"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday 30 September 2014

Pengedar Shaklee Kajang dan Semenyih

Salam Sejahtera

Hai semua apa khabar korang hari ini. Moga kita semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat hendaknya. 

Di sini jue  nak beritahu yang jue adalah Pengedar Shaklee yang Sah dan Sangat Prihatin dengan masalah kesihatan semua pelanggan-pelanggan jue. Jadi bagi sesiapa yang pernah menjadi pelanggan jue mesti jue akan guide sepenuh hati cara pemakanan. Niat jue hanya satu ingin membantu anda semua kerana Allah. Nak tengok semua orang sihat, cantik, kurus, dan bagi yang ingin menjana pendapatan Shaklee sudah tentu jue niatkan untuk sama-sama membawa mereka ke arah kejayaan. Selagi korang di bawah tanggungjawap jue selagi itulah jue bertanggungjawap untuk membantu anda sehabis daya yang boleh. 

Antara kelebihan jue sebagai Pengedar Shaklee adalah sentiasa memastikan stok-stok vitamin dan suplemen minuman sentiasa ada bagi mengelakkan pelanggan menunggu lama. Buat pengetahun semua, sekiranya korang menjadi ahli di bawah rangkain Empayar Marlisha ini, akan juga akan diberi perhatian dan di beri garis panduan untuk berjaya. Ianya khas buat mereka yang komited dan serius untuk berbisnes sahaja ye. Bagi panduan pengambilan produk jue sediakan di group yang berasingan.

My Upline : Kami Berusaha Untuk Berjaya Bersama Anda Yang Komited Menjana Pendapatan Bersama Shaklee

Bersama Nanny @ Master Fazliana Jamil Yang sangat yang banyak memBeri Tunjuk Ajar

Pastikan Anda Bersama-sama Leader-leader Shaklee yang bertanggungjawap membawa anda ke arah Kejayaan dalam Bisnes Shaklee

Sekiranya ingin produk Shaklee seperti:
Set Ibu - Hamil, Berpantang dan Menyusu
Set Kecantikan Kulit
Set Pelangsingan Badan
Set Resdung
Set Sendi
Set Keihatan Umum
Set Anti Penuaan
Set Lelaki
Set Wanita
Set Migrain
Set Diabetes
Set Kanak-Kanak
Set Anemia
Ser Asthma/sinus
Set Kolestrol
Set Buasir
Set IQ
Set Alzheimer

Dapatkan Konsultan Percuma dar saya;

Junaida Watie
Marlisha Health N Beauty
http://www.empayarmarlisha.com/

p/s :Sekiranya anda mendapat harga mendapat harga suplemen yang harga nya lebih murah dari harga pasaran dan ahli sebaiknya cek label dan tanya tarikh luput vitamin tersebut. hati-hati dengan pengedar yang menjual dengan harga terlajak murah ye :)









segmen: saya sayang blog saya

Salam segmen, saya join segmen ni sebab memang saya sayangkan blog saya :)
Sesiapa nak join klik link blog Ayu Insyirah ini ye, moga ukhwah terbina antara kita semua :)


segmen sah sehingga 30/09/2014 jam 10.00 malam

Sunday 28 September 2014

Sukaneka Pasti As Syakirin 2014

Hari ni seronok sangat tengok iris bersukan. Xsangka betul anak mama ni kuat juga larinya. Sekejap betul masa ni berlalu hingga mama xsedar iris dah besar, boleh berdikari sendiri, pandai berkawan, pandai membaca, pandai bawa diri( bila ada  mama manja terus xtau wat apa haha).
Jadi hari ni mama nak rakamkan semua kenangan siang tadi dalam blog. Dulu xpandai buat blog, semua rakam dalam gambar koleksi peribadi je apa-apa peristiwa pun. Kali ni dah suka menulis dalam blog ada je idea-idea nak tulis dan nak buat kenangan serta untuk dikongsikan dengan pembaca blog.
Jom tengok gambar-gambar yang sempat dirakam tadi. Memang happening sungguh, cikgu-cikgu dan ibu bapa pun turut serta main.
Pendek kata memang meriahlah juga aktiviti sukaneka tu. Semoga anak-anak mama membesar dengan sihat dan cergas selalu. Mama akan berikan apa saje asal anak2 mama sentiasa dapat hidup sihat. Ameen..
Senyum Simpul Anak Mama :)
Tudung tu mama dah betul pun kedepan balik
Rumah Biru Laut 
Yess Anak mama menang !
Papa Lambat Sampai ..
Dapat Hadiah 
Adik pun nak main sama
Rahsia tersurat dan tersirat
Lica pun nak hepi dan selfie juga
Lari jangan tak lari hehe

Saturday 27 September 2014

Cerita Kolagen Lagi


Bismillahirramanirrahim

Hari ni nak cerita pasal kolagen lagi, dalam banyak-banyak entri baru jue perasan jue xda cite lagi apakah maksud kolagen sebenarnya. Haha teruk sungguh promot kolagen tapi tak bagitahu apa itu kolagen kan? Takpe hari ni jue akan kongsikan apakah makna kolagen itu. 
Kolagen penting untuk sel-sel berhubung
Secara amnya kolagen bermaksud protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous yang berbeza daripada protein globul (enzim). Ada lebih daripada 25 jenis kolagen yang wujud dalam badan secara semulajadi tau.

Kolagen berfungsi dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.

Biasanya kolagen dikaitkan dengan manusia untuk tujuan kecantikan kulit kerana ia boleh membuatkan kulit lebih kuat dan anjal.Namun, kolagen menjadi kurang dengan meningkatnya usia manusia itu. Kulit menjadi semakin berkedut, disebabkan itulah ramai yang memilih untuk meningkatkan semula kolagen dalam badan mereka. Buat pengetahuan anda semua juga, koagen bukan sekadar untuk memelihara kulit agar kekal anjal, malah ia digunakan oleh doktor merawat pergerakan sendi dan otot.Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit.Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka. 

Ok di sini jue nak bagitahu sumber-sumber kolagen, penting untuk kita tahu agar kita bijak memilih dan tidak salah memilih untuk mengamalkannya

Antaranya adalah :-
1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal. Kalau tidak pasti, sila tanya ahli farmasi yang bertugas, tentu mereka bersedia membantu (kalau mereka ikhlas).
Hati-hati! Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui. Walau bagaimanapun, jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada `Seafood’ atau gamat atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya. Kalau sumber selain daripada itu perlulah diselidiki sebelum dibeli/dimakan/digunakan kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat.
Cek label setiap kali membeli kolagen yer, ok pada mereka yang tidak mengamalkan pengambilan kolagen pulak ada beberapa info yang perlu anda tahu ye tentang kesan kekurangan kolagen dalam badan. 

Peratus kehilangan Kolagen mengikut umur


Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
Lihat apa kesan-kesannya jika kekurangan kolagen
Rasanya dah cukup info yang jue nak beri pada entri kali ni. Kalau ada lagi inshaAllah akan jue masukkan dalam blog ini untuk kita bersama berkongsi masalah dan perawatan dalam kecantikan. Moga-moga dengan info ini, anda lebih terbuka untuk mengamalkan kolagen tetapi ingat pilih yang betul halal, selamat dan berkesan sahaja tau. Sekian, jumpa lagi di entri yang lain.


Whatsapp/sms 019-9895564

Instagram : My Cutie Insta

Friday 26 September 2014

Kebaikan Mengamalkan Kolagen

Siapa Suka Makan Kolagen?

Mesti korang pun suka bertukar-tukar kolagen dan cari yang mana terBaik kan? Hati-hati ye memilih dan menggunakan kolagen. Jue pun sama macam korang jugak obses sangat makan kolagen. Dah pelbagai kolagen jue makan, antaranya Dherbs, Aurawhite, K-Colly, dan byk lagi rasanya dah tak ingat pulak hihi. Sebenarnya kolagen tu okey je memang nampak perubahan muka makin putih tetapi jue jadi ragu-ragu nak guna sebab sesetengah kolagen tu mempunyai Hydroquinone macam xberapa ok je pulak. 


Memandangkan jue pun pengedar Shaklee sekarang jue sekarang memang amalkan kolagen shaklee powder. Dengan kolagen shaklee xdelah ragu sangat sebab tahu apa kandungan dia, Semuanya semulajadi, terdiri daripada 7 ramuan utamanya iaitu:-



Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata
Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen
Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan
Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,
Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.
Pendek kata, ia pilihan tepat bagi saya kerana Shaklee Collagen POwder memberikan keanjalan, penghidratan dan antioksidan... 

Yang jue paling perasan, struktur serbuk kolagen shaklee memang sangat halus berbanding kolagen lain, itu yang buat jue tangkap cintan tuh..hihi strukturnya yang ringan hanya 1000mg dalton berat molekular nya. Bila di survey itu memang berat yang baik untuk diserap dalam badan. 


Info tambahan:Tahukah anda SCP dilengkapi dgn asid hidraulik utk mengekalkan kelembapan kulit. 1 gram asid ini boleh menahan sebanyak 6 Liter air. menarik bukan...sesuai utk saya yg tak dpt nak telah bergelen2 air sehari. Kalau sape2 nak rasa kulit lembap sentiasa, amalkan masker kolagen dan minum segelas sehari.. kesan yg sangat cepat.. mmg menakjubkan
Serbuknya yang begitu halus membolehkan penyerapan berlaku dengan lebih berkesan
Nak tau lebih banyak fakta tentang Kolagen Shaklee? Jom baca sini
  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen,kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. [1box mengandungi 15 uncang]
Kajian klinikal dilakukan bertahun-tahun oleh Shaklee bagi memastikan Kolagen Shaklee Selamat digunakan olah masayarakat Malaysia.

Dan ini yg saya baca dari pamplet Shaklee tentang kolagen powder ni.
>>>Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu*

♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan
Faedah tambahan :: menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang.Membantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.

Ok dah banyak bukti dan fakta yang dah jue update sini, sekarang ni nak tunjuk satu testimonilah pulak yang bagi jue memang jelas nampak keglowingan mukanya itu. Jom tengok :)

Sis ni amalkan kolagen Shaklee dengan set D shaklee iaitu set kecantikan vitamin C, B dan vita E
    Amacam?Ada tak yang teringin makan kolagen Shaklee.
Kalau ada macam biasa kol/sms/whatsapp 019-989564





Thursday 25 September 2014

Rahsia Sebenar Memilih Kolagen Terbaik :)

Salam sejahtera..

Zaman sekarang Kolagen ni dah sebati dengan jiwa muda-mudi, yang dah berusia lagilah gilakan Kolagen kan, sebab Kolagen kan terkenal berkesan untuk mengurangkan kedutan di wajah agar kelihatan lebih Muda dan Jelita. Jue juga memang suka sangat minum kolagen sebab ia boleh tubuh badan kita semakin lama semakin kurang menghasilkan kolagen, jadi memang memerlukan bantuan suplemen untuk menyeimbangkan kandungan kolagen dalam badan. Penting juga untuk mengurangkan kedutan di wajah.
Penemuan Kolagen Asli Dari Sumber semulajadi

Namun, adakah kita sudah memilih Kolagen yang betul2 tepat atau yang Terbaik? Adakah ia selamat tanpa bahan-bahan yang dicurigai mempunyai bahan-bahan terlarang? Dulu jue selalu pening nak pilih jenis kolagen mana, sebab dalam pasaran kecantikan memang terlalu banyak produk Kolagen, dari yang murah sampai le mahal semua ada. Terpulang kita untuk memilih sahaja. 

Sebagai pengguna bijak kita mesti kaji dan selidik dahulu Kolagen yang bagaimanakah harus kita ambil dan kaji juga kandungan produk kolagen tersebut agar kita memilih produk yang selamat, halal dan berkesan sahaja.

Setelah jue kaji pemilihan Kolagen jue dapatkan list Tips berguna untuk semua orang memilih kolagen di sini :-


*  Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (cecair) berbanding dengan kolagen yang disuntik. Ini untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan 

*  Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size membantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efek lebih cepat. 

*  Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan. 

*  Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan. 

*  Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri. 

*  Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine untuk kesihatan sendi. (bonus point) 

*  Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin. 

* Pastikan ia Selamat dan Tidak Bertoksin.  Yang penting juga pastikan ia dari sumber Halal dan Berkesan.  

Bila jue dah selidik barulah jue buat keputusan untuk makan Kolagen Shaklee ini. 

Nanti jue update lagi apa yang istimewanya Kolagen Shaklee ini berbanding Kolagen lain ya. Nantikan ye hihi.


Cepat2 grab taw

Sekian,

Whatsapp/sms 019-9895564

Instagram : My Cutie Insta

Wednesday 24 September 2014

First Segmen : Jom Tambah Kawan ! by Lieya Yaya

Klik Sini Untuk Join Segmen :)
Follow Blog Jue di sini : Junaida Watie 

Follow salah satu FACEBOOK , INSTAGRAM Jue.

Buat Entri Dengan Tajuk " First Segmen : Jom Tambah Kawan ! by Lieya Yaya "

Letak link twitter, facebook, atau instagram korang untuk kita semua tambah kawan

Tag 2 kawan blogger yang lain.(pastikan diorang tahu)

Tinggalkan link entry serta link twitter, facebook atau instagram korang sekali dekat komen bawah ini

Segmen akan berlangsung selama sebulan bermula 
21 September 2014 - 21 Oktober 2014 ( 6 ptg )


Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM

Assalamualaikum w.b.t.


Klik BANNER untuk join

SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by Yana Pink Blossom secara rasminya bermula pada 23 September 2014, jam 11.00 pagi dan akan berakhir pada 30 September 2014, jam 11.59 malam, 1 minggu sahaja. Tujuan utama giveaway ini adalah memudahkan Yana untuk blogwalking ke bloggerista semua yer. Kita boleh berbalas kunjungan sesama peserta. Semua bloggerista dijemput join giveaway ni.


HADIAH : 
WANG TUNAI RM10 x 5 pemenang

*Pemenang akan dipilih melalui random.org


SYARAT-SYARAT :
1. WAJIB follow blog Yana Pink Blossom
                                               2. WAJIB like Fanpage 
3. Buat entri bertajuk Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM
4. Copy Coding dan paste di ruang HTML entri anda
5. Tinggalkan URL entri korang di SINI
6. Siap & Good Luck (^^,)



Segmen Drop Your Link By Adinda Baizura Mazlan


Klik Banner Untuk Join

Segmen ini Akan Tamat Pada 24 hb September 2014

Tuesday 23 September 2014

Rahsia Kulit Lebih Sihat dan Awet Muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ni tergerak plak menulis tentang rahsia kulit menjadi lebih sihat dan awet muda. Rasa bersalah pula kalau jue xberkongsi rahsia ni sebab masih ramai di luar sana yang mengalamai masalah kesihatan kulit, dan juga ada yang mempunyai masalah kulit nampak lebih tua berbanding usianya yang masih muda. Kalau anda perasan, jika kita menjaga kesihatan dalaman dan penampilan sudah tentu kita akan kelihatan segar dan tampak lebih muda kan? 

Kulit yang tidak cukup Vitamin memang mudah menampakan kedutan.
Selain itu, perasan tak kalau seseorang itu bertubuh gempal dan berkulit kusam, mesti ramai yang akan kata dia kelihatan tua walhal dia masih muda. Sudah tentu empunya diri itu merasa sedih kan, adakah anda tergolong dalam golongan seperti ini? Jika ye, jangan risau dan khuatir kerana anda masih belum terlambat untuk mengubah personaliti anda. Untuk menjaga kesihatan kulit wajib berubah untuk memakan suplemen kecantikan yang semulajadi dan untuk tampak lagi muda dan menarik anda juga wajib menguruskan badan anda dengan suplemen yang sihat juga, takut nanti amik suplemen yang banyak bahan racun bahaya kesihatan badan nanti.

Bagi menjaga kesihatan kulit apa yang penting di sini adalah memastikan tubuh badan kita cukup Vitamin E, Vitamin C, Vitamin B dan Susu Soya Non-GMO. Untuk menghilangkan kedutan dan kulit yang kendur dan banyak jerawat, anda wajib amik kolagen. Kenapa kena amik Kolagen? Sebab kolagen dalam badan kita semakin lama semakin menyusut, sebab itulah semakin berusia umur kita semakin berkedut dan kendur kulit sekiranya tidak dijaga dan ditapis dengan pengambilan Kolagen.

Sebab apa jue katakan vitamin E baik sangat untuk kulit, sebabnya adalah kerana vitamin mempunyai Antioksidan yang kuat yang mampu untuk melindungi dan memulihkan kulit. Antioksidan pula merupakan satu kumpulan vitamin, mineral, enzim, dan rempah-rempah yang membantu melindungi tubuh dari radikal bebas.

Vitamin C pula sememangnya dan popular untuk melicinkan kulit. Sebenarnya banyak lagi manfaat vitamin C ini, bukan sekadar menjaga kesihatan kulit malah ia juga bertujuan untuk kesihatan. Para pengamal Vitamin C mempunyai sistem imuniti dan antibodi yang lebih tinggi berbanding yang tidak mengamalkannya. 

Vitamin E, C dan Protin amat penting untuk Kesihatan Kulit
B complex juga sangat penting untuk mendapatkan kesihatan kulit yang baik. Kandungan B complex membantu untuk menjaga kesihatan kulit dan juga rambut. Bagi susu soya pula, pemilihan susu soya non gmo juga penting untuk memastikan kulit lebih gebu dan terpelihara. Ia juga boleh membina sel-sel kulit baru yang menawan bagi menggantikan sel2 lama yang rosak.

Seterusnya apa yang paling penting untuk kelihatan muda jelita adalah dengan mengamalkan pengambilan kolagen dalam kehidupan seharian kita.  Kolagen boleh membantu untuk melawan penuaan.Dengan pengambilan kolagen yang semulajadi juga ia dapat mengurangkan gariskedutan di wajah dan juga menghilangkan pigmentasi. Selain itu, ia juga boleh memelihara otot ligamen daripada penyimpanan lemak yang mana boleh mengelakan penyakit yang disebabkan oleh otot seperti sakit lutut dan sendi.

Rahsia Kulit Segar, Muda  DAn Berseri

Untuk Kesihatan kulit, anda boleh klik sini yer untuk mendapat info tentang suplemen semulajadi dan selamat serta Berkesan untuk digunakan. 

Ok buat masa ni jue kongsikan yang ini dulu. Untuk informasi anda jue ada set kecantikan lengkap yang boleh membuat kita kelihatan muda dari usia, untuk apa-apa pertanyaa boleh berhubung dengan jue je taw. Konsultansi untuk semua pelanggan jue semua percuma dan diutamakan. Jangan lupa berkongsi rahsia kulit lebih sihat dan awet muda ini ye..

Junaida Watie : FB
Whatsapp/sms/ : 01998955643
Duta Langsing dan Cantik Anda :)
Visit My Ig : Duta_Langsing_dan_Kurus

Sunday 21 September 2014

Bawang Putih Membantu Merawat Pelbagai Penyakit

Bawang putih terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Ia digunakan bukan hanya dalam masakan sahaja malahan ia juga digunakan untuk mengubati beberapa penyakit seperti, darah tinggi, mengubati kencing manis, melawan jangkitan, melindungi penyakit asma, mengurangkan risiko penyakit kanser, anti radang, dan banyak lagi.

Bawang Putih Mempunyai 1001 khasiat untuk manusia

Ok sebelum tu meh kita jenguk dan baca ringkasan tentang manfaat bawang putih dalam kehidupan harian kita dan juga dalam kesihatan tubuh badan kita.

Manfaat Luar Biasa Bawang Putih :-
  1. Mengubati kencing manis/diabetes - ia sangat bermanfaat untuk mengawal jumlah kadar gula pada adarah. Jadi pesakit diabetes memang digalakkan untuk mengamalkan bawang putih.
  2. Melancarkan peredaran darah - ia boleh membuka pembuluh darah yang tersumbat.
  3. Mengawal Berat Badan - menolong mengawal nafsu makan dan meningkatkan metabolisme dalam badan.
  4. Menyembuhkan penyakit kulit - terbukti memiliki khasiat anti radang kerana mampu melawan infeksi dan bakteria. Oleh itu, bawang putih boleh mengurangi jangkitan penyakit pada kulit.
  5. Boleh menghilangkan jerawat - Dengan menyapu bawang di bahagian jerawat yang ada jerawat boleh hilang dengan cepa kerana bawang putih mengandungi anti oksidan yang boleh membunuh bakteria.
  6. Juga mempunyai sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semulajadi untuk mengurangkan pertumbuhan tumor.
  7. Bertindak sebagai anti-bakteria- ada sejenis bahan iaitu alicin yang terkandung dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa ikrobakteria, jadi ia sangat baik untuk jangkitan perut, influenza dan sebagainya.
Persoalannya mampukah pesakit menelan bawang putih yang ternyata pahit rasanya jika dimakan secara mentah? Mampukah kita nak makan dalam jumlah yang sepatunya kita makan begitu sahaja? Kalau saya dah tentu xmampu seulas pun xmampu juga rasanya hehe. Padahal jumlah yang perlu kita makan untuk kesihatan adalah 1 siung 3 kali sehari. Hahah Mampukah?

Jangan risau sekarang banyak suplemen kesihatan berasaskan bahan semulajadi. Macam jue dah tentu sarankan suplemen bawang putih Shaklee. Kandungan yang terdapat dalam suplemen bawang putih atau lebih dikenali dengan Garlic complex ni adalah bawang putih asli dan juga rosemary with spearmint flavor. Semuanya asli dan tulen, tiada bahan pengawet dan juga tiruan. Ianya dah tentu halal ye, 

Dengan sebotol garlic complex ini pelbagai penyakit inshaAllah akan beransur baik hendakNya.
Jadi jika anda semua punyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis, jerawat, takut dengan risiko kanser, selsema dan demam dan juga banyak lagi, boleh lah mencuba Garlic Complex berbentuk tablet dari Shaklee ini. Ia mempunyai banyak khasiat dan seharusnya dijadikan amalan memakan garlic ni, kalau xnak makan real punya bawang putih boleh try Garlic Shaklee ya. Cuma Garlic Complex Shaklee lebih istimewa kerana dirumus bersama2 khasiat rosemary with spearmint flavor.

Kalau minat macam biasala hubungi saya

Junaida Watie : FB
Whatsapp/sms/ : 01998955643
Duta Langsing dan Cantik Anda :)
Visit My Ig : Duta_Langsing_dan_Kurus








Friday 19 September 2014

Cara Bakar Lemak Dengan Mudah


Ramai orang nak kurus tapi ramai yang tidak tahu macamana nak kurus?

Adakah dengan pengambilan pil Kurus?, atau ubat kurus? Semua itu tidaklah digalakkan memandang pil2 kurus belum tentun berkesan dan terjamin keselamatan menggunakannya. Kita nak kena cek dan selidik dahulu bahan2 yang digunakan untuk membuat pil kurus itu samada terkandung bahan-bahan yang merbahaya ataupun tidak. Kalau nak kurus dan bakar lemak biarlah yang selamat dan halal.

Ok berbalik pada cara-cara mudah nak bakar lemak di sini jue nak kongsikan beberapa tips mudah untuk korang guna jika korang mempunyai lemak-lemak terlebih dalam badan. Yang pertama nya korang kena elakkan dari memakan makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi. Hal ini penting supaya perjalanan korang untuk kurus berhasil disamping memakan suplemen yang selamat untuk membantu proses penurunan berat badan anda.

Biasanya pakar pemakanan akan menasihatkan kita agar mengambil omega-3 untuk menghapuskan lemak tepu tersebut. Sebab itu kenapa jika nak kurus penting untuk anda makan suplemen Omega-3. Selain itu suplemen yang boleh diambil untuk membakar lemak tepu ini ialah lecithin. Pelbagai jenis lecithin di farmasi dijual tetapi korang kena hati-hati dan kena cek setiap label yang terkandung dalam vitamin tersebut agar ia selamat digunakan.

Cara yang seterurnya adalah dengan melakukan aktiviti senaman selalu. Jika korang makan suplemen kurus tetapi korang tidak pernah bersenam atau kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membakar kalori, kebarangkalian korang untuk kurus juga adalah sangat rendah.

Melakukan aktiviti beriadah dapat membantu kalori dibakar

Bersenam juga lagi mudah membakar kalori
Cuba korang fikir korang makan xkawal, lepas tu xbuat apa-apa aktiviti contohnya seperti bersenam, berjalan kaki hingga keluar peluh, beriadah, makan apa-apa suplemen dan ubat kurus pun saya gerenti memang skar berat korang nak turun. Kita nak kena tahu suplemen hanya membantu kita membakar lemak dengan lebih pantas jika korang melakukakn aktiviti bakar kalori, kalau tidak ia kurang bertindak.

Seterusnya adalah dengan cara mengawal kalori setiap makanan anda. Penting untuk kita tahu tu, biasanya, seorang lelaki perlukan 2000kalori dan wanita 1200kalori setiap hari sahaja. Tetapi adakah kita cukup kalori atau kurang?, jue pasti mesti banyak yang terlebih sebab kita tak tahu jumlah kalori kan, haha lepas ni kena alert lah pasal jumlah kalori yang kita ambil setiap hari. Sekarang zaman dah canggih teknologi pun luar biasa canggih, dah ada pun aplikasi mengira jumlah kalori makanan di telefon pintar kita. Rasanya xsalah jue nama aplikasi tu MyFitnessPal. Memang jue rujuk situ je kalau nak kira kalori. Jad dari situ kita dah boleh kira kalori yang kita ambil setiap hari.

Lagi caranya adalah dengan minum air putih 3liter setiap hari. Di sini jue nak bagitahu ye kita ni makanlah suplemen apa2 pun jika ingin mendapat kesan yang terbaik, haruslah minum air secukupnya juga. Ini minum air masak atau air putih pun malas macamana nak pastikan segalanya zat dan vitamin menyerap dalam badan. Ibarat buat kuihla kan, kalau xcukup air adunan pasti menjadi keras kan...so jika aiir kurang dah tentulah lemak-lemak dalam badan menjadi kebal dan liat untuk dibakar. Jadi nak kena ingat tu minum air putih banyak2 tau.

Last sekali barulah kita ambil suplemen yang sihat tau untuk membantu lemak-lemak dibakar dan dibuang dengan sempurna. Jue sendiri sekarang mengamalkan Vitamin Shaklee untuk kurus dan alhamdulillah masih ingin menurunkan lagi walaupun dah slim, suplemen yang jue guna sekarang adalah Cinch Shake Choclate, Cinch Tea Mix, Herblax, Omegaguard dan lecithin. Jue suka guna sebab ia membantu membakar lemak-lemak jue nih, rasa memang best sangat, kalau korang nak tengok info set kurus di sini ya. 

Dah beribu orang berjaya dengan Set Kurus Shaklee ni, Anda jangan ketinggalan untuk Mencuba ya.
  
Junaida Watie : FB
Whatsapp/sms/ : 01998955643
Duta Langsing dan Cantik Anda :)
Visit My Ig : Duta_Langsing_dan_Kurus

Thursday 18 September 2014

Strategi Cegah dan Kawal Kanser

Dengar nama kanser mesti ramai yang gerun dengan penyakit ini. Kebanyakan terjadi apabila seseorang itu mencecah umur 40an ke atas. Namun terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kanser terjadi. Antara penyebabnya adalah kerana :-

1) Sejarah keluarga - faktor keluarga yang pernah menghidap kanser juga berkemungkinan besar lebih berisiko tinggi untuk mendapat kanser.

2) Amalan pemakanan - Lemak berlebihan berkait rapat dengan kolon dan barah payudara

3) Rokok - kaitan dengan kanser paru-paru. 90% daripada penyakit kanser paru-paru adalah perokok. Tar di dalam tembakau rokok juga dikaitkan dengan kanser larinks, kanser mulut, kanser farinks,kanser esofagus,kanser pundi kencing,kanser buah pinggang dan kanser serviks.

4) Tabiat seks - suka bertukar pasangan juga boleh menambahkan risiko mendapat kanser lebih tinggi.

5) Sirih dan Tembakau - menguyah sirih dan tembakau mungkin penyebab kanser mulut

6) Jangkitan hepatitis B - kanser hati mempunyai hubungan dengan jangkitan virus hepatitis B
7) Amalan cara kerja - Persekitaran kerja yang melibatkan bahan karsinogen boleh menyebabkan kanser.

Okey macamana cara kita nak cegah dan kawal pulak kan.

InshaAllah berdoa dengan Allah dan minta dijauhkan dengan penyakit berbahaya ini di samping mengamalkan beberapa tips yang bermanfaat ini iaitu:-

- Elakkan makanan yang diproses, diawet dan diubah genetik@GMO.
- Makan lebih (50-70% dari sajian makanan harian) bahan-bahan makanan yang segar dan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Jauhkan makanan segera dan junk foods. Ini kerana makanan-makanan yang telah dipakej mempunyai banyak perisa dan bahan pewarna serta pemanis. Jauhkan gula kerana ia boleh membiakkan sel2 kanser.
- Kurangkan daging-daging lembu, kambing, ayam khususnya yang banyak lemak.
- Makan Coenzyme seperti Q10, dari sumber2 tapai, tempe dan pickles.
- Lakukan senaman sederhana selama 30minit sehari - jalan kaki, jogging atau kayuh basikal.
- Pil Vitamin D - atau sumber dr cahaya matahari
- Cukup tidur - 6 hingga 8 jam sehari.
- Kurangkan stress. be a positve person.
- Amalkan senaman pernafasan
- Jauhkan segala toksin di udara 
- Hidup riang gembira dan berkasih sayang dalam keluarga dan kepada semua insan.
Sebagai tambahan, boleh amalkan suplemen atau vitamin-vitamin yang boleh mencegah kanser seperti Coqhealth plus, Alfafa, dan Vivix. Suplemen ini sememang nya khas untuk mereka yang ingin mengelak kanser dan untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Tubuh badan bukan sahaja makin sihat malahan semakin cantik dan berseri-seri.
Jom Bebaskan diri dari Kanser! :)
Salam Ukhwah,
Junaida Watie
Pengedar Suplemen Kesihatan 019-9895564

Wednesday 17 September 2014

Buat homemade pizza Yang Sedap!

Malam ini agak keletihan dek kerana telah menghasilkan 7biji pizza buatanku sendiri. Puas hati dan seronok pun ye juga dapat belanja semua kelurga besarku di kampung dengan pizza homemadeku ini. Nak berkongsi gambar pizza di sini tapi gambar ade dalam handphone pulak, Sedap pizza ni bila kita buat sendiri, rasa mengikut citarasa kita sendiri. Semua ni hasil dari menuntut ilmu dengan Fatihahtul Munirah hihi. Jom jenguk resepi Homemade Pizza yang sangat Sedap ini.

Untuk Doh Pizza :
Tepung Gandum/ Tepung roti -4 cawan
Mauripan/Yis - 1 paket
Garam- secukup rasa
Gula - cukup rasa
Lemak Sayuran - 1sb setengah

Untuk inti :
Tomato puree - untuk disapukan atas doh sebelum bahan lain di letak di atas doh
tomato sos
Cili sos
Daging cincang - digoreng bersama bawang besar dahulu, campurkan cukup rasa agar dapat rasa 
                             yang enak
Bawang besar
Sosej Ayam/ Daging - potong biasa
Capsicum (lada benggala) - potong kecil2 n buang biji
Nenas - potong dadu
Cendawan Butang - potong kecil
mozzarella cheese/cheddar cheese - parut halus

untuk inti terpulang pada kreativiti anda juga, kalau nak masuk udang, ayam,atau isi ketam pun boleh yer. Setelah inti siap dipotong taburkan aje di atas doh pizza korang n sedia di masak pada suhu 180 darjah celcius dalam 25-30minit.

Cara buah doh sama macam kita buat roti juga. Senang sangat. Selamat Mencuba!

Gambar nanti free jue akan update mata dah tintong...

Ok ni gambar pizza yg jue buat sendiri hihi ni sebelum masak..

Sekian, salam ukhwah

Junaida Watie
Ibu Kepada 2 princess 
dan seorang WAHM as a distributor Shaklee :)