"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday 31 August 2014

Apa erti Kemerdekaan?

Salam satu Malaysia

Hari ni sepertimana yang semua rakyat Malaysia tahu adalah hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke 57. Sudah lama kita merdeka tetapi adakah semua rakyat Malaysia mengetahu maksud Merdeka itu sendiri atau mereka hanya seronok meraikannya sahaja? Namun tanpa kita sedari musibah yang melanda Malaysia pada tahun 2014 ini adalah kerana Kuasa Yang Maha Esa, adakah Ia mahu memberi petunjuk kepada kita semua agar kita sedar dari kealpaan kita menikmati hidup di dunia? Wallahualam. Hanya Dia yang Mengetahui segalanya. Kita sebagai makhluk di muka bumi hanya perlu berubah menjadi lebih baik dan berguna di atas muka bumi ini.

Ok berbalik hal kemerdekaan, erti merdeka pada jue adalah, keamanan dari segala penghalang-penghalang untuk hidup dengan aman, kebebasan, keharmonian serta berjayanya kita dalam menggapai impaian setelah berhempas pulas berusaha untuk mendapatkan sesuatu kemenangan. 

Jadi sempena hari merdeka ni jue nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 kepada seluruh rakyat Malaysia yang disayangi. Semoga negara kita aman sentiasa dan hidup dalam keadaan harmoni dan muhibbah.


Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-57
Suatu kenangan yang masih segar dalam ingatan jue ni adalah sama-sama menyambut hari Merdeka di Labuan. Masa tu masih belajar di IPT sana, sangat best bersama-sama meraikan bersama teman-teman seperjuangan masa belajar dulu. Lagi satu masa di Dataran Merdeka, tapi yang tak tahan pergi sana terlampau ramai orang. Maklumlah negara kita ramai yang suka menyambut dan menghayati erti kemerdekaan tu yang semua bersemangat menyambutnya.

Sempena hari kemerdekaan ini, jue juga tidak terlepas dari ingin membuat hari diskaun istimewa terhadap produk yang jue jual. Jadi, jika ada sesiapa nak mendapatkannya dari jue silalah whatsapp atau sms secepat  mungkin ye. Untuk hari ini sahaja ye. Terhad untuk 25 orang yang terawal sahaja. 


jika berminat hubungi saya yer 

I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073 
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
www.junaidawati-jusoh.blogspot.com
www.empayarmarlisha.com
fb: https://www.facebook.com/junaida.watie
fb page: https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty


Saturday 30 August 2014

Tips Sembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat

Salam sejahtera..

Di hujung-hunjung minggu ni barulah anak-anak jue dapat melepaskan rindu berjumpa dengan papa diorang. Kesian selalu kena tinggal dengan papa, nak buat macamana sayang semua papa kerja mencari rezeki untuk kita juga. Jadi kita kena redha dan bersyukur sahaja. Dalam sibuk-sibuk menguruskan hal rumahtangga jue nak selitkan juga di blog jue beberapa tips atau panduan untuk ibu-ibu berpantang secara ceaser atau normal tentang cara bagaimana untuk menyembuhkan luka jahitan dengan cepat. 

Orang-orang dulu lebih suka pada cara tradisional iaitu dengan menyarankan anak-anak mereka yang berpantang memakan ikan haruan yang kecil itu hidup-hidup untuk luka cepat sembuh. Makk aii takutnya dan rasanya jue xsanggup buat tu semua hukhuk... Tapi dalam dunia sekarang yang serba moden dan canggih ni, dah pelbagai kaedah dah orang guna untuk makan ikan haruan, kebanyakkan nya jue tengok buat sup ikan haruan, bakar dan ada yang minum pati ikan haruan (haiyakkk ni pun jue xsanggup nak telan). 

Dipercayai dapat mempercepatkan penyembuhan luka-luka pembedahan dan juga luka-luka bersalin.
Selain cara makan ikan haruan, boleh juga amalkan petua-petua lain untuk embuh dengan cepat. Antaranya;-

1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.  Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.


3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.


Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.


6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.


Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko  jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.


10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.


11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Sumber rujukan dariblog alamhamil.com

Selain itu juga, ibu-ibu yang baru lepas bersalin memerlukan suplemen juga untuk membantu mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Yang mana xsanggup nak telan pati ikan haruan tu memang sesuai sangatlah ambik suplemen ini untuk sembuh luka dengan cepat yer..

Luka pembedahan jika lambat sembuh dikhuatiri mengundang pelbagai masalah lain seperti bernanah dan mengalami jangkitan kuman. Oleh itu sangat penting untuk mengetahui cara bantu luka pembedahan supaya cepat sembuh.

Berikut adalah suplemen yang penting untuk membantu luka pembedahan supaya cepat sembuh;
  • Antioksidan - Vitamin E & C membantu memerangi radikal bebas, membentuk kolagen bagi memperbaiki struktur kulit, mengelakkan pendarahan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Protin - Membekalkan asid amino yang penting untuk pembinaan semula kulit, otot dan organ dan ia membantu mempercepatkan luka untuk sembuh dan mengurangkan parut.
  • Zink - Mempercepatkan pemulihan luka
  • B-Complex - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, meredakan keresahan dan kerisauan, mengurangkan keletihan dan kelesuan dan memberi tenaga.
  • Glukosamine - jika pembedahan melibatkan sendi.

Set Bersalin yang berfungsi untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin serta memberikan kecergasan dan ketenangan ketika berpantang.

Seorang ibu prihatin dan seorang pengedar shaklee di Selangor
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
www.empayarmarlisha.com

Friday 29 August 2014

Kenapa Kita Selalu Letih dan Tidak Cukup Tenaga Untuk Bekerja?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kepada pembaca semua, selalu tak korang alami masalah keletihan. Rasanya bagi korang-korang yang sentiasa ada aktiviti harian pasti selalu letih kan? Samalah masalah dengan jue selalu sangat rasa penat dan letih serta mengantuk. Tambah-tambah bilda daatang waktu period, penat dan ngantuk xyah cakaplah memang sangat-sangat letih. Sebenarnya ada pelbagai faktor penyebab keletihan ini, ia menunjukkan kita memerlukan makanan tambahan bagi membantu meningkatkan tenaga harian kita. 


Keletihan Yang Amat 

Sini jue nak listkan beberapa faktor yang menyebabkan kita selalu letih dan kurang bertenaga. Antaranya adalah seperti di bawah ni;- 

1. Tidak cukup tidur

Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.
Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.
2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)
Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.
3. Tidak cukup tenaga
Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun 
4. Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12.
kekurangan zat besi dan vitamin B12  boleh membawa kepada penyakit . B12 pula berfungsi dalam sisitem darah iaitu membantu membawa oksigen ke serata badan. Manakala zat besi untuk penghasilan darah merah.
Tanda-tanda pengidap  ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah mengambil vitamin B12.
cara mengatasi  jika kekurangan zat ialah dengan mengambil vitamin tambahan seperti multivitamin dan sebagainya.
5. Tekanan Emosi
Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.
Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.
6. Penyakit hipotiroid
Anda mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain.
Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.
7. Terlalu banyak kafein
Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.
Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.
8. Penyakit Kencing Manis
Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.
Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.
9. Penyakit Jantung
Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat. Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.
10. Dehidrasi
Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.
Satu lagi nak sharing anda perasan tak kalau kita minum milo kita lebih bertenaga untuk bekerja. Sebab apa ye? Sebab dalam milo terdapat banyak jenis vitamin B. Sebab tu sekarang ni jalan penyelesaian mudah ambillah segala jenis vitamin B. Banyak plak kan, jadi apa kata jue advisekan amik b complex Shaklee. Kat situ ada 8jenis vitamin b termasuklah b12. Penting tu untuk kecergasan yang berpanjang. 
Nampak tu banyak kan kandungan vitamin B di situ.

Nampak kan? Tetapi orang kata minum milo ni xberapa ok sebab ada kandungan pewarna yang kuat. Jadi itulah antara faktor-faktornya. Beralihlah ke duni yang lebih mudah. Hanya ambil pil semulajadi yang mengandungi tinggi vitamin B dan asid folik. Penting sangat untuk membina sel-sel darah merah agar kita tidak lesu akibat kekurangan darah. Ibu hamil dan berpantang sangat digalakkan makan b complex yer.

Haa tu je lah nak kongsi hari ini, esok-esok jue kongsikan tips kesihatan lain pulak yerrr.

Sekian,
I Love Healthy
Junaida Watie
visit ig jue di sini http://instagram.com/kedai_vitamin_kajang/
whatsapp/sms/wechat 019-9895564



Thursday 28 August 2014

Macamana Nak Naikkan Hemoglobin (HB) Ibu Hamil?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selalu kalau kita hamil, apa masalah utama yang biasa terjadi pada ibu-ibu semua? Pertama, sakit belakang dah pasti apabila baby dalam perut semakin membesar, kedua kejang atau krem atau orang dulu-dulu panggil sengkak mengkarung, ketiga masalah hemoglobin yang rendah. Kali ni perkongsian berkisarkan masalah yang ketiga tu. Low Hemoglobin atau HB yang rendah. 


Masalah yang kerap berlaku bagi ibu-ibu hamil
Apa yang selalu jue praktikkan ketika hamil untuk meningkat hb, jue banyakkan makan sumber dari zat besi. Dan makan vitamin yang doktor bagi tu, tapi lepas ni rasa nak makan vitamin yang semulajadi pulak sebab masa hamil anak pertama dan kedua xjumpa lagi vitamin yang lekat dihati ini.Makan obimin je, xtau pulak masa yang obimin ni vitamin sintetik sebenarnya. Kalau hamil lagi, pilihan sumber zat besi atau iron yang jue pilih sudah pastilah Vitalea Iron Formula. Nama pun iron formula kan, yang pentingnya sumbernya berasaskan semulajadi yang mana memang tubuh badan kita memerlukan untuk menutupi ruang-ruang nutrien dalam badan yang kosong.


Sumber-sumber zat Besi Yang boleh bantu Mengurangkan Masalah HB yang rendah.



Kekacang juga merupa sumber zat besi yang sangat baik untuk elak anemia.
Kat sini ada serba sedikit info mengenai Zat Besi. Jom baca tambah ilmu yang kita kurang. Moga bermanfaat untuk semua khasnya ibu-ibu hamil. 


Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga  50 mgs per kilogram berat badan.

Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin. 

Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan. 

Sumber terbaik zat besi berasaska makanan ialah hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam/itik dan ikan. Kacang dan sayur yang dikeringkan adalah sumber iron yang baik daripada tumbuhan.

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan kita merasa letih, lemah badan, berdebar2 atau sakit dada, sukar untuk bernafas dan juga anemia.
Haa xke bahaya untuk kesihatan tu. Nak pula kalau hamil nanti leh kesan kat bayi dalam perut pula. 

Akhir sekali jue nak kongsikan tips bagaimana kita nak memastikan bahawa HB kita sentiasa tinggi terutama bila dah tiba masa nak pergi buat pemeriksaan di klinik sakit puan. Pertamanya, pastikan sebelum pergi check hb, makan makanan yang kaya zat besi dahulu seperti dalam gambar di atas. Bayam, daging merah, hati, kerang, dan banyak lagi..boleh google je tau. 

Atau nak lebih berkesan, 2-3 hari sebelum tarikh pemeriksaan tiba, cuba pulun makan zat besi banyak-banyak. Seterusnya kalau nak bagi lebih berkesan ambil Iron tablet setiap hari. Pilih yang semulajadi. Kalau jue memang la jue suggest kan Vitalea Iron Formula tu serba dah tau sumbernya semulajadi. Selamat, halal dan berkesan. 

Amboi panjang juga jue membebel kat sini. Apa-apa pun semoga anda semua boleh memanfaatkan info yang jue berikan ini ye. 

Sekian, 
Salam sayang dari, 
Jue@ mama marlisha
Konsultan produk Ibu Hamil
019-9895564
FB page : Marlisha Health N Beauty


Wednesday 27 August 2014

Set Bersalin Shaklee

Salam sejahtera semua pembaca

Kali ni jue nak berkongsi dengan kaum-kaum ibu mengenai set bersalin yang pernah jue guna semasa bersalin anak kedua. Masa tu perkenalan kali kedua dengan produk Shaklee terjalin, jika sebelum jue teruja memberikan anak sulung jue dengan Mealshakes. Dek kerana keberkesanannya dalam menyembuhkan penyakit sembelit anakku, tergerak je hati ini untuk mencuba set menyusu pada mulanya. Setelah dinasihatkan berkenaan dengan kesihatan dan kecergasan yang diperlukan oleh setiap wanita atau ibu yang baru bersalin, jue mula sedar sememangnya waktu berpantang ibu-ibu lebih memerlukan tenaga.

Energizing Soy Protein membantu ibu berpantang untuk lebih bertenaga dan sihat


Alfafa pula membantu ibu-ibu menyusu mendapat khasiat lebih banyak dengan teknik Supply dan Demand yang betul.
Jadi set yang jue ambil adalah Set menyusu asas + trial set bersalin iaitu Energizing Soy Protein (ESP), Alfafa, Vitalea, Sustained Release Vit C, B complex dan juga zink complex. Pada mulanya memang jue ni buta vitamin, apa fungsi vitamin pun xtau melainkan vitamin C je, huhu kesian betul cetek ilmu. Rupa-rupanya setelah berkenalan dengan Shaklee sememangnya kita ni wajib ambil vitamin kerana melalui makanan xsemua vitamin yang kita perlukan dapat diserap. Kadang-kadang ia terhapus melalui proses penyediaan makanan tersebut.

Ini dia set bersalin pilihan ibu-ibu di Malaysia kini

Setelah beli, jue xguna pun  lagi set bersalin  tu huhu, maklumlah masa tu dalam pantang jadi malas sangat n ak makan vitamin sebab masih kosong lagi minda jue ni pasal kepentingan kesihatan. Ada satu malam tu jue memang rasa sakit kepala yang amat, teringat ada terbaca yang b complex berfungsi sebagai agen penenang dan memang sesuai sangat lah diambil masa itu. Terus jue cari botol trial pack( sekarang dah xjual trial pek rasanya) dan cari b complex. Amazing jugak bila lepas makan tu terus rasa nak merehatkan badan sekejap dan bila bangun je memang rasa lega  sebab sakit kepala dah hilang. Terus jue godek-godek semua fungsi dalam set bersalin ni. Jadi bermula saat itu jue makan semua vitamin dan hasilnya alhamdulillah syukur sangat-sangat, pantang xsampai 2 minggu jue kembali sihat dan cergas cuma masa tu duduk dengan emak jadi mak jue tetap tak bagi buat kerja-kerja yang berat lagi.

Alhamdulillah juga susu sentiasa ada untuk anak yang kedua, sampai sekarang pun masih menyusu badan lagi. Alhamdulillah diketemukan dengan produk yang betul-betul berkesan, selamat dan semulajadi ini. Terus jue join jadi ahli sebab senang nak beli sendiri, masa tu xde online sistem lagi hanya boleh order melalui call atau emel sahaja. Sekarang ni serba mudah nak order semua boleh online je. Itulah kelebihan menjadi ahli Shaklee, iaitu senang dapatkan barang sendiri di web disamping dapat kumpul point-point dari pembelian. 

Ok, dalam set bersalin, vitalea berfungsi untuk mencukupkan kesemua vitamin yang diperlukan oleh tubuh manusia, Penting sangat untuk ibu-ibu hamil dan selepas bersalin kerana ibu-ibu ini kehilangan banyak zat dan darah. Jadi ia bertindak untuk meningkatkan hb ibu hamil dan memberikan kecergasan kepada ibu berpantang.  B complex pula seperti yang jue cakap tadi sebagai agen penenang atau anti stress, bukan ibu berpantang je boleh amik malahan semua yang mengalami masalah lemau-lemau badan dan migrain juga sangat sesuai. Ini kerana b complex menukarkan makanan kepada tenaga dalam badan. Zink pula untuk menyembuh luka dengan cepat. Terbukti memang luka cepat sembuhlah. Enzim yang terdapat dalam zink sangat membantu luka cepat baik. Seterusnya Sustained Released vitamin C, yang ni memang jue suka makan sebab untuk mendapatkan kulit dan kolagen. Sebab dalam vitamin c ada kandungan kolagen.

Amboi panjang lebar dah cerita pasal set bersalin shaklee ni. Dah memang nyata dan jelas setiap orang terutama ibu-ibu yang sudah bersalin memang memerlukan vitamin untuk kekal sihat dan cantik serta kembali pulih macam anak dara. Bagi jue inilah Set Bersalin Moden yang terbaik, tiada bahan kimia tetapi berkesan untuk semua orang. Jadi jue nasihatkan semua ibu-ibu mahupun sesiapan juga mementingkan kesihatan tau. Tak kira kita guna produk apa yang penting periksa bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut. Adakah ia selamat untuk digunakan atau tidak. Bagi jue memang Shaklee dihatiku.

Nak order dan nak jue konsult boleh whatsapp atau sms sini 019-9895564
Junaida Watie
SID 930073
Pengedar Shaklee di Kajang Selangor.


Kisah Sembelit Anakku Yang Kronik

Salam sejahtera pada pembaca blog semua. Pada kali ini jue nak berkongsi suatu pengalaman yang cukup pahit tetapi manis untuk dikenang. Pengalamannya mengenai kisah sembelit yang teruk yang melanda anakku yang sulungiaitu Iris. Iris seorang amat manja, periang, comel, dan selalu menjadi penghibur jue ketika kesunyian dan sedih. Di alah penguat semangat jue untuk teruskan empayar perniagaan jue selama ini.

Ok berbalik pada kisahnya, bermula dari umur setahun lebih, iris selalu diselimuti masalah sembelit yang teruk sehinggakan dia menjadi fobia untuk membuang. Mama mana yang tidak rasa kesian dan sedih apabila melihat anak sakit sehingga mamanya sendiri menangis melihat anak yang menahan sakit berhari-hari untuk membuang. Pelbagai cara pernah dicuba, cucuk ubat ikut bontot pun pernah dicuba, memang ok tetapi masalah itu xpernah hilang sentiasa datang apabila tiba waktu untuk membuang. Ubat tu kan xboleh guna selalu doktor xsarankan guna selalu tambahan lagi iris masih kecil. Selalulah iris mengalami luka di bahagian tersebut, kesian sangat, mungkin faktor tidak mendapat susu ibu yang cukup semasa bayi agaknya. Iris hanya sempat minum susu ibu sedikit sahaja, ini disebabkan kerana jue sendiri mengalami masalah untuk menyusuinya sepenuhnya lantaran susu pun kurang. Jue juga kurang kesedaran tentang betapa pentingnya memberi susu ibu waktu itu. 

Akhirnya dalam tahun 2013, tak berapa ingat bulan berapa masa tu, ternampak iklan di PIICM, iklan yang diiklan oleh Master Fazliana sekarang berkaitan penyelesaian masalah anak yang mengalami sembelit. Tanpa fikir panjang terus je jue mengoder mealshakes dengan master fazliana. Setelah memberi iris minum mealshakes dengan susu formula, belum menampakkan kesan yang positif lagi memandangkan dos  yang jue berikan pun hanya sesudu kecil mungkin tidak membantu sangat. Jue pun xbertanya langsung pada master Fazliana, jadi hanya main bagi dan ikut arahan yang tertera di canister mealshake tu je. Akhirnya mak jue yang berikan dos yang agak besar sedikit iaitu sesudu besar, selepas itu nampak iris sangat mudah untuk membuang. Alhamdulillah selesai masalah yang selama ini menimpa iris. Syukur sangat-sangat terima kasih ibuku kerana membantu. Akhirnya jue konsisten berikan iris mealshakes, sampailah sekarang Iris pun dah 5tahun. Dia membesar dengan cergas, sangat aktif, selera makan juga semakin bertambah berbanding dulu. Kulit pun makin cantik dan tidak sensitif, makin bijak berkata-kata berbanding mamanya yang agak pendiam hihi. 

Kat bawah ni gambar iris sebelum minum mealshakes dan selepas. Gambar sebelum sebelum tu masa berumur 2tahun, masa ni dia demam selsema dan masih mengalami masalah sembelit, selalu merengeklah juga. Gambar selepas itu gambar yang terkini, alhamdulillah iris semakin ceria dan tiada masalah sembelit serta aktif sangat-sangat.

Kini Iris dah tiada masalah sembelit lagi

Sampai sini sajelah perkongsian dari jue, semoga ia memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain yang mengalami masalah yang sama. Cuba je mealshakes jika korang pun mempunyai anak yang mengalami sembelit yang teruk macam anak jue. InshaAllah ia berhasil dengan izin dariNya. Sekian terima kasih.

Junaida Watie
Love Mealshakes Forever
SID 930073
0199895564



Tuesday 26 August 2014

Seminar Resepi Kejayaan & Kekayaan dan SEO


Baru ada masa peluang dan masa nak update blog, jue nak kongsikan pengalaman pergi ke Seminar Resepi Kejayaan dan Kekayaan yang jue pergi hari minggu lepas. Memang sungguh seronok dan teruja pergi menimba ilmu untuk menjadi orang yang berjaya dan kaya. Bukanlah nak kaya duit semata-mata, tetapi kaya segala-segalanya, siapa yang tak nak menjadi kaya tetapi biarlah ia berlandaskan syariat Islam. Intpati dalam seminar resepi kejayaan ini adalah kunci setiap kejayaan dalam perniagaan. Syukur alhamdulillah diketemukan dengan master yang begitu caring terhadap anak cucunya. Sanggup berkongsi pengalaman dan rahsia atau resepi untuk berjaya mencapai misi dalam perniagaan. 


Seminar Resepi Kejayaan & Kekayaan
Apa yang dikongsikan di sini adalah setiap apa yang inginkan mestilah diiringi dengan niat yang betul, ada matlamat atau misi, selain itu minat juga penting. Yelah kan kalau xda minat macamana nak buat kan? Apa yang dirumuskan sepanjang menimba ilmu di seminar, minat, matlamat dan misi itu adalah kunci kejayan dalam pemasaran perniagaan. Semua jue nak sematkan dalam hati dan bukan nak tengok orang lain je yang berjaya malahan jue sendiri perlu menggerakkan diri ini untuk bersikap bersungguh-sungguh dalam mencapai impian.Sesungguhnya jue lakukan ini semua kerana memang Shaklee pilihan utama dan ia merupakan kaedah MLM yan sangat adil. Xperlu cari orang pun tetap dapat bonus juga. Hanya melihat pada sales jualan, tetapi jika anda ada downline yang aktyif, ia adalah bonus yang sangat besar dan boleh melonjakkan diri anda menjadi sebaris master-master yang telah berjaya. 


Mehla berkenalan dengan mak shaklee jue dan juga nanny shaklee.
                                     
                                           Sr sup Roziah Muhammad
                                             (mummy Shaklee)

















 
Master Fazliana (nanny) dengan En.Muhammad Firdaus Azizi(SEO konsultan)


Ini dah tentula tuan punya blog ni haha jue lah tu. Nervous gila kena tanya.
Dah abis part seminar resepi kejayaan dan kekayaan kita terus ke panduan tentang SEO. Haa yang ni memang sangat tinggi nilai ilmunya. Bukan apa dari jue yang main redah je dalam buat blog sekarang ni dah tahu selok belok berblogging dan belajar tentang SEO. Sangat manis kenangan di sini sebab jue rasa ianya berguna sangat untuk jue memahirkan diri berblogging. Kalau korang semua teringin berblogging menuntutlah ilmu ye, kalau buat sendiri memang susah nak mahir. Alhamdulillah ju rasa sangat-sangatlah berpuas hati dengan seminar ni. Best giler lah, sebab lepas belajar ni semangat berkobar-kobar untuk berblog. Satu lagi nilai ilmu yang amat berharga adalah cara untuk menjadikan blog kita lebih professional dan lebih berkualiti. Alhamdulillah dan ribuan terima kasih kepada Master Fazliana yang bersusah payah menganjurkan seminar seperti ini. Rasanya jika ada peluang jue ingin pergi lagi menghadiri seminar-seminar yang meningkatkan nilai motivasi dalam diri.Jom kita layan gambar semasa seminar SEO pula.
Me dan Cie
Me dan Mater Fazliana
Ingin Berjaya sepertinya

Nak warna sama boleh? 

Amboi sukanya anak mama joget
PeACE
        Rasanya tu jelah kot yang jue dapat kongsikan semas menghadiri seminar resepi kejayaan dan panduan seo dan berblog. Memang best sangat dapat menimba ilmu yang bukan senang-senang diadakan ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada diriku ini dan semoga jue juga dapat mencapai impian yang ada dalam kamus hidup jue ini. Doakan ye kawan-kawan, jue juga mendoakan agar kita semua menjadi orang yang berjaya dan sentiasa positif. Amin Ya Rabbil Al Amin.

Salam ceria ^^
Junaida Watie
0199895564

                                


Hubungi Saya

Terima Kasih kerana sudi mengunjungi blog kedai jue ini.

Sekiranya anda semua ingin mendapatkan produk Shaklee dari jue boleh terus sms atau whatsapp 019-9895564. InshaAllah akan direply secepat yang mungkin. Cara lain untuk mengoder barang Shaklee dari dengan jue adalah dengan cara di bawah:-

1) Melalui emel ke empayarmarlisha@gmail.com dan isikan details seperti di bawah ini:-

Nama Penuh:
Alamat Untuk Pos:
Nombor Telefon:
Produk Yang Dipesan:
Credit Card No & Exp Date (sekiranya ingin membuat bayaran via Credit Card):


Tunggu pengesahan dari jue dalam masa 24jam tau. 

2) Boleh isi maklumat dalam google document ini sahaja.

(under construction)

3) Untuk mendapatkan harga yang istimewa boleh sms/whatsapp jue terus ye
019-9895564 (Junaidawati)

Jue menggunakan khidmat poslaju untuk menghantar barang yang anda order dan ia mengambil masa dalam 3-4 hari bekerja. Selain itu, jue juga ada membuat direct order dengan Shaklee yang mana Shaklee akan terus pos/curier barang anda terus ke alamat anda. Juga mengambil masa dalam 3-4 hari.


Sekian, Terima Kasih:)