"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday, 30 August 2014

Tips Sembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat

Salam sejahtera..

Di hujung-hunjung minggu ni barulah anak-anak jue dapat melepaskan rindu berjumpa dengan papa diorang. Kesian selalu kena tinggal dengan papa, nak buat macamana sayang semua papa kerja mencari rezeki untuk kita juga. Jadi kita kena redha dan bersyukur sahaja. Dalam sibuk-sibuk menguruskan hal rumahtangga jue nak selitkan juga di blog jue beberapa tips atau panduan untuk ibu-ibu berpantang secara ceaser atau normal tentang cara bagaimana untuk menyembuhkan luka jahitan dengan cepat. 

Orang-orang dulu lebih suka pada cara tradisional iaitu dengan menyarankan anak-anak mereka yang berpantang memakan ikan haruan yang kecil itu hidup-hidup untuk luka cepat sembuh. Makk aii takutnya dan rasanya jue xsanggup buat tu semua hukhuk... Tapi dalam dunia sekarang yang serba moden dan canggih ni, dah pelbagai kaedah dah orang guna untuk makan ikan haruan, kebanyakkan nya jue tengok buat sup ikan haruan, bakar dan ada yang minum pati ikan haruan (haiyakkk ni pun jue xsanggup nak telan). 

Dipercayai dapat mempercepatkan penyembuhan luka-luka pembedahan dan juga luka-luka bersalin.
Selain cara makan ikan haruan, boleh juga amalkan petua-petua lain untuk embuh dengan cepat. Antaranya;-

1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.  Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.


3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.


Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.


6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.


Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko  jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.


10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.


11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Sumber rujukan dariblog alamhamil.com

Selain itu juga, ibu-ibu yang baru lepas bersalin memerlukan suplemen juga untuk membantu mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Yang mana xsanggup nak telan pati ikan haruan tu memang sesuai sangatlah ambik suplemen ini untuk sembuh luka dengan cepat yer..

Luka pembedahan jika lambat sembuh dikhuatiri mengundang pelbagai masalah lain seperti bernanah dan mengalami jangkitan kuman. Oleh itu sangat penting untuk mengetahui cara bantu luka pembedahan supaya cepat sembuh.

Berikut adalah suplemen yang penting untuk membantu luka pembedahan supaya cepat sembuh;
  • Antioksidan - Vitamin E & C membantu memerangi radikal bebas, membentuk kolagen bagi memperbaiki struktur kulit, mengelakkan pendarahan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Protin - Membekalkan asid amino yang penting untuk pembinaan semula kulit, otot dan organ dan ia membantu mempercepatkan luka untuk sembuh dan mengurangkan parut.
  • Zink - Mempercepatkan pemulihan luka
  • B-Complex - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, meredakan keresahan dan kerisauan, mengurangkan keletihan dan kelesuan dan memberi tenaga.
  • Glukosamine - jika pembedahan melibatkan sendi.

Set Bersalin yang berfungsi untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin serta memberikan kecergasan dan ketenangan ketika berpantang.

Seorang ibu prihatin dan seorang pengedar shaklee di Selangor
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
www.empayarmarlisha.com

2 comments: