"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label Aku jatuh Cinta. Show all posts
Showing posts with label Aku jatuh Cinta. Show all posts

Thursday, 4 September 2014

Saya Pengedar Shaklee di Selangor

As Salam

Buat pembaca blog jue yang dihormati, terima kasih kerana sudi menjengah blog yang serba sederhana dari jue ni. Di sini memaklumkan bahawa Jue adalah Pengedar Shaklee di Selangor, Malaysia. Bagi area Kajang, Semenyih dan Bangi penghantaran percuma sebab jue sendiri duduk di Kajang. Kira dekatlah nak hantar barang. Buat pengetahuan semua setiap entri berkenaan produk dalam web jue ni semua jue dah study danbelajar dengan leader-leader jue cara untuk memberi panduan penggunaan produk Vitamin semulajadi no 1 ni. Juga jue belajar dari pakar-pakar nutrisi Shaklee. Jika diberi kesempatan, jue akan menghadiri kelas nutrisi Shaklee untuk memperkukuhkan ilmu berkenaan produk kesihatan Shaklee ini.

Walaupun semalam bergegar jap FB jue (hehe) dek kerana semua orang duk kisah dan gosip pasal biskut Marie. Haa xmau komenlah lebih-lebih. Tak kisahlah orang nak cakap ape, yang penting pintu hati dan jiwa jue ni memang dah tegar dengan produk Shaklee.

Kenapa jue masih tetap suka dengan produk Shaklee ni, pertama sebab jue suka mealshakes. Mealshakes lah satu-satunya produk yang telah berjaya menyelesaikan masalah sembelit anak jue yang kronik. Boleh klik entri jue yang tu kalau nak tau kenapa jue terlampaulah bersyukurnya dapat berjumpa suplemen mealshakes ni. Alhamdulillah dengan izinNya jua anak jue sekarang tiada lagi masalah sembelit, malah makin sihat, kalau demam pun cepat sembuh. Bukankah jika sesuatu produk itu jika diguna dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan seseorang ia akan dapat pahala jika kita berkongsi bersama-sama kebaikannya. Walaupun tu produk AS, tetapi ia halal, selamat, semulajadi dan berkesan.

Si Jantung Hatiku : Wajah Ceria Penggemar Mealshakes
Perkara kedua yang menyebabkan jue seronok sangat dengan produk Shaklee adalah kerana suplemen menyusunya. Disebabkan anak sulung jue dah selesai masalah sembelit, jue pun rasa tergerak hati untuk mencuba set menyusu Shaklee pula. Masa tu xberapa yakin sangat pun memandangkan anak first memang xmenyusu badan sangat pun sebab jue masa tu cepat giveup bila susu badan mula kering dan tak ada usaha langsung untuk makan suplemen untuk melancarkan penyusuan.

Amazingnya, dengan hanya mengamalkan esp dan alfafa, alhamdulillah anak kedua still lagi menyusu badan walaupun umurnya dah dekat 2 tahun. Selain esp dan alfafa jue juga ambil trial set menyusu. Masa tu xfaham sangat keperluan vitamin dalam badan, just makan je. Siapa sangka kan, berkat tekad yang jue telah terapkan dalam jiwa untuk menyusu anak kedua tercapai. Ni semua gara-gara sedih sangat xdapat bagi susu badan sepenuhnya kat anak pertama tu. Insha Allah untuk anak ke -3 jue memang merangcang untuk menggunakan set hamil, berpantang dan menyusu sepenuhnya nanti. Mana tau anak keluar comel dan lagi gebu (hihi) inshaAlah.

Apa yang membuat jue rasa bertambah-tambah suka, bila dah abis pantang anak kedua, ramai pulak yang tegur jue makin slim dan makin gebu. Xsedar pun sebenarnya sebab bukan itu tujuan utama makan suplemen shaklee, hanya semata-mata nak capai impian memberi susu ibu sepenuhnya pada anak kedua jue ni. Xsangka pulak bonus lain yang datang. Hihi jue memang suke sangatlah. Sejak terus excited dengan semua produk Shaklee haha. 

Sekarang ni memang jue amalkan set pelangsingan dan kecantikan dari Shaklee sahaja. Tak da campur-campur ye sebab jue percaya produk semulajadi tiada bahan kimia mampu memberikan kesihatan dalam juga kepada pengguna. Haishhh panjang benor citer kali ni. Xsedar dah nak kul 5. Dah sampai masa untuk jemput si jantung hati balik umah. Bersiaran lagi kita di lain hari yer..daaaa

#ShakleeEffect
#Shaklee2u



Assalamualaikum
Junaida Watie : FB
Whatsapp : 01998955643
Duta Langsing dan Cantik Anda :)




Wednesday, 2 July 2014

Aku jatuh cinta

Assalamualaikum
dan selamat sejahtera

Entri kali ni pasal "aku jatuh cinta", biar betul tak sedar diri betul hihi. Anak dah 2, suami nak campak mana? Marah laki i kalau tulis entri macam nih. Yang sebenarnya aku dah jatuh cita dengan suplemen Shaklee lah. Suplemen hebat yang berasaskan sumber semulajadi sahaja, itu point utama kenapa aku suka Shaklee.

Mula kenal Shaklee sebab anak pertama mengalami masalah sembelit yang agak teruk, hari-hari terseksa membuang sampai keluar darah, kesian sangat-sangat sampaikan aku stress, menangis setiap kali tengok anak macam tu. Masa tu tengah pregnant anak kedua, hari-hari duk stress macamana nak atasi masalah ini. Lastly Allah temukan jalan, aku ternampak iklan di FB. Master yann punya iklan pasal Mealshakes boleh selesaikan masalah sembelit kanak-kanak. Masa tu memang aku tak tau langsung apa tu mealshakes, just terus pm kak yann cakap nak suplemen tu tanpa bertanya kelebihan. Sebab memang nak sangat-sangat anak sembuh. Mula-mula bagi aku xtau sangat sebab dah hilang contact Fb kak yan, bagi je sesudu teh, mula-mula bagi macam xda kesan masih lagi sembelit tapi xdelah sampai keluar darah dah, dah lama guna aku try bagi dos lebih sikit dalam sesudu besar, barulah nampak kesan positifnya. Alhamdulillah rasa syukur sangat-sangat. Tetapi masa ni belum lagi terjebak join ahli dengan Shaklee, malas katakan sebab utama nak anak pulih je.

Kali kedua kenal Shaklee bila ingin menyusukan anak kedua, sebelum bersalin lagi aku dah tanam niat untuk memberi susu ibu sepenuhnya bila dia lahir nanti. Tetapi masa dalam pantang susu kurang, tapi aku xputus asa dengan mengamalkan teknik Demand dan Supply oklah susu tetap ada walaupun kadang-kadang tengok baby macam tak kenyang je. Tengok iklan pasal suplemen Shaklee yang banyak sangat post pasal kebaikan esp dalam penyusuan ibu. Teringat dekat kak yann yang jual suplemen Shaklee pun mesti ade produk menyusu, terus pm dan kata nak set ibu menyusu. Masa tu consume set percubaan menyusu dan tambahkan susu esp. Alhamdulillah perkembangan positif walaupun aku hanya minum susu esp dah alfafa sahaja, vitamin lain xmakan konon xsuka makan pil dulu.

Dah berbulan-bulan beri anak mealshakes dan minum esp, tak pernah terfikir pun nak jual Shaklee sebab xreti nak jual nak share pun xreti. Lepas raya puasa ramai tengok gambar raya komen cakap aku nampak kurus, gebu n lebih cantik..hihi tolonglah ayat ni memang buat aku sangat-sangat tergerak untuk join Shaklee terus. Akhirnya masa order barang Shaklee aku terus bagitau nak jadi membership tapi nak makan-makan jer, konon jela tapi pastu terus aku share kebaikan esp di FB. Ramai pula yang pm tanya, akhirnya sharing tu berkekalan hingga kini kerana produk nya sungguh berkesan dengan aku.

Betullah orang kata tak kenal maka tak cinta. Bagi saya merasa dulu keberkesanan produk tu amat penting barulah kita dapat share dengan ikhlas.

Saya akan teruskan menjadi pengedar Shaklee untuk selama-lamanya sebab produk nya diyakini berkesan.

Alhamdulillah dah kenal Shaklee walaupun agak lewat.


Mama kepada 2 orang princess dan juga seorang Pengedar Shaklee Anda yang Aktif :)


Junaida watie
Saya Pengedar Tegar Shaklee
0199895564
www.empayarmarlisha.com