"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, 17 November 2014

MENU HUJUNG MINGGU

Hari minggu baru ni baru berkempatan memasak yang istimewa sikit untuk keluarga kecilku. Antara menu yang daku masak adalah ketam masak cili, sayur campur brocoli, dan telur dadar. Nampak simple tetapi bagiku sangat istimewa sebab dapat makan bersama-sama setelah penat bekerja seminggu.

Walaupun daku bekerja di rumah sahaja, tetapi tuntutan kerja suami yang sering ke luar daerah membuatkan masa untuk memasak terhad. Biasanya suami tiada memang beli jela, takpun memasak untuk anak2 je. Hanya yang biasa dan simple2 dan cepat disediakan sahaja.

Jom tengok apa resepi nya :

Ketam Masak Cili, brocoli campur goreng dan telur dadar.

Bahan-bahan ketam goreng bercili:

- ketam 4 ekor dibelah 2(digoreng dahulu)
Bahan kisar
- cili kering
- bawang putih
- bawang merah
- halia
- cili api sedikit
- air sedikit
- minyak secukupnya
- garam 
- gula melaka
- serbuk lada hitam
- bawang besar

*semua bahan diblend  dan di tumis hingga masak. Then masukkan ketam yang telah digoreng. Kemudian siap dihidang.

bahan untuk sayur brocoli campur
- brocoli
- lobak merah
- bawang putih
- serbuk perasa
* goreng dengan minyak sederhana dan campur air sedikit. Goreng macam biasa.

bahan untuk telur dadar
- telur 2biji
- garam

* gaulkan telur dan goreng telur seperti biasa.

Siap untuk dihidang 😊😊


No comments:

Post a Comment