"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, 30 November 2014

Tips Mudah Bersalin

Bersalin merupakan proses yang sangat manis buat jue. Dapat rasai kesakitan bersalin merupakan nikmat terbesar bagi seorang ibu. Setiap orang mempunyai pengalaman bersalin tersendiri, ada yang perlu dioperate dan ada yang boleh bersalin dengan normal. Ia bergantung pada keselamatan si ibu dan si anak. Walaubagaimanapun, kesakitan itu hilang bila si ibu dapat melihat anak selepas dilahirkan. 

Mesti teruja nak merasai nikmat bersalin kan?


Sweet sangat bila mengenang saat bersalin, jue baru merasa pengalaman melahrkan 2 princess, kedua-duanya normal. Anak pertama dan kedua berbeza sekali kesakitannya, yang pertama jue menahan kesakitan agak lama hingga hampir 6jam, tetapi mudah dilahirkan hanya 2kali teran..hihi sebab xberapa pandai teran. yang kedua pula sakitnya hanya 2jam, tetapi alahai memang banyak kali teran. Almaklumla baby terlekat tali pusat, risau jugak sebab baby keluar tanpa tangisan tetapi alhamdulillah selamat dan membesar dengan sihat sekarang.

Ok sebenarnya entri kali ini jue nak berkongsi tip-tip mudah bersalin bagi mereka yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi. Banyak amalan dan tips yang boleh diamalkan ketika hamil agar mudah bersalin, antaranya :

1) Mengamalkan buah kurma sepanjang kehamilan.

Makan kurma sepanjang hamil sangat membantu memudahkan proses bersalin, selain itu ia juga boleh melahirkan seorang anak yang baik, penyabar dan santun. Ia juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Jika diambil sebelum berjuang unuk melahirkan kurma dapat memberi tenaga kepada si ibu untuk berjuang. Jadi jangan lupa amalkan makan buah kurma ye.

2) Kurangkan tidur dan waktu berehat.

Orang-orang lama pesan, ibu hamil tidak boleh terlampau berehat. Jika selalu tidur banyak masalah juga yang timbul. Ada yang kata baby besar, dan bila nak bersalin susah sebab badan lemau je banyak sangat berehat, melainkan ibu hamil mempunyai masalah kesihatan yang tidak mengizinkan melakukan aktiviti-aktiviti ringan semasa hamil. Rajin berjalan memang membantu ibu mudah bersalin. Macam jue memang kaki jalan haha bila pegnent memang kaki shopping sampai ngalahkan orang xhamil pulak hihi. Diorang dah lenguh kaki tapi jue tetap maintain xpenat, maybe banyak amik kalsium kot masa hamil tu xlenguh sangat kaki.

3) Rajin membaca al-Quran.

Ibu hamil perlu rajin membaca al-Quran ketika hamil, bacalah surah Maryam, surah Taubah, surah Yusof dan banyak lagi agar Allah memudahkan urusan kita untuk melahirkan nanti. Letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah dan jangan rasa takut kerana Allah ada untuk membantu kita.

Surah-surah  yang baik diamalkan ketika hamil
Selain itu, amalan membaca doa nabi Yunus sangat baik untuk memudahkan proses bersalin.


4) Sayur Bendi

Sayur bendi terdiri dari 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium. Sayur yang berlendir ini dapat membant melancarkan proses bersalin malah ia juga dapat membantu masalah sembelit, diabetes dan jaundis.

Amalkan memakan sayur bendi semasa hamil

5) Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara ni juga sangat membantu melancarkan proses bersalin. Semasa anak kedua jue mengamalkan VCO Tanamera semasa kandungan berusia 9 bulan ke atas, dan jue rasa ia sangat membantu ibu hamil untuk membantu bukaan jalan kelahiran. Banyakkan dos ketika tempoh bersalin sudah dekat.

VCO sangat membantu proses bersalin dengan mudah InshaAllah

6) Telur Ayam Kampung

Menurut petua orang-orang dulu, telur ayam kampung boleh memudahkan proses bersalin. Biasanya ia dicampur dengan air milo dan hasilnya ibu yang hendak bersalin lebih bertenaga dan bukaan jalan juga lancar.

7) Persiapan Mental dan fizikal

Setkan dalam minda agar memikirkan yang baik-baik berlaku ketika proses bersalin. Ibu hamil perlu bersedia agar dapat jalani proses bersalin dengan mudah. sertai juga aktiviti seperti ceramah dan motivasi untuk ibu-ibu yang akan bersalin. 

8) Ketahui teknik meneran dengan betul

Rajin-rajinlah google bagaiman teknik meneran ketika bersalin. Ia dapat membantu kita lebih bersedia dan yakin untuk melahirkan bayi kita nanti.

Pelajari teknik meneran dengan betul

9) Memohon maaf dengan semua orang sebelum memasuki labour room

P]Orang kata jika kita memohon maaf selalu ramai yang akan doakan agar kita senang bersalin, jadi jangan lupa praktikkan juga ye amalan ini.


Rasanya itu sahaja yang jue dapatkan sharekan di sini, semoga ibu-ibu hamil yang bakal melahirkan dapat memanfaatkan buat persediaan anda untuk bersalin dengan lebih mudah serta lancar. Semoga anda semua dapat melahirkan bayi anda dengan mudah. Letakkan pergantungan pada Allah s.wt setelah anda bersedia untuk melahirkan. zikir ikir selalu agar hati dan minda lebih tenang untuk menghampiri proses bersalin itu. 

Junaida Watie

019-9895564

Pengedar Shaklee yang Aktif

Dapatkan Panduan set ibu Hamil dan Panduan Set Bersalin Shaklee di sini





Obesiti

Malaysia memang ramai yang Obesiti

Obesiti merupakan masalah yang sering berlaku pada masyarakat kita di Malaysia. Di Malaysia masalah ini agak kronik dan seharusnya ramai yang sedar tentang bahayanya obesiti terhadap kesihatan manusia. Justeru itu, kita harus peka dan lebih mementingkan kesihatan agar tidak terlibat dalam golongan yang obes ini. Kemungkinan rakyat Malaysia selalu dihidang dengan makanan yang sedap-sedap dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi telah menyebabkan ramai mereka yag lupa untuk menjaga kesihatan badan. Jadi apa kata kita mengenali lebih dekat apa sebenarnya obesiti ini dan setakat mana ia merbahaya untuk kesihatan terutama kepada kesihatan jantung kita.

Selesakah kita berkeadaa seperti ini?

Definasi

Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.

Formula adalah seperti tertera:

BMI = Weight (kg) / Height² (m) ²Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan dalam kilogram dan ukuran ketinggian di dalam meter.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2 atau lebih sebagai obes. Sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan (6).

Walau bagaimana pun risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk Asia berlaku pada tahap BMI yang lebih rendah dari skala yang telah dinyatakan. Penduduk Asia mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat barat pada skala BMI yang sama. 


Klasifikasi Kegemukan (Obesiti)


WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia

KlasifikasiBMI (kg/m2)Risiko Kesihatan
Kurang berat badan<18.5Rendah
Julat normal18.5 - 22.9Risiko meningkat tetapi boleh di terima
Berlebihan berat badan> 23
Pra-Obes23.0 - 27.4Risiko meningkat dengan ketara
Obes 127.5 - 34.9Risiko tinggi
Obes II35.0 - 39.9Risiko sangat tinggi
Obes III> 40.0Risiko terlalu tinggi

Faktor Risiko Kegemukan (Obesiti)


Mengapa obesiti berlaku? Apakah faktor penyumbang kepada obesiti?Faktor risiko obesiti adalah:


  • Umur. Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.

  • Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.

  • Faktor keturunan.

Tidak menjaga pemakanan merupakan  faktor terbesar mengapa obes berlaku

  • Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.

  • Faktor psikologi. Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan emosi.

  • Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.

  • Ubat-ubatanUbat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.


Implikasi Kegemukan (Obesiti)

Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:


  • Diabetes Mellitus

  • Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)

  • Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)

  • Metabolic syndrome

  • Sleep apnoea

  • Penyakit jantung koronari

  • Cerebrovascular disease

  • Kegagalan jantung

  • Tekanan darah tinggi (hypertension)

  • Osteoarthritis

  • Gout


Mengapa Perlu Saringan Kegemukan (Obesiti)

Saringan obesiti adalah perlu kerana dengan menghitung BMI, pesakit boleh mengetahui status kesihatan. Jika BMI berada di skala yang tidak normal, pesakit tersebut boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk mengenal pasti faktor risiko obesiti. Seterusnya pesakit tersebut boleh mengambil langkah mengurangkan berat badan. Jika perlu, pesakit akan di beri rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat obesiti.

Pesakit di galakkan menghitung BMI sekurang-kurangnya 3 – 4 bulan sekali atau setiap kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Penurunan berat badan akan menurunkan BMI dan penyakit kronik yang dihidapi akan lebih mudah di kawal.

Penurunan BMI juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti tersenarai di atas.

Modaliti Saringan Kegemukan (Obesiti)

Pengiraan BMI hanya memerlukan alat penimbang berat badan dan pengukur ketinggian. Berat badan adalah dalam kilogram sementara ketinggian di dalam meter.

Rawatan Dan Pengendalian

Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Terdapat beberapa ubatan obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimana pun, pembedahan juga adalah satu pilihan rawatan dan pakar bedah akan mengendalikan kes-kes obesiti rumit.

Cara Mencegah Kegemukan (Obesiti)

Rawatan-rawatan yang telah dinyatakan hanya akan berjaya jika pesakit mengubah sikap dan menjalankan cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal.

Pengawalan pemakanan boleh di bantu dengan kaunseling oleh pegawai dietetik. Manakala penambahan aktiviti fizikal memerlukan tunjuk ajar dari pegawai pendidikan kesihatan.

Amalan pemakanan yang sederhana dan sesuai dengan menambahkan kadar serat dan mengurangkan lemak serta karbohidrat boleh membantu mengurangkan berat badan.


Aktiviti bersenam membantu membakar kalori dan elak oobesiti

Mengamalkan aktiviti fizikal sederhana (moderate) 60-90 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan BMI bagi mereka yang obes.


Amalkan suplemen minyak ikan dan lecithin untuk kawal berat badan anda

Mengamalkan pengambilan suplemen kesihatan untuk mengawal berat badan. Pengambilan minyak ikan sangat membantu untuk mengawal berat badan, ini kerana ia melancarkan sistem peredaran darah dan membakar lemak yang diambil. Namu anda juga dinasihatkan agar mengurangkan mengurangkan pemakanan berlemak dan bergula untuk mengatasinya. Ambil suplemen atau vitamin seperti lecithin, omegaguard atau detox untuk mengawal berat badan.

Oleh itu, beringatlah kita sebelum menyesal nanti. Amalkan cara hidup yang sihat untuk menjaga dan mengawal lemak serta kalori dalam badan agar tidak terjerumus sebagai golongan yang obes ini.

Jika perlukan bantuan untuk memilih suplemen mengawal berat badan boleh menghubungi jue di sini









Friday, 28 November 2014

Tips Menjaga Kesihatan Badan

Cara Hidup Sihat

Semua orang ingin hidup sihat setiap hari. Namun adakah anda semua menjaga kesihatan untuk mendapat hidup yang sihat dan sihat? Bagaimana sebenarnya untuk mendapat kesihatan yang baik? Adakah hanya dengan ubat atau bersenam setiap hari? 


Sejujurnya tidak, ini kerana badan yang sihat depengaruhi oleh minda yang positif serta pengambilan vitamin yang cukup setiap hari. Ada beberapa tips di sini yang kita boleh praktikkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat. Tips kesihatan ini adalah mengikut sunnah Rasulullah, jadi jue nak kongsikan di sini agar kita boleh praktikkan bersama-sama.


Jaga Kesihatan ikut Sunnah Rasulullah


Antaranya adalah :

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala,kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

Rujukan dari BlogIslam


Jadi marilah kita bersama-sama mempraktikkan amalan rasulullah disamping mengamalkan suplemen kesihatan dalam kehidupan harian bagi memastikan kesihatan terjaga.

Ovarian Cyst


Ovarian Cyst

Ovarian Cyst adalah suatu masalah yang kerap berlaku pada wanita-wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Namun ada juga terjadi kepada mereka yang belum berkahwin. Ia sering menghantui wanita kerana kehadirannya boleh menyebabkan gangguan pada wanita yang ingin hamil. Jadi apakah sebenarnya Ovarian Cyst ni?


Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.


Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.


Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.


Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.


Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.


Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.


Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.


Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.


Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.


Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?


Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.


Gejala Ovarian Cysts

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
  • Sakit perut
  • Rasa perut penuh dan tak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Sukar atau kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Muntah dan loya.

Diagnosa

Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.


Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan

Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.


Rawatan

Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Biasanya doktor akan menyarankan cyst dibuang apabila membesar sehingga 5cm. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita. 

Selain itu, dengan amalkan suplemen GLA complex dari Shaklee juga boleh membantu untuk mengecilkan cyst dan jika diamalkan berterusan boleh menghilangkan cyst tersebut. GLA Complex Shaklee yang efektif membantu mengawal masalah ketidakseimbangan hormon. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.


Thursday, 27 November 2014

Set Kesihatan Kanak-Kanak Shaklee



Salam sejahtera dan assalamualaikum buat semua, hari ni jue nak berkongsi perihal kesihatan anak-anak. Pernahkah anda memberi mereka nutrisi yang sihat untuk mereka membesar lebih baik dan pintar? Jika anda belum pernah anda perlu melakukan sesuatu untuk mereka demi menjaga kesihatan mereka di masa-masa yang mendatang.

Kanak-kanak Sihat adalah Kanak-kanak yang cukup nutrisi dalam badannya


Dalam Shaklee terdapat Nutrisi yang baik untuk si manja anda membesar dengan sempurna. Nutrisi yang dimaksudkan adalah yang paling glamour sekali di abad ini iaitu Mealshakes, Chewable Vita C Plus, dan juga Omegaguard.


Nutrisi Terbaik Shaklee
                                        
Imun Kuat dengan Chew Vita C Plus Shaklee

Kenapa ju katakan nutrisi ini sangat bagus untuk anak anda? Kerana ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan yang lebih baik buat anak kita. Bayangkan anda kini digelumang dengan masalah kesihatan anak-anak seperti kerap demam, selsema, mengalami sembelit yang teruk, ekzema, kulit beruam, masalah autisme, kurang fokus di sekolah, kurang selera makan dan banyak lagi. Jue pasti ramai antara kita yang anak mereka mengalami masalah ini masih belum memberi anak khasiat yang sihat.

Sebab Perlu Beri Mealshakes pada anak anda.
                                   

Keistimewaan Mealshakes
MEAL SHAKE


Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak

- Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
- Rendak lemak dan rendah glisemik
- Sumber protein dan kalsium
- Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi... 

Ibu menyusu yang mahu menguruskan            badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan  seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan  Warga tua

Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap. 


OMEGA GUARD

Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (selesema, demam kurang inshaALLAH) Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
Membantu merawat eczema. 

Omega Guard ni bagus kalau nak kulit cantik tau ;-)

DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.

Disyorkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme

Dan banyak lagi sehingga mereka dewasa 

Cara beri anak makan Omega Guard?

•Jika anak belum pandai mengunyah atau anda sendiri kurang yakin, boleh potong/pecahkan dan sudukan terus pada anak atau campur dalam makanan dan minuman mereka. 


CHEWABLE VITA-C

Menguatkan Fungsi Imunisasi.

Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.

Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan

Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat

Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

Janganlah kita biarkan anak kita menderita kerana sembelit, demam yang kerap, kurang selera makan, ekzema, autisme berlarutan. Rawatlah mereka dengan cara yang lebih selamat untuk anak-anak anda.

Ikuti kisah anak jue yang amat memerlukan mealshakes dan vitamin c untuk sihat. Kenapa dan mengapa mealshakes sangat penting buat mereka.

Anda juga boleh membaca segalanya tentang mealshakes dan testimoni di sini.

Hubungi jue di sini
Junaida Watie019-9895564atau di IG
http://instagram.com/duta_langsing_dan_cantik






Tuesday, 25 November 2014

Makanan Kegemaran Suami

Malam ni baru berkesempatan nak menulis entri. Kali ni nak share tentang makanan kegemaran suamiku. Suami jue ni seorang yang sangat mudah tentang makan, apa yang kita masak itulah yang dia makan. Jarang sekali dia mengkritik hasil masakan jue hihi walaupun kadang-kadang masakan jue xmenjadi.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan 

Masakan paling suami suka jue masak adalah ayam masak merah, sambal bilis, ayam masak kicap dan yang penting suami jue memang sangat suka masakan yang pedas terutama masakan dari negeri Pahang iaitu negeri kelahirannya.

Teringat masakan pertama yang jue pernah masak kat suami adalah ayam masak merah dan masakan tu lah yang membuatkan suami jue terus ingat sampai la dah jadi suami isteri selama hampir 6 tahun ini.

Sejak jue masakan ayam masak merah tu untuk suami, masakan ni dah jadi macam masakan yang wajib buat kalau suami jue ngidam hehe. Alhamdulillah air tangan isteri melekat di hati suami jue ni.

Selain ayam masak merah, bila keluar makan di luar, makanan yang selalu suamiku order adalah ikan stim yang pedas2, dan puyuh masak merah (hihi dh memang masak merah feveret dia, ikut kan ajela).  Selain itu, menu feveretnya adalah sizzling tofu(yang ni jue pun memang suka gila), kalau di sini restoran paling sedap sizzling tofu adalah di HOMST Restaurant memang TERBAIKK. Sesapa nak cuba boleh pergi ke Bangi Gateway ye memang seafoodnya sedap2. 

Memang Terbaik!

Kalau western tu suami ju sukakan chicken chop dan steak. Paling best katanya stick di Chef Zubir, memang kesedapan steak di situ memang terbaik dan perfect!. Jika ada rezeki dan peluang memang kami akan ke sana untuk makan steak.

Kalau makanan segera tu, suami jue lebih sukakan pizza berbanding kfc. Jarang makan sangat tetapi kalau ada request dari anak-anak barulah beli. Pizza memang feveret sampaikan jue sendiri dah pandai buat pizza hihi. Lagi sodap katanya.

Setakat nilah dulu perkongsian mengenai makanan kegemaran suami jue. Banyak lagi feveretnya, ni antara yang terbaik untuk jue kongsikan bersama korang semua. Hihi mesti ramai yang baca ni telan air liur sebab macam sedap je kan. haha.

Sekian,
SID Kajang, Selangor yang CUN.
019-9895564