Hari ni nak cerita pasal kolagen lagi, dalam banyak-banyak entri baru jue perasan jue xda cite lagi apakah maksud kolagen sebenarnya. Haha teruk sungguh promot kolagen tapi tak bagitahu apa itu kolagen kan? Takpe hari ni jue akan kongsikan apakah makna kolagen itu.
Kolagen penting untuk sel-sel berhubung |
Kolagen berfungsi dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.
Biasanya kolagen dikaitkan dengan manusia untuk tujuan kecantikan kulit kerana ia boleh membuatkan kulit lebih kuat dan anjal.Namun, kolagen menjadi kurang dengan meningkatnya usia manusia itu. Kulit menjadi semakin berkedut, disebabkan itulah ramai yang memilih untuk meningkatkan semula kolagen dalam badan mereka. Buat pengetahuan anda semua juga, koagen bukan sekadar untuk memelihara kulit agar kekal anjal, malah ia digunakan oleh doktor merawat pergerakan sendi dan otot.Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.
Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit.Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.
Ok di sini jue nak bagitahu sumber-sumber kolagen, penting untuk kita tahu agar kita bijak memilih dan tidak salah memilih untuk mengamalkannya.
Antaranya adalah :-
1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!
Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal. Kalau tidak pasti, sila tanya ahli farmasi yang bertugas, tentu mereka bersedia membantu (kalau mereka ikhlas).
Hati-hati! Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui. Walau bagaimanapun, jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada `Seafood’ atau gamat atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya. Kalau sumber selain daripada itu perlulah diselidiki sebelum dibeli/dimakan/digunakan kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat.
Cek label setiap kali membeli kolagen yer, ok pada mereka yang tidak mengamalkan pengambilan kolagen pulak ada beberapa info yang perlu anda tahu ye tentang kesan kekurangan kolagen dalam badan.
Peratus kehilangan Kolagen mengikut umur |
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
Lihat apa kesan-kesannya jika kekurangan kolagen |
Rasanya dah cukup info yang jue nak beri pada entri kali ni. Kalau ada lagi inshaAllah akan jue masukkan dalam blog ini untuk kita bersama berkongsi masalah dan perawatan dalam kecantikan. Moga-moga dengan info ini, anda lebih terbuka untuk mengamalkan kolagen tetapi ingat pilih yang betul halal, selamat dan berkesan sahaja tau. Sekian, jumpa lagi di entri yang lain.
Whatsapp/sms 019-9895564
FB : Junaida Watie
Fanpage : Marlisha Health N Beauty
Fanpage : Marlisha Health N Beauty
Instagram : My Cutie Insta
No comments:
Post a Comment