"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday 9 December 2014

Tips Berhenti Merokok

Merokok merupakan masalah global yang sukar di atasi. Meskipun ramai yang mengetahui bahaya merokok terhadap kesihatan, perokok sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Kadangkala rasa pelik dan hairan mereka yang merokok, kepuasan apa yang mereka dapat selain dari membazir wang dan risiko radang paru-paru. Merokok bukan sahaj bahaya pada diri sendiri malah pada mereka yang sering menghidu bau rokok juga sangat bahaya. Masing-masing berisiko untuk mendapat penyakit seperti jantung, paru-paru rosak dan sebagainya.

Rokok diperbuat daripada sejenis daun tembakau yang mengandungi bahan nikotin, tar (candu) dan karbon monoksida. Ketiga-tiga bahan ini amat merbahaya kepada kesihatan tubuh badan. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat sama ada di kampung, bandar dan sebagainya. Masyarakat atau perokok menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup mereka.

Jom kita tengok apa yang ada dalam sebatang rokok yang mana ia sagat merbahaya buat kita semua. Kalau xnak berhenti merokok lagi bila dah tau kandungan rokok ni xtahulah nak kata apa.


Bahan-bahan dalam sebatang rokok

It memang adalah salah satu faktor kenapa kena berhenti merokok. Bahan2 yang tidak selamat buat apa kita nak sedut kan. 


Kenapa kena berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
    • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
    • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
    • Mendapat asma

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'
Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :
  1. Melengah-lengahkan
    • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  2. Menarik nafas panjang
    • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum air
    • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  4. Menyibukkan diri
    • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  5. Menjauhkan diri
    • Daripada orang yang merokok

  6. Mengelakkan diri
    • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

  7. Mengunyah sesuatu
    • Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

  8. Membasuh tangan selalu

  9. Mandi dengan kerap

  10. Meregangkan otot
    • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  11. Memohon doa
    • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

  12. Makan Suplemen Yang membantu kita hilang selera untuk merokok..Berkesan yang ni sebab dah ramai testimoni berjaya.
Testimoni Perokok Tegar Yang berjaya Berhenti Merokok..






Kesimpulannya merokok memang merbahaya terhadap kesihatan kita semua. Jadi berubahlah untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Untuk info mengenai produk Shaklee yang membantu perokok untuk berhenti merokok sila berhubung dengan Junaidawati di talian 019-9895564.

No comments:

Post a Comment