"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, 18 November 2014

Ihtifal Pasti 2014

Pada hari Sabtu yang lepas, Pasti As-Syakirin Bandar Teknologi Kajang telah mengadakan Majlis Kecemerlangan Pelajar-pelajar Pasti. Lebih istimewa apabila puteri sulungku Iris Marissa terlibat dalam majlis kecemerlangan tersebut. Walaupun dia masih kecil, namun itu cukup membuat kami sebagai ibu bapa gembira dan bersyukur atas rezeki ini.

Iris mendapat tempat pertama dalam kelasnya. Dan dia juga memperolehi 5 hadiah bagi mata pelajaran terbaik selain hadiah tempat pertama. Rasa seronok tengok anak2 kecil diberi penghargaan setelah penat lelah belajar dan menghafal di sekolah. Alhamdulillah Iris berjaya buktikan kat jue walaupun dia selalu nakal dan agresif namun dia tetap fokus semasa belajar di kelas. InshaAllah jue sebagai ibu akan memberi dorongan yang lebih baik untuk masa depannya yang lebih cerah. Semoga Iris berjaya dalam pelajaran dan berjaya juga di dalam hidup untuk mengejar akhirat.

Jue percaya jika kita menerapkan ilmu yang xpernah habis dalam dunia ini, selagi itulah anak kita akan menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Itulah bekalan mereka untuk akh8rat nanti. Moga menjadi anak yang solehah sayang.





Alahai comey 

Banyak betul hadiahnya alhamdulillah

Papa with Iris

Iris with mama n adek

Selfie sikit hehe

Adik merajuk tak nak balik rumah..hehe

Comel lote..kecik molek anak mama

Tahniah! Semoga anak mama berjaya lagi di masa hadapan.amin.

Harapan dan doa jue untuk anak tersayang ni moga-moga Iris menjadi insan berguna dan disayangi semua. Semoga iris membesar dengan cerdik dan moga-moga menjadi khalifah yang baik di dunia. InshaAllah di dunia dan di akhirat. Amin ya Rabbal Al-Amin..



No comments:

Post a Comment