dan cari b complex. Amazing jugak bila lepas makan tu terus rasa nak merehatkan badan sekejap dan bila bangun je memang rasa lega  sebab sakit kepala dah hilang. Terus jue godek-godek semua fungsi dalam set bersalin ni. Jadi bermula saat itu jue makan semua vitamin dan hasilnya alhamdulillah syukur sangat-sangat, pantang xsampai 2 minggu jue kembali sihat dan cergas cuma masa tu duduk dengan emak jadi mak jue tetap tak bagi buat kerja-kerja yang berat lagi.

Alhamdulillah juga susu sentiasa ada untuk anak yang kedua, sampai sekarang pun masih menyusu badan lagi. Alhamdulillah diketemukan dengan produk yang betul-betul berkesan, selamat dan semulajadi ini. Terus jue join jadi ahli sebab senang nak beli sendiri, masa tu xde online sistem lagi hanya boleh order melalui call atau emel sahaja. Sekarang ni serba mudah nak order semua boleh online je. Itulah kelebihan menjadi ahli Shaklee, iaitu senang dapatkan barang sendiri di web disamping dapat kumpul point-point dari pembelian. 

Ok, dalam set bersalin, vitalea berfungsi untuk mencukupkan kesemua vitamin yang diperlukan oleh tubuh manusia, Penting sangat untuk ibu-ibu hamil dan selepas bersalin kerana ibu-ibu ini kehilangan banyak zat dan darah. Jadi ia bertindak untuk meningkatkan hb ibu hamil dan memberikan kecergasan kepada ibu berpantang.  B complex pula seperti yang jue cakap tadi sebagai agen penenang atau anti stress, bukan ibu berpantang je boleh amik malahan semua yang mengalami masalah lemau-lemau badan dan migrain juga sangat sesuai. Ini kerana b complex menukarkan makanan kepada tenaga dalam badan. Zink pula untuk menyembuh luka dengan cepat. Terbukti memang luka cepat sembuhlah. Enzim yang terdapat dalam zink sangat membantu luka cepat baik. Seterusnya Sustained Released vitamin C, yang ni memang jue suka makan sebab untuk mendapatkan kulit dan kolagen. Sebab dalam vitamin c ada kandungan kolagen.

Amboi panjang lebar dah cerita pasal set bersalin shaklee ni. Dah memang nyata dan jelas setiap orang terutama ibu-ibu yang sudah bersalin memang memerlukan vitamin untuk kekal sihat dan cantik serta kembali pulih macam anak dara. Bagi jue inilah Set Bersalin Moden yang terbaik, tiada bahan kimia tetapi berkesan untuk semua orang. Jadi jue nasihatkan semua ibu-ibu mahupun sesiapan juga mementingkan kesihatan tau. Tak kira kita guna produk apa yang penting periksa bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut. Adakah ia selamat untuk digunakan atau tidak. Bagi jue memang Shaklee dihatiku.

Nak order dan nak jue konsult boleh whatsapp atau sms sini 019-9895564
Junaida Watie
SID 930073
Pengedar Shaklee di Kajang Selangor.


No comments:

Post a Comment