"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday, 25 October 2014

Apa penyebab teman tidur anda Berdengkur?

Malam ni nak saya nak berkongsi tentang topik yang saya bincangkan dengan group Fighters di whatsapp. Topiknya adalah mengenai gejala berdengkur yang dialami oleh sesetengah orang. Adakah ia berbahaya atau sebaliknya kepada individu yang mengalaminya. Lelaki atau perempuan sudah semestinya ada yang alami masalah ini kan, mari kita kupas beberapa faktor penyebab berlakunya dengkur ini.


Berdengkur ialah gejala Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu laluan udara dari hidung dan mulut tersekat ketika tidur. Kita bernafas menerusi hidung dan mulut dan halangan pada saluran pernafasan itu akan menyebabkan seseorang berdengkur. 

Faktor lain OSA dalam kalangan dewasa: 

1. Pengambilan ubatan tertentu 
2. Ubat anti depresi 
3. Ubat tidur 
4. Alkohol 
5. Merokok 
6. Berat badan berlebihan

Antara gejala OSA dalam kalangan dewasa ialah kurang fokus, sentiasa mengantuk, terutama ketika menghadiri mesyuarat atau memandu, malah OSA boleh menyebabkan individu terbabit terlelap ketika berhenti di lampu isyarat. Penderita OSA mudah pening di waktu pagi dan rasa tidak puas tidur dan sentiasa rasa ingin tidur. 

Risiko OSA: 

1. Lemah jantung 
Ini berlaku apabila otak menyampaikan mesej tidak cukup oksigen, menyebabkan jantung mengepam lebih kuat. Kuantiti oksigen yang diperlukan tidak mencukupi disebabkan wujud halangan pada saluran pernafasan. 

2. Darah tinggi 
3. Angin ahmar 
4. Emosi tidak stabil dan cepat marah 
5. Lesu dan tidak fokus 
6. Kerap Letih

 TERDAPAT 10 FAKTA TENTANG BERDENGKUR..

Apakah anda salah seorang yang suka berdengkur?? atau anda mempunyai pasangan atau keluarga yang suka berdengkur??

1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur.
-Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.

2. Lelaki lebih banyak berdengkur.
- Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan. Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.

3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur.
- Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.

4. Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur.
- Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.

5. Kelebihan berat badan menyebabkan berdengkur. Kelebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.

6. Pil tidur dan obat penenang menambah resiko berdengkur. Ubat-Ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.

7. Wanita berumur 50an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut. Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. Hanya 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%.Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.

8. Berdengkur menandakan penyakit.
- Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur.Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya.Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.

9. Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel.
- Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya.

10. Merokok menyebabkan berdengkur.
- Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur.

CARA MENGATASI MASALAH BERDENGKUR

[ Ubah Posisi Tidur ]
Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

[ Turunkan berat Badan ]
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang  tebal dan berkemungkinan
menyebabkan  risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.


[ Hindari Ubat Penenang/Sedatif ]
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.


[Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur]
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.

[Habuk]

Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.

Namun shaklee ada jgk supliment utk masalah ini

[ VITAMIN E ]
mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.

[ LECITHIN ]
Lecithin merupakan pemecah dan pembakar lemak seperti yang kita tahu,berat badan berlebihan menyebabkan kite berisiko tinggi untuk berdengkur.jadi?kurangkan berat badan itu sangat penting kannnn?

Jadi bagi yang nak cuba atasi masalah berdengkur dengan vitamin shaklee bolehla cuba vita e dan vita c ini ye.

Hubungi : Junaida Watie. 0199895564
Ig : Duta Langsing dan cantik
Hantar percuma diKajang dan semenyih dan pos laju seluruh Malaysia.


No comments:

Post a Comment