"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 8 December 2014

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C

Dari kita kecil lagi kita telah diajar mengenai kepentingan mengambil vitamin C dalam kehidupan harian kita. Jadi bila dewasa, vitamin C tetap penting juga untuk diambil bagi mengekalkan struktur kulit sihat serta antibodi yang kuat. Namun begitu, tidak semua yang mengambil vitamin C, sebab itulah sesetengah individu yang ketahanan antibodinya yang kurang selalu mengalami demam2, selsema, batuk, dan juga kulit muka yang kering dan kusam. 


Kelebihan Vitamin C Pada Kesihatan Kita


Jadi, untuk elakkannya mengapa tidak kita mengamalkan Vitamin C dalam kehidupan harian kita? Jue cadang sangat-sangat korang semua makanlah vitamin C. Sebab kita xmampu nak cukupkan vitamin C yang kita perlu setiap hari. Tak kan nak makan 7 biji oren setiap hari, kadang2 buah2an kita xmakan hari2 kan? Jika anda memang tegar hari2 makan buah yang tinggi kandungan vitamin C itu oklah. Ok jika anda tidak makan buah hari2, pe kata makan pil vitamin C yang setiap sebiji pilnya mengandungi 7 setengah biji oren semulajadi. Xperlu beli buah oren lagi, hanya telan sebiji sehari dah mencukupkan keperluan vitamin C anda. 

Antara tanda-tanda kekurangan Vitamin C termasuk:

Kesan Kekurangan Vitamin C dalam Badan


1. Rambut kering, gingivitis (radang gusi)c, gusi berdarahd, kulit kering, bersisik, luka lambat sembuh, mudah kena jangkitang, hidung berdarah dan banyak lagi.

Kekurangan Vitamin C boleh dikaitan dengan beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, serangan jantung, dan osteoporosis.
Vitamin C memainkan peranan penting untuk melindungi badan daripada penyakit tersebut:

Risiko Sakit jantung Jika Kurang Vitamin C

Penyakit Jantung
Vitamin C tidak akan merendah kan kolesterol tetapi ia boleh melindungi arteri daripada kerosakan. Vitamin C sebagai antioksidan yang melambatkan aterisklirosis (pengerasan arteri). Ia juga bantu mencegah kerosakan pada LDL (bad cholesterol) yang membentuk sebagai plak yang boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.



JOM BACA KENAPA VITAMIN C PENTING UNTUK BADAN KITA 
Untuk mengurangkan Kerosakan Badan akibat bahan tercemar


Sebagai kolagen untuk kulit


Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu ? Tak percaya ? Kalau macam tu, jom baca penerangan di bawah ni. Kasi celik sikit minda ! ;)


Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, " The more you stress the more you need vitamin C ". Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Jadi anda nampak tak kalau anda ingin sihat dan kulit serta yang lain2 sihat anda perlu amalkan vitamin C. Cukup 500mg vitamin C sehari pasti kulit dan kesihatan terpelihara. Bagi yang kuat merokok, pekerja yang berisiko asap tercemar, jue nak bagitahu ye anda kena amik vitamin C bagi mengelakkan paru-paru rosak. Bila paru-paru tercemar pelbagai penyakit boleh menyerang, contoh macam batuk2, jerawat mudah naik dan macam-macam lagi.

Jadi, jangan ragu-ragu atau berkira untuk mengamalkan vitamin C ni tau, untuk kesihatan anda juga.

Bulan ni Promosi Terlajak Murah Bagi mereka yang Mendapatkan 6 botol sekaligus kerana anda akan mendapat sebotol Vitamin C percuma, jika anda nak 2 pun dapat murah 5% dari harga biasa.

Banyak lagi yang istimewa..
Anda hanya perlu taip "Vitamin C" ke 019-9895564 sahaja jika anda berminat.


No comments:

Post a Comment