"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label Pengedar sah Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Pengedar sah Shaklee. Show all posts

Tuesday, 30 September 2014

Pengedar Shaklee Kajang dan Semenyih

Salam Sejahtera

Hai semua apa khabar korang hari ini. Moga kita semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat hendaknya. 

Di sini jue  nak beritahu yang jue adalah Pengedar Shaklee yang Sah dan Sangat Prihatin dengan masalah kesihatan semua pelanggan-pelanggan jue. Jadi bagi sesiapa yang pernah menjadi pelanggan jue mesti jue akan guide sepenuh hati cara pemakanan. Niat jue hanya satu ingin membantu anda semua kerana Allah. Nak tengok semua orang sihat, cantik, kurus, dan bagi yang ingin menjana pendapatan Shaklee sudah tentu jue niatkan untuk sama-sama membawa mereka ke arah kejayaan. Selagi korang di bawah tanggungjawap jue selagi itulah jue bertanggungjawap untuk membantu anda sehabis daya yang boleh. 

Antara kelebihan jue sebagai Pengedar Shaklee adalah sentiasa memastikan stok-stok vitamin dan suplemen minuman sentiasa ada bagi mengelakkan pelanggan menunggu lama. Buat pengetahun semua, sekiranya korang menjadi ahli di bawah rangkain Empayar Marlisha ini, akan juga akan diberi perhatian dan di beri garis panduan untuk berjaya. Ianya khas buat mereka yang komited dan serius untuk berbisnes sahaja ye. Bagi panduan pengambilan produk jue sediakan di group yang berasingan.

My Upline : Kami Berusaha Untuk Berjaya Bersama Anda Yang Komited Menjana Pendapatan Bersama Shaklee

Bersama Nanny @ Master Fazliana Jamil Yang sangat yang banyak memBeri Tunjuk Ajar

Pastikan Anda Bersama-sama Leader-leader Shaklee yang bertanggungjawap membawa anda ke arah Kejayaan dalam Bisnes Shaklee

Sekiranya ingin produk Shaklee seperti:
Set Ibu - Hamil, Berpantang dan Menyusu
Set Kecantikan Kulit
Set Pelangsingan Badan
Set Resdung
Set Sendi
Set Keihatan Umum
Set Anti Penuaan
Set Lelaki
Set Wanita
Set Migrain
Set Diabetes
Set Kanak-Kanak
Set Anemia
Ser Asthma/sinus
Set Kolestrol
Set Buasir
Set IQ
Set Alzheimer

Dapatkan Konsultan Percuma dar saya;

Junaida Watie
Marlisha Health N Beauty
http://www.empayarmarlisha.com/

p/s :Sekiranya anda mendapat harga mendapat harga suplemen yang harga nya lebih murah dari harga pasaran dan ahli sebaiknya cek label dan tanya tarikh luput vitamin tersebut. hati-hati dengan pengedar yang menjual dengan harga terlajak murah ye :)









Friday, 5 September 2014

Set Kurus Shaklee ( Shape-up Shaklee)

Apa Shape-Up Shaklee ni? Biasa orang selalu sebut set basic kurus Shaklee Alfafa dan Lecithin jer. Shape-Up Shaklee terdiri daripada Cinch Shake Mix, Cinch Tea Mix, Herblax dan Lecithin.

Cukup komponen untuk kurus dah tu. Sebab apa jue cadangkan set ni? Kerana Cinch Shake Mix adalah sumber Protein tanpa lemak yang kita perlukan untuk meningkatkan metabolisme badan. Tulah sebabnya mengapa dengan konsistennya minum cinch shake ni inshaAllah berat badan akan turun. Untuk kurus, kita tidak boleh membiarkan perut kita kosong, Mestilah dipenuhi dengan protein agar dapat membanti kalori-kalori diambil itu terbakar. Meh nak cite sikit apa lah faedahnya jika kita minum cinch shake mix ni setiap hari.

Cinch Shake Mix
Setiap kali kita minum cinch, kita akan dapat 24gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut(disarankan diambil bersama-sama 1sudu ESP). Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. Cth makanan yg kaya proteinadalah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam. 


Minum Cinch Shake Mix setiap hari untuk Langsing
Makanan yang kaya dengan protin ini juga boleh membantu kita menahan kelaparan, yang mana boleh mengurangkan jumlah pengambilan makanan anatara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine yang merupakan nutrisi penting dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita. Dalam percubaa awal, saintis Shaklee menguji formula proprietari yang dipertingkatkan dengan luecine


CINCH ENERGY TEA MIX

-Tingkatkan Energy dan Metabolisme dengan Teh Hijau Shaklee ini

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. Mata akan terus segar dan cerah selepas minumcinch tea mix ni.


Manfaatnya:-
Cinch Tea Mix Memang Power..Macam tongkat Ali memberi tenaga yang segera:)
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
Lecithin

Kalau nak kurus lecithin memanglah sangat popular di farmasi, tapi sebelum beli di farmasi cuba cek label dan kandungannya. Adakah ia sama dengan Shaklee?
Haa lecithin Shaklee ni diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO. Setiap kapsul mempunyai 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. 

Nak Maintain Kurus? Pastikan ambil Lecithin yer

Manfaat:-

-Melindungi hati
-Menyerap vitamin yang larut lemak
-Pemecahan lemak dan kolestrol
-Pelangsingan- mengahalang obesiti
-Mencantikkan otot dan kulit
-Memperbaiki alergi
-Mempertingkatan daya ingatan dan mengurangkan stress
-Menghalang darah tinggi
-Memperbaiki prostat lelaki
-Meringankan sembelit

Herblax

Herblax ni yang jue paling suka. Dia selalu bantu jue ketika jue lama xbuang. huhu. Memang best giler lah amalkan herblax ni. Tapi pengambilannya juga terhad. Dalam seminggu bolehlah 2-3 kali ambil. Kalau ambil hari-hari takut usus bersih sangat sampai melecet hihi. Jadi kena kontrol amik juga tau.

Dalam Herblax ada 9jenis herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root. Jom kita tengok apa fungsi-fungsi herba semulajadi yang terdapat dalam formulasi herb lax ni ye?:

  • Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  • Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
  • Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yangterkumpul akibat lebihan makanan danpengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
  • Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membanti proses pencernaan.
  • Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakansebagai antibiotic.
  • Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
  • Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.
Mengelak Sembelit Dengan Berkesan

Apa keistimewaan Herb-Lax ni??

·         - Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dlm tubuh
·         - Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
·         - Membantu masalah sembelit
·         - Mengempiskan perut
·         - Melawaskan pembuangan air besar.

Herb-Lax akan menampakkan kesan dalam masa 8-12 jam selepas pengambilan. Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos kepada 5-8 biji dan boleh kembali ke dos asal setelah proses pembuangan kembali normal.

Dah abis cerita pasal set Pelangsingan Shaklee..mesti ramai yang nak tau harga pulak kan?

Satu Set RM410.25
Tapi jangan risau jika korang dapatkan dari jue, harga terlajak murah jue akan bagi. Yang terbaik untuk anda sahaja.




whatsapp/sms 019-9895564
Junaida Watie
www.empayarmarlisha.com

~ Duta Langsing Dan Cantik ~




Tuesday, 26 August 2014

Seminar Resepi Kejayaan & Kekayaan dan SEO


Baru ada masa peluang dan masa nak update blog, jue nak kongsikan pengalaman pergi ke Seminar Resepi Kejayaan dan Kekayaan yang jue pergi hari minggu lepas. Memang sungguh seronok dan teruja pergi menimba ilmu untuk menjadi orang yang berjaya dan kaya. Bukanlah nak kaya duit semata-mata, tetapi kaya segala-segalanya, siapa yang tak nak menjadi kaya tetapi biarlah ia berlandaskan syariat Islam. Intpati dalam seminar resepi kejayaan ini adalah kunci setiap kejayaan dalam perniagaan. Syukur alhamdulillah diketemukan dengan master yang begitu caring terhadap anak cucunya. Sanggup berkongsi pengalaman dan rahsia atau resepi untuk berjaya mencapai misi dalam perniagaan. 


Seminar Resepi Kejayaan & Kekayaan
Apa yang dikongsikan di sini adalah setiap apa yang inginkan mestilah diiringi dengan niat yang betul, ada matlamat atau misi, selain itu minat juga penting. Yelah kan kalau xda minat macamana nak buat kan? Apa yang dirumuskan sepanjang menimba ilmu di seminar, minat, matlamat dan misi itu adalah kunci kejayan dalam pemasaran perniagaan. Semua jue nak sematkan dalam hati dan bukan nak tengok orang lain je yang berjaya malahan jue sendiri perlu menggerakkan diri ini untuk bersikap bersungguh-sungguh dalam mencapai impian.Sesungguhnya jue lakukan ini semua kerana memang Shaklee pilihan utama dan ia merupakan kaedah MLM yan sangat adil. Xperlu cari orang pun tetap dapat bonus juga. Hanya melihat pada sales jualan, tetapi jika anda ada downline yang aktyif, ia adalah bonus yang sangat besar dan boleh melonjakkan diri anda menjadi sebaris master-master yang telah berjaya. 


Mehla berkenalan dengan mak shaklee jue dan juga nanny shaklee.
                                     
                                           Sr sup Roziah Muhammad
                                             (mummy Shaklee)

















 
Master Fazliana (nanny) dengan En.Muhammad Firdaus Azizi(SEO konsultan)


Ini dah tentula tuan punya blog ni haha jue lah tu. Nervous gila kena tanya.
Dah abis part seminar resepi kejayaan dan kekayaan kita terus ke panduan tentang SEO. Haa yang ni memang sangat tinggi nilai ilmunya. Bukan apa dari jue yang main redah je dalam buat blog sekarang ni dah tahu selok belok berblogging dan belajar tentang SEO. Sangat manis kenangan di sini sebab jue rasa ianya berguna sangat untuk jue memahirkan diri berblogging. Kalau korang semua teringin berblogging menuntutlah ilmu ye, kalau buat sendiri memang susah nak mahir. Alhamdulillah ju rasa sangat-sangatlah berpuas hati dengan seminar ni. Best giler lah, sebab lepas belajar ni semangat berkobar-kobar untuk berblog. Satu lagi nilai ilmu yang amat berharga adalah cara untuk menjadikan blog kita lebih professional dan lebih berkualiti. Alhamdulillah dan ribuan terima kasih kepada Master Fazliana yang bersusah payah menganjurkan seminar seperti ini. Rasanya jika ada peluang jue ingin pergi lagi menghadiri seminar-seminar yang meningkatkan nilai motivasi dalam diri.Jom kita layan gambar semasa seminar SEO pula.
Me dan Cie
Me dan Mater Fazliana
Ingin Berjaya sepertinya

Nak warna sama boleh? 

Amboi sukanya anak mama joget
PeACE
        Rasanya tu jelah kot yang jue dapat kongsikan semas menghadiri seminar resepi kejayaan dan panduan seo dan berblog. Memang best sangat dapat menimba ilmu yang bukan senang-senang diadakan ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada diriku ini dan semoga jue juga dapat mencapai impian yang ada dalam kamus hidup jue ini. Doakan ye kawan-kawan, jue juga mendoakan agar kita semua menjadi orang yang berjaya dan sentiasa positif. Amin Ya Rabbil Al Amin.

Salam ceria ^^
Junaida Watie
0199895564

                                


Wednesday, 2 July 2014

Aku jatuh cinta

Assalamualaikum
dan selamat sejahtera

Entri kali ni pasal "aku jatuh cinta", biar betul tak sedar diri betul hihi. Anak dah 2, suami nak campak mana? Marah laki i kalau tulis entri macam nih. Yang sebenarnya aku dah jatuh cita dengan suplemen Shaklee lah. Suplemen hebat yang berasaskan sumber semulajadi sahaja, itu point utama kenapa aku suka Shaklee.

Mula kenal Shaklee sebab anak pertama mengalami masalah sembelit yang agak teruk, hari-hari terseksa membuang sampai keluar darah, kesian sangat-sangat sampaikan aku stress, menangis setiap kali tengok anak macam tu. Masa tu tengah pregnant anak kedua, hari-hari duk stress macamana nak atasi masalah ini. Lastly Allah temukan jalan, aku ternampak iklan di FB. Master yann punya iklan pasal Mealshakes boleh selesaikan masalah sembelit kanak-kanak. Masa tu memang aku tak tau langsung apa tu mealshakes, just terus pm kak yann cakap nak suplemen tu tanpa bertanya kelebihan. Sebab memang nak sangat-sangat anak sembuh. Mula-mula bagi aku xtau sangat sebab dah hilang contact Fb kak yan, bagi je sesudu teh, mula-mula bagi macam xda kesan masih lagi sembelit tapi xdelah sampai keluar darah dah, dah lama guna aku try bagi dos lebih sikit dalam sesudu besar, barulah nampak kesan positifnya. Alhamdulillah rasa syukur sangat-sangat. Tetapi masa ni belum lagi terjebak join ahli dengan Shaklee, malas katakan sebab utama nak anak pulih je.

Kali kedua kenal Shaklee bila ingin menyusukan anak kedua, sebelum bersalin lagi aku dah tanam niat untuk memberi susu ibu sepenuhnya bila dia lahir nanti. Tetapi masa dalam pantang susu kurang, tapi aku xputus asa dengan mengamalkan teknik Demand dan Supply oklah susu tetap ada walaupun kadang-kadang tengok baby macam tak kenyang je. Tengok iklan pasal suplemen Shaklee yang banyak sangat post pasal kebaikan esp dalam penyusuan ibu. Teringat dekat kak yann yang jual suplemen Shaklee pun mesti ade produk menyusu, terus pm dan kata nak set ibu menyusu. Masa tu consume set percubaan menyusu dan tambahkan susu esp. Alhamdulillah perkembangan positif walaupun aku hanya minum susu esp dah alfafa sahaja, vitamin lain xmakan konon xsuka makan pil dulu.

Dah berbulan-bulan beri anak mealshakes dan minum esp, tak pernah terfikir pun nak jual Shaklee sebab xreti nak jual nak share pun xreti. Lepas raya puasa ramai tengok gambar raya komen cakap aku nampak kurus, gebu n lebih cantik..hihi tolonglah ayat ni memang buat aku sangat-sangat tergerak untuk join Shaklee terus. Akhirnya masa order barang Shaklee aku terus bagitau nak jadi membership tapi nak makan-makan jer, konon jela tapi pastu terus aku share kebaikan esp di FB. Ramai pula yang pm tanya, akhirnya sharing tu berkekalan hingga kini kerana produk nya sungguh berkesan dengan aku.

Betullah orang kata tak kenal maka tak cinta. Bagi saya merasa dulu keberkesanan produk tu amat penting barulah kita dapat share dengan ikhlas.

Saya akan teruskan menjadi pengedar Shaklee untuk selama-lamanya sebab produk nya diyakini berkesan.

Alhamdulillah dah kenal Shaklee walaupun agak lewat.


Mama kepada 2 orang princess dan juga seorang Pengedar Shaklee Anda yang Aktif :)


Junaida watie
Saya Pengedar Tegar Shaklee
0199895564
www.empayarmarlisha.com