"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label Pengedar Shaklee Selangor. Show all posts
Showing posts with label Pengedar Shaklee Selangor. Show all posts

Saturday, 6 September 2014

Testimoni Set Kurus


Shaklee memang dah lama dalam pasaran dah mencapai 55tahun pun dalam industri kesihatan ni, kalau nak tepek testimoni memang banyak dah tak terkira. Sebab Shaklee bukan menjalankan ujikaji 2-3 kali je tau, malahan berpuluh ribu kali , lebih dari itu sebab itulah kami semua pengedar Shaklee amat yaki bahawa produk Shaklee ternyata Selamat, Berkesan, dan Semulajadi. 

Produk Shape-Up Shaklee dah ambil, jadi mana testimoninya. Jom lihat testimoni. 


Lecithin + Omegaguard Membantu Nurul untuk Kurus :)


Menggunakan Set Asas Alfafa, Lecithin dan Herblax Untuk turunkan Berat Badan


Ketara Kan Nampak Hasil makan Omegaguard dan Lecithin


Makin Cantik shape cik Akak ni


Boleh Kurus Punya
klik sini jika ingin tahu Lebih lagi info mengenai Set Kurus Shaklee



Haa dah terbukti kan dengan jayanya boleh kurus. Cuba dulu baru taw. Bukan sekadar bagi kurus malah kesihatan pun bertambah baik taw.

Jom Sahut Cabaran kurus Dalam Masa 30Hari
Set Cadangan dari Jue;

Cinch Shake Mix ( perasa vanilla, coklat, dan caffe latte)
Alfafa/Herblax
Lecihin/Omegaguar
Cinch Tea Mix

Assalamualaikum
Junaida Watie : FB
Whatsapp : 01998955643
Duta Langsing dan Cantik Anda :)












Thursday, 4 September 2014

Saya Pengedar Shaklee di Selangor

As Salam

Buat pembaca blog jue yang dihormati, terima kasih kerana sudi menjengah blog yang serba sederhana dari jue ni. Di sini memaklumkan bahawa Jue adalah Pengedar Shaklee di Selangor, Malaysia. Bagi area Kajang, Semenyih dan Bangi penghantaran percuma sebab jue sendiri duduk di Kajang. Kira dekatlah nak hantar barang. Buat pengetahuan semua setiap entri berkenaan produk dalam web jue ni semua jue dah study danbelajar dengan leader-leader jue cara untuk memberi panduan penggunaan produk Vitamin semulajadi no 1 ni. Juga jue belajar dari pakar-pakar nutrisi Shaklee. Jika diberi kesempatan, jue akan menghadiri kelas nutrisi Shaklee untuk memperkukuhkan ilmu berkenaan produk kesihatan Shaklee ini.

Walaupun semalam bergegar jap FB jue (hehe) dek kerana semua orang duk kisah dan gosip pasal biskut Marie. Haa xmau komenlah lebih-lebih. Tak kisahlah orang nak cakap ape, yang penting pintu hati dan jiwa jue ni memang dah tegar dengan produk Shaklee.

Kenapa jue masih tetap suka dengan produk Shaklee ni, pertama sebab jue suka mealshakes. Mealshakes lah satu-satunya produk yang telah berjaya menyelesaikan masalah sembelit anak jue yang kronik. Boleh klik entri jue yang tu kalau nak tau kenapa jue terlampaulah bersyukurnya dapat berjumpa suplemen mealshakes ni. Alhamdulillah dengan izinNya jua anak jue sekarang tiada lagi masalah sembelit, malah makin sihat, kalau demam pun cepat sembuh. Bukankah jika sesuatu produk itu jika diguna dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan seseorang ia akan dapat pahala jika kita berkongsi bersama-sama kebaikannya. Walaupun tu produk AS, tetapi ia halal, selamat, semulajadi dan berkesan.

Si Jantung Hatiku : Wajah Ceria Penggemar Mealshakes
Perkara kedua yang menyebabkan jue seronok sangat dengan produk Shaklee adalah kerana suplemen menyusunya. Disebabkan anak sulung jue dah selesai masalah sembelit, jue pun rasa tergerak hati untuk mencuba set menyusu Shaklee pula. Masa tu xberapa yakin sangat pun memandangkan anak first memang xmenyusu badan sangat pun sebab jue masa tu cepat giveup bila susu badan mula kering dan tak ada usaha langsung untuk makan suplemen untuk melancarkan penyusuan.

Amazingnya, dengan hanya mengamalkan esp dan alfafa, alhamdulillah anak kedua still lagi menyusu badan walaupun umurnya dah dekat 2 tahun. Selain esp dan alfafa jue juga ambil trial set menyusu. Masa tu xfaham sangat keperluan vitamin dalam badan, just makan je. Siapa sangka kan, berkat tekad yang jue telah terapkan dalam jiwa untuk menyusu anak kedua tercapai. Ni semua gara-gara sedih sangat xdapat bagi susu badan sepenuhnya kat anak pertama tu. Insha Allah untuk anak ke -3 jue memang merangcang untuk menggunakan set hamil, berpantang dan menyusu sepenuhnya nanti. Mana tau anak keluar comel dan lagi gebu (hihi) inshaAlah.

Apa yang membuat jue rasa bertambah-tambah suka, bila dah abis pantang anak kedua, ramai pulak yang tegur jue makin slim dan makin gebu. Xsedar pun sebenarnya sebab bukan itu tujuan utama makan suplemen shaklee, hanya semata-mata nak capai impian memberi susu ibu sepenuhnya pada anak kedua jue ni. Xsangka pulak bonus lain yang datang. Hihi jue memang suke sangatlah. Sejak terus excited dengan semua produk Shaklee haha. 

Sekarang ni memang jue amalkan set pelangsingan dan kecantikan dari Shaklee sahaja. Tak da campur-campur ye sebab jue percaya produk semulajadi tiada bahan kimia mampu memberikan kesihatan dalam juga kepada pengguna. Haishhh panjang benor citer kali ni. Xsedar dah nak kul 5. Dah sampai masa untuk jemput si jantung hati balik umah. Bersiaran lagi kita di lain hari yer..daaaa

#ShakleeEffect
#Shaklee2u



Assalamualaikum
Junaida Watie : FB
Whatsapp : 01998955643
Duta Langsing dan Cantik Anda :)




Wednesday, 3 September 2014

Cara Kuruskan Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ni jue nak kongsi salah satu atau lebih lagi cara untuk Kuruskan Badan dengan lebih selamat, sihat, dan berkesan. Pernah dengar tak yang bila kita selalu minum teh hijau tubuh badan lebih banyak menghasilkan metabolisme. Bila metabolisme meningkat peluang untuk kuruskan badan juga akan meningkat. 


Selalu Yang Guna Teh Hijau ialah Kaum Cina yang dipercayai dapat memelihara Kesihatan Badan mereka
Menurut Konsultan diet Wolipop, Dr. Phaidon. Toruan, teh hijau bukanlah ubat kurus tetapi ia membantu proses pembakaran lemak. Teh hijau secara umum berfungsi untuk membakar lemak ketika bersenam, dan memblok lemak dari berkumpul dalam badan, dan sebagai penstabil gula dalam darah.
Menurut kajian di Jepun pada 1994 pula, orang yang mengamalkan lima cangkir teh hijau sehari atau lebih, memiliki risiko kematian yang lebih rendah pada usia muda berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Kajian itu dilakukan terhadap 40,000 orang. Ini bermakna teh hijau mampu memberikan kesihatan kepada tubuh manusia ( jadi betullah petua kaum Cina tu).

Selain itu, teh hijau juga dipercayai dapat mengelak penyakit jantung. Para saintis berpendapat, teh hijau menjaga saluran darah agar lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar maka risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan.

Lagi kelebihan minum teh hijau adalah :-

- mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau mempunyai kandungan antioksidan yang kuat, jadi ia berupaya membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat. 

- membantu mengurangkan kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik di dalam badan. Jadi tahap kolestrol lebih terjaga.

- mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson. Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

- Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenang kepada peminum teh.

-‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk  merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit  termasuk kanser.

- Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu  mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.

Jadi dapat dirumuskan di sini bahawa betapa banyaknya kelebihan dan manfaat jika kita selalu mengamalkan meminum teh hijau. Sekarang jue obses sangat nak kurus lagi walaupun berat badan jue tidaklah seperti orang yang berisi, cuma ingin kembali langsing seperti anak dara je belum lagi. Jadi daripada tak suka langsung sekarang ni dah jadi macam faveret pulak. Hari-hari rasa nak minum walaupun rasa malas nak bancuh..huhu. Memang dah jadi amalan pun sekarang ni. Nak tau teh hijau apa yang jue minum, bukan takat meningkatakan metabolismeku malah mata automatik terang benderang lepas minum hihi..bukan over claim ya tetapi kenyataan. 

Ok jue minum teh hijau Shaklee iaitu Cinch Tea mix, Memang agak pahit tetapi boleh campur dengan madu atau lebih best dengan Performance Drink Shaklee. Memang super duper sedap pulak. Tu xleh tinggal lagi tu.


Amalkan minum Teh hijau ye untuk kekal langsing dan lebih kurus

Ok dah habis dah perkongsian tentang teh hijau dari jue ye. Moga anda membaca dan menjadi lebih bijak untuk membuat pilihan kurus secara sihat atau sebalinya. Mata pun dah kejap2 tutup ni, ngantuk sangat mengarang entri pasal teh hijau ni. Nak pekena teh hijau takut pulak xleh tidur sampai pagi.hihi, ok teman-taman semua selamat malam dan jangan lupa amalkan teh hijau untuk kecantikan dan perlangsingan badan :)

Whatsapp/sms 019-9895564

FB : Junaida Watie
Fanpage : Marlisha Health N Beauty


Wednesday, 27 August 2014

Set Bersalin Shaklee

Salam sejahtera semua pembaca

Kali ni jue nak berkongsi dengan kaum-kaum ibu mengenai set bersalin yang pernah jue guna semasa bersalin anak kedua. Masa tu perkenalan kali kedua dengan produk Shaklee terjalin, jika sebelum jue teruja memberikan anak sulung jue dengan Mealshakes. Dek kerana keberkesanannya dalam menyembuhkan penyakit sembelit anakku, tergerak je hati ini untuk mencuba set menyusu pada mulanya. Setelah dinasihatkan berkenaan dengan kesihatan dan kecergasan yang diperlukan oleh setiap wanita atau ibu yang baru bersalin, jue mula sedar sememangnya waktu berpantang ibu-ibu lebih memerlukan tenaga.

Energizing Soy Protein membantu ibu berpantang untuk lebih bertenaga dan sihat


Alfafa pula membantu ibu-ibu menyusu mendapat khasiat lebih banyak dengan teknik Supply dan Demand yang betul.
Jadi set yang jue ambil adalah Set menyusu asas + trial set bersalin iaitu Energizing Soy Protein (ESP), Alfafa, Vitalea, Sustained Release Vit C, B complex dan juga zink complex. Pada mulanya memang jue ni buta vitamin, apa fungsi vitamin pun xtau melainkan vitamin C je, huhu kesian betul cetek ilmu. Rupa-rupanya setelah berkenalan dengan Shaklee sememangnya kita ni wajib ambil vitamin kerana melalui makanan xsemua vitamin yang kita perlukan dapat diserap. Kadang-kadang ia terhapus melalui proses penyediaan makanan tersebut.

Ini dia set bersalin pilihan ibu-ibu di Malaysia kini

Setelah beli, jue xguna pun  lagi set bersalin  tu huhu, maklumlah masa tu dalam pantang jadi malas sangat n ak makan vitamin sebab masih kosong lagi minda jue ni pasal kepentingan kesihatan. Ada satu malam tu jue memang rasa sakit kepala yang amat, teringat ada terbaca yang b complex berfungsi sebagai agen penenang dan memang sesuai sangat lah diambil masa itu. Terus jue cari botol trial pack( sekarang dah xjual trial pek rasanya) dan cari b complex. Amazing jugak bila lepas makan tu terus rasa nak merehatkan badan sekejap dan bila bangun je memang rasa lega  sebab sakit kepala dah hilang. Terus jue godek-godek semua fungsi dalam set bersalin ni. Jadi bermula saat itu jue makan semua vitamin dan hasilnya alhamdulillah syukur sangat-sangat, pantang xsampai 2 minggu jue kembali sihat dan cergas cuma masa tu duduk dengan emak jadi mak jue tetap tak bagi buat kerja-kerja yang berat lagi.

Alhamdulillah juga susu sentiasa ada untuk anak yang kedua, sampai sekarang pun masih menyusu badan lagi. Alhamdulillah diketemukan dengan produk yang betul-betul berkesan, selamat dan semulajadi ini. Terus jue join jadi ahli sebab senang nak beli sendiri, masa tu xde online sistem lagi hanya boleh order melalui call atau emel sahaja. Sekarang ni serba mudah nak order semua boleh online je. Itulah kelebihan menjadi ahli Shaklee, iaitu senang dapatkan barang sendiri di web disamping dapat kumpul point-point dari pembelian. 

Ok, dalam set bersalin, vitalea berfungsi untuk mencukupkan kesemua vitamin yang diperlukan oleh tubuh manusia, Penting sangat untuk ibu-ibu hamil dan selepas bersalin kerana ibu-ibu ini kehilangan banyak zat dan darah. Jadi ia bertindak untuk meningkatkan hb ibu hamil dan memberikan kecergasan kepada ibu berpantang.  B complex pula seperti yang jue cakap tadi sebagai agen penenang atau anti stress, bukan ibu berpantang je boleh amik malahan semua yang mengalami masalah lemau-lemau badan dan migrain juga sangat sesuai. Ini kerana b complex menukarkan makanan kepada tenaga dalam badan. Zink pula untuk menyembuh luka dengan cepat. Terbukti memang luka cepat sembuhlah. Enzim yang terdapat dalam zink sangat membantu luka cepat baik. Seterusnya Sustained Released vitamin C, yang ni memang jue suka makan sebab untuk mendapatkan kulit dan kolagen. Sebab dalam vitamin c ada kandungan kolagen.

Amboi panjang lebar dah cerita pasal set bersalin shaklee ni. Dah memang nyata dan jelas setiap orang terutama ibu-ibu yang sudah bersalin memang memerlukan vitamin untuk kekal sihat dan cantik serta kembali pulih macam anak dara. Bagi jue inilah Set Bersalin Moden yang terbaik, tiada bahan kimia tetapi berkesan untuk semua orang. Jadi jue nasihatkan semua ibu-ibu mahupun sesiapan juga mementingkan kesihatan tau. Tak kira kita guna produk apa yang penting periksa bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut. Adakah ia selamat untuk digunakan atau tidak. Bagi jue memang Shaklee dihatiku.

Nak order dan nak jue konsult boleh whatsapp atau sms sini 019-9895564
Junaida Watie
SID 930073
Pengedar Shaklee di Kajang Selangor.


Tuesday, 26 August 2014

Hubungi Saya

Terima Kasih kerana sudi mengunjungi blog kedai jue ini.

Sekiranya anda semua ingin mendapatkan produk Shaklee dari jue boleh terus sms atau whatsapp 019-9895564. InshaAllah akan direply secepat yang mungkin. Cara lain untuk mengoder barang Shaklee dari dengan jue adalah dengan cara di bawah:-

1) Melalui emel ke empayarmarlisha@gmail.com dan isikan details seperti di bawah ini:-

Nama Penuh:
Alamat Untuk Pos:
Nombor Telefon:
Produk Yang Dipesan:
Credit Card No & Exp Date (sekiranya ingin membuat bayaran via Credit Card):


Tunggu pengesahan dari jue dalam masa 24jam tau. 

2) Boleh isi maklumat dalam google document ini sahaja.

(under construction)

3) Untuk mendapatkan harga yang istimewa boleh sms/whatsapp jue terus ye
019-9895564 (Junaidawati)

Jue menggunakan khidmat poslaju untuk menghantar barang yang anda order dan ia mengambil masa dalam 3-4 hari bekerja. Selain itu, jue juga ada membuat direct order dengan Shaklee yang mana Shaklee akan terus pos/curier barang anda terus ke alamat anda. Juga mengambil masa dalam 3-4 hari.


Sekian, Terima Kasih:)




Wednesday, 2 July 2014

Aku jatuh cinta

Assalamualaikum
dan selamat sejahtera

Entri kali ni pasal "aku jatuh cinta", biar betul tak sedar diri betul hihi. Anak dah 2, suami nak campak mana? Marah laki i kalau tulis entri macam nih. Yang sebenarnya aku dah jatuh cita dengan suplemen Shaklee lah. Suplemen hebat yang berasaskan sumber semulajadi sahaja, itu point utama kenapa aku suka Shaklee.

Mula kenal Shaklee sebab anak pertama mengalami masalah sembelit yang agak teruk, hari-hari terseksa membuang sampai keluar darah, kesian sangat-sangat sampaikan aku stress, menangis setiap kali tengok anak macam tu. Masa tu tengah pregnant anak kedua, hari-hari duk stress macamana nak atasi masalah ini. Lastly Allah temukan jalan, aku ternampak iklan di FB. Master yann punya iklan pasal Mealshakes boleh selesaikan masalah sembelit kanak-kanak. Masa tu memang aku tak tau langsung apa tu mealshakes, just terus pm kak yann cakap nak suplemen tu tanpa bertanya kelebihan. Sebab memang nak sangat-sangat anak sembuh. Mula-mula bagi aku xtau sangat sebab dah hilang contact Fb kak yan, bagi je sesudu teh, mula-mula bagi macam xda kesan masih lagi sembelit tapi xdelah sampai keluar darah dah, dah lama guna aku try bagi dos lebih sikit dalam sesudu besar, barulah nampak kesan positifnya. Alhamdulillah rasa syukur sangat-sangat. Tetapi masa ni belum lagi terjebak join ahli dengan Shaklee, malas katakan sebab utama nak anak pulih je.

Kali kedua kenal Shaklee bila ingin menyusukan anak kedua, sebelum bersalin lagi aku dah tanam niat untuk memberi susu ibu sepenuhnya bila dia lahir nanti. Tetapi masa dalam pantang susu kurang, tapi aku xputus asa dengan mengamalkan teknik Demand dan Supply oklah susu tetap ada walaupun kadang-kadang tengok baby macam tak kenyang je. Tengok iklan pasal suplemen Shaklee yang banyak sangat post pasal kebaikan esp dalam penyusuan ibu. Teringat dekat kak yann yang jual suplemen Shaklee pun mesti ade produk menyusu, terus pm dan kata nak set ibu menyusu. Masa tu consume set percubaan menyusu dan tambahkan susu esp. Alhamdulillah perkembangan positif walaupun aku hanya minum susu esp dah alfafa sahaja, vitamin lain xmakan konon xsuka makan pil dulu.

Dah berbulan-bulan beri anak mealshakes dan minum esp, tak pernah terfikir pun nak jual Shaklee sebab xreti nak jual nak share pun xreti. Lepas raya puasa ramai tengok gambar raya komen cakap aku nampak kurus, gebu n lebih cantik..hihi tolonglah ayat ni memang buat aku sangat-sangat tergerak untuk join Shaklee terus. Akhirnya masa order barang Shaklee aku terus bagitau nak jadi membership tapi nak makan-makan jer, konon jela tapi pastu terus aku share kebaikan esp di FB. Ramai pula yang pm tanya, akhirnya sharing tu berkekalan hingga kini kerana produk nya sungguh berkesan dengan aku.

Betullah orang kata tak kenal maka tak cinta. Bagi saya merasa dulu keberkesanan produk tu amat penting barulah kita dapat share dengan ikhlas.

Saya akan teruskan menjadi pengedar Shaklee untuk selama-lamanya sebab produk nya diyakini berkesan.

Alhamdulillah dah kenal Shaklee walaupun agak lewat.


Mama kepada 2 orang princess dan juga seorang Pengedar Shaklee Anda yang Aktif :)


Junaida watie
Saya Pengedar Tegar Shaklee
0199895564
www.empayarmarlisha.com