"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday 7 December 2014

Tips Merawat Asma atau Lelah

Penyakit asma adalah sejnis penyakit yang sering melanda sesetengah orang dewasa mahupun kanak-kanak. Tahukah anda bahawa penyakit asma boleh dirawat dengan suplemen. Jue lihat xramai yang berusaha untuk memulihkan penyakit asma mereka. Mereka lebih selesa untuk mendapat rawatan doktor yang beterusan. Sebenarnya apabila kita mempunyai asma ianya boleh dirawat dengan pengambilan suplemen dan beberapa petua yang jue dah kumpulkan hasil dari google.


Asma boleh dicegah dengan mengamalkan tips2 dengan konsisten dan mengambil suplemen tambahan sebagai makanan harian


Sebelum mengetahui tips untuk merawat asma ini eloklah jue terangkan dahulu apa sebenarnya asma ini. Asma adalah sejenis penyakit saluran penafasan yang kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan atau episod asma'. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat atau dikawal dengan baik. 



Antara petuanya adalah :

1. Mengamalkan jus lobak putih. 

Bahan yang diperlukan hanyalah lobak putih dan madu lebah. Lobak putih ini perlulah diparut atau pun lebih mudah lagi di blender bersama sedikit air untuk mendapatkan jusnya.Jus lobak putih ini hendaklah dicampurkan dengan sedikit madu lebah secukup rasa.

2. Elakkan makanan dan alergen yang boleh menyebabkan asma.
Makanan olahan, zat adiktif, daging, dan makanan diproses dari susu boleh memburukkan asma kerana dapat menambah zat racun pada tubuh dan meningkatkan pengeluaran lendir.
Gunakan penapis udara anti alergen di dalam rumah untuk mengurangkan jumlah debu dan serbuk di dalam udara.
Gunakan pembersih vakum untuk membersihkan karpet atau singkirkan karpet sama sekali dari rumah kerana boleh menjadi sarang debu.
3. Tambahkan bahan makanan yang dapat mengurangkan keradangan.
Contoh bahan makanan yang dapat mengurangkan keradangan adalah bawang putih dan paprika. Ginseng dan makanan dengan asid lemak omega 3 juga boleh membantu menurunkan keradangan.
Boleh amik bawang putih berbentuk pil untuk merawat asma


Omegaguard yang kaya omega 3 ini sangat sesuai diambil oleh mereka yang ada asma
Membantu paru-paru lebih sihat dan sistem imun yang lebih tinggi buat pesakit Asma

Beberapa makanan yang mengandungi asid lemak omega 3 antara lain ikanbiji jintankacangbuah oren, grape fruit, tangerin yakni  buah-buahan sitrus yang kaya dengan Vitamin C ,minum dalam keadaan sederhana sejuk,jauhi jus oren dari ais, kerana ais atau sejuk dingin akan menyebabkan penyempitan pada saluran penting komponen pernafasan anda ini mengakibatkan serangan asma. Anda juga boleh menggunakan tambahan asid lemak omega 3.
Makanan tersebut boleh membuka saluran nafas di paru-paru dan memperbaiki pernafasan.
4. Serangan asma membuat tubuh mudah terdedah kepada radikal bebas.
Radikal bebas akan merosakkan saluran bronkus dan membuat gejala asma bertambah buruk.
Oleh kerana itu, makanlah makanan yang mengandungi antioksidan untuk menghalang radikal bebas. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar adalah sumber makanan yang mengandungi antioksidan.
5. Minum teh chamomile untuk mengubati asma.
Chamomile mengandungi zat anti-histamin yang akan membantu pada saat terjadi alergi asma.
6. Gunakan tambahan magnesium untuk mengubati asma secara semulajadi.
Mengambil 500 mg magnesium boleh melebarkan saluran bronkus dan membantu pernafasan.
Tingkatkan pula pengambilan sayur-sayuran yang mengandungi magnesium tinggi seperti bayam, gandum, taugeh, dan okra.
7. Lakukan latihan pernafasan dan teknik relaksasi untuk membantu mengatasi serangan asma ringan.
Bernapaslah perlahan melalui mulut atau hidung. Tetaplah tenang kerana kepanikan akan membuat gejala asma bertambah buruk.
Pesakit mungkin tidak dapat mengelakkan penggunaan inhaler sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya frekuensi pemakaiannya dapat dikurangkan.

8. Amalkan minum air hati unta

Hati unta dikeringkan dan dipotong nipis-nipis, kemudian digorengkan tanpa minyak sehingga hitam seperti arang. Setelah itu, ia ditumbuk sehingga menjadi serbuk dan dibancuh bersama air suam untuk diamalkan setiap malam sebelum tidur.

9. Juga boleh amalkan surah yang disarankan oleh Ustaz Sharhan Shafie ini



Jue rasa setakat ini sahajalah yang mampu jue kongsikan buat anda semua. Semoga tips-tips dan info-info ini dapat membantu pesakit asma beroleh kesihatan yang lebih baik dan bernafas sempurna seperti mereka yang sihat. Ingatlah setiap penyakit ada penawarnya. Kita digalakkan berusaha untuk lebih sihat dan lebih menjaga kesihatan selagi kita masih bernafas.

Sekiranya anda ingin mendapatkan produk-produk suplemen seperti garlic, omegaguard dan vitamin c yang baik untuk merawat masalah asma ini hubungi jue pengedarnya yang sah di 019-9895564 ya. Jue juga menyediakan khidmat konsultan bagi sepanjang pengambilan anda.

sekian, wassalam.







No comments:

Post a Comment