"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday 4 November 2014

Tempat menarik Yang Ingin Di Lawati

Setiap kali lihat ramai kawan-kawan yang sudah berjaya pergi menunaikan umrah, terbit rasa cemburu yang amat kuat. Selalu jue impikan untuk pergi ke sana. Memang itulah tempat pertama di luar negara yang ingin jue lawati dahulu sebelum pergi ke tempat-tempat lain jika berpeluang inshAllah. 
Kota Mekkah adalah Tempat Yang Paling Allah sayangi.

Nak tau apa tempat yang jue teringin sangat-sangat nak pergi.. jue teringin nak pergi ke Mekkah AlMukarramah. Waduh bestnya kalau dapat pergi ke sana kan. Lepas hajat pergi sana barulah teringin nak pergi ke tempat lain pula. Bukan apa teringin nak tengok keindahan di sana, bangunannya yang cantik-cantik, dan yang paling penting adalah Mekkah Al Mukarramah ni adalah tempat yang paling disayangi Allah. 
Live dari Mekkah

Betapa beruntungnya jemaah haji kerana dapat menjejakkan kaki di bumi yang penuh berkat ini sebagai tetamu al-Rahman. Sesuai dengan status yang mulia ini, setiap jemaah hendaklah memastikan hati dan diri sentiasa suci agar tidak terjerumus ke dalam kemungkaran dan kezaliman. Renungilah firman Allah: Dan barang siapa yang berniat melakukan di Mekah kejahatan dengan cara yang zalim, nescaya kami akan merasakannya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (al-Hajj: 25)


Rasulullah SAW pula bersabda yang mafhumnya: Antara golongan yang amat dibenci oleh Allah ialah orang yang melakukan kejahatan di Mekah. (riwayat al-Bukhari)
Gandaan pahala mengerjakan amal soleh. Beribadat di Mekah menjanjikan pahala dan ganjaran yang berlipat ganda. Jemaah haji sewajarnya mengambil peluang keemasan ini dengan menumpukan sepenuh perhatian dan usaha mereka ke arah melakukan amalan solat fardu dan sunat khususnya ketika beribadat di Masjidil Haram, begitu juga amal soleh yang lain seperti bersedekah. Ibadat tersebut akan digandakan pahalanya sebanyak 100,000 kali.


Antara sebab-sebab utama yang mendorong jue ingin pergi ke sana adalah 


Doa yang Mustajab

Antara tempat yang mustajab doa ialah di Multazam dan di bawah Mizab. Sambil merapatkan pipi, dada dan dua t apak tangan ke dinding Kaabah, berdoalah dengan penuh keikhlasan dan pengharapan agar segala permintaan diperkenankan Allah SWT.
Tunaikan solat di Hijr Ismail kerana ia juga adalah sebahagian daripada Kaabah. Sekiranya tidak mengganggu jemaah yang sedang tawaf, tunaikan solat dan berdoa di belakang Makam Ibrahim kerana ia juga tempat mustajab doa.
Firman Allah: Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat. (al-Baqarah: 125)




Hajarul Aswad


Ia adalah kepingan batu yang berasal dari syurga. Jemaah lelaki disunatkan mengucup dan mengusapnya, manakala bagi wanita hukumnya hanyalah harus.
Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah! Dia akan membangkitkan Hajarul Aswad pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada yang telah mengusapnya dengan kebenaran”. (riwayat al-Tirmizi)



Telaga Zam Zam


Menurut riwayat, telaga Zam Zam terhasil dari terjahan kaki Nabi Ismail a.s. atau dari kuisan sayap malaikat Jibrail a.s. Ia merupakan sebaik-baik mata air dan penawar yang terdapat di muka bumi. Minumlah secara beradab dan dengan sepuas-puasnya.
Rasulullah SAW bersabda: “Air Zam Zam itu (fadilatnya) mengikut tujuan apa ia diminum”. (riwayat Ahmad) dan Sesungguhnya Air Zamzam merupakan makanan yang berzat dan penawar bagi penyakit. (riwayat Muslim)



Bukit Safa & Marwah


Di sini berlakunya perjalanan Hajar mencari manusia untuk membantunya mendapatkan sumber bekalan dan tempat berlindung. Tempat saie ini merupakan syiar Islam sebagaimana firman Allah: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada syiar agama Allah. (al-Baqarah: 158)

Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah SAW. "Demi Sesungguhnya engkau (yakni Mekah) adalah sebaik-baik bumi Allah, dan bumi yang paling disayangi-Nya" (riwayat al-Tirmizi)


Sekarang ni kita dah boleh tengok Mekkah secara live dalam handphone, pc atau pun laptop. Makin terujalah jue nak pergi kat sana. Nak tengok boleh click link sini yer.



Ok buat masa ni itu jelah tempat yang ingin dilawati selain nak round satu Malaysia nih. Hihi moga2 termakbullah impian ku untuk ke sana. Walaubagaimanapun, nak hantar mak ayah dulu pergi sana barulah jue dan suami bole pergi. InshaAllah mesti dapat nanti.


Sekian,

Dari Distributor Shaklee yang Bercita2 Tinggi Untuk Berjaya Dalam Hidup di Dunia Dan Akhirat.





No comments:

Post a Comment