"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, 25 November 2014

Makanan Kegemaran Suami

Malam ni baru berkesempatan nak menulis entri. Kali ni nak share tentang makanan kegemaran suamiku. Suami jue ni seorang yang sangat mudah tentang makan, apa yang kita masak itulah yang dia makan. Jarang sekali dia mengkritik hasil masakan jue hihi walaupun kadang-kadang masakan jue xmenjadi.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan 

Masakan paling suami suka jue masak adalah ayam masak merah, sambal bilis, ayam masak kicap dan yang penting suami jue memang sangat suka masakan yang pedas terutama masakan dari negeri Pahang iaitu negeri kelahirannya.

Teringat masakan pertama yang jue pernah masak kat suami adalah ayam masak merah dan masakan tu lah yang membuatkan suami jue terus ingat sampai la dah jadi suami isteri selama hampir 6 tahun ini.

Sejak jue masakan ayam masak merah tu untuk suami, masakan ni dah jadi macam masakan yang wajib buat kalau suami jue ngidam hehe. Alhamdulillah air tangan isteri melekat di hati suami jue ni.

Selain ayam masak merah, bila keluar makan di luar, makanan yang selalu suamiku order adalah ikan stim yang pedas2, dan puyuh masak merah (hihi dh memang masak merah feveret dia, ikut kan ajela).  Selain itu, menu feveretnya adalah sizzling tofu(yang ni jue pun memang suka gila), kalau di sini restoran paling sedap sizzling tofu adalah di HOMST Restaurant memang TERBAIKK. Sesapa nak cuba boleh pergi ke Bangi Gateway ye memang seafoodnya sedap2. 

Memang Terbaik!

Kalau western tu suami ju sukakan chicken chop dan steak. Paling best katanya stick di Chef Zubir, memang kesedapan steak di situ memang terbaik dan perfect!. Jika ada rezeki dan peluang memang kami akan ke sana untuk makan steak.

Kalau makanan segera tu, suami jue lebih sukakan pizza berbanding kfc. Jarang makan sangat tetapi kalau ada request dari anak-anak barulah beli. Pizza memang feveret sampaikan jue sendiri dah pandai buat pizza hihi. Lagi sodap katanya.

Setakat nilah dulu perkongsian mengenai makanan kegemaran suami jue. Banyak lagi feveretnya, ni antara yang terbaik untuk jue kongsikan bersama korang semua. Hihi mesti ramai yang baca ni telan air liur sebab macam sedap je kan. haha.

Sekian,
SID Kajang, Selangor yang CUN.
019-9895564


No comments:

Post a Comment