"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday 4 December 2014

Kenali Jenis-jenis Jerawat Anda

Jerawat merupakan suatu benda yang paling kita tidak suka, betul tak? Tambahan lagi bila ia timbul djelas di muka dan menyebabkan kita selalu rasa rendah diri dan malu untuk menonjolkan rupa kita. 


Secara amnya JERAWAT adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.


Tension kan bila Jerawat Tumbuh..Arghhh


Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.



Ketahui punca-punca timbulnya jerawat di sini dan beberapa tips untuk mengelak jerawat dari membiak di muka kita.


Jenis-jenis Jerawat


Jenis-Jenis Jerawat

1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)


  • Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.
  • Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
  • Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
  • Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.

2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)

  • Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
  • Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.



Biasanya cara untuk mengatasi masalah jerawat adalah.dengan mengenalpasti tahap kesihatan kulit anda dahulu. Jika anda selalu keluar jerawat biasa dan boleh dijaga, anda hanya perlu cukupkan vitamin C dan E serta vitamin A untuk mendapatkan kulit yang sihat supaya jerawat tidak mudah untuk timbul. 


Dan sekiranya anda mengalami masalah jerawat yang agak kronik, anda perlu mendetoks terlebih dahulu dan menstabilkan hormon anda terlbih dahulu.


Sebolehnya jika kulit anda jenis yang sensitif jangan pakai sebarang produk skincare yang berbahaya, pastikan memilih yang selamat kandungannya, halal, tiada paraben, dan semulajadi.


Selain itu, jerawat yang banyak menandakan kulit anda memerlukan nutrisi dan kolagen untuk membentuk sel kulit yang baru.Jadi anda juga disarankan mengambil kolagen agar dapat membantu mencantikkan semula kulit anda setelah anda merawatnya dengan pengambilan vitamin kecantikan.


Ok habis sudah perihal jenis-jenis jerawat yang biasa terjadi pada kulit muka kita. Adakah anda memerlukan panduan untuk mendapatkan kulit yang sihat? boleh hubungi jue untuk membantu memperbaiki masalah jerawat di muka anda. 


JunaidaWatie 019-9895564Agen Vitamin Semulajadi kecantikan Anda


No comments:

Post a Comment