"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday 31 August 2014

Apa erti Kemerdekaan?

Salam satu Malaysia

Hari ni sepertimana yang semua rakyat Malaysia tahu adalah hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke 57. Sudah lama kita merdeka tetapi adakah semua rakyat Malaysia mengetahu maksud Merdeka itu sendiri atau mereka hanya seronok meraikannya sahaja? Namun tanpa kita sedari musibah yang melanda Malaysia pada tahun 2014 ini adalah kerana Kuasa Yang Maha Esa, adakah Ia mahu memberi petunjuk kepada kita semua agar kita sedar dari kealpaan kita menikmati hidup di dunia? Wallahualam. Hanya Dia yang Mengetahui segalanya. Kita sebagai makhluk di muka bumi hanya perlu berubah menjadi lebih baik dan berguna di atas muka bumi ini.

Ok berbalik hal kemerdekaan, erti merdeka pada jue adalah, keamanan dari segala penghalang-penghalang untuk hidup dengan aman, kebebasan, keharmonian serta berjayanya kita dalam menggapai impaian setelah berhempas pulas berusaha untuk mendapatkan sesuatu kemenangan. 

Jadi sempena hari merdeka ni jue nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 kepada seluruh rakyat Malaysia yang disayangi. Semoga negara kita aman sentiasa dan hidup dalam keadaan harmoni dan muhibbah.


Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-57
Suatu kenangan yang masih segar dalam ingatan jue ni adalah sama-sama menyambut hari Merdeka di Labuan. Masa tu masih belajar di IPT sana, sangat best bersama-sama meraikan bersama teman-teman seperjuangan masa belajar dulu. Lagi satu masa di Dataran Merdeka, tapi yang tak tahan pergi sana terlampau ramai orang. Maklumlah negara kita ramai yang suka menyambut dan menghayati erti kemerdekaan tu yang semua bersemangat menyambutnya.

Sempena hari kemerdekaan ini, jue juga tidak terlepas dari ingin membuat hari diskaun istimewa terhadap produk yang jue jual. Jadi, jika ada sesiapa nak mendapatkannya dari jue silalah whatsapp atau sms secepat  mungkin ye. Untuk hari ini sahaja ye. Terhad untuk 25 orang yang terawal sahaja. 


jika berminat hubungi saya yer 

I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073 
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
www.junaidawati-jusoh.blogspot.com
www.empayarmarlisha.com
fb: https://www.facebook.com/junaida.watie
fb page: https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty


2 comments: