"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, 23 November 2014

7 Petua Elak Mabuk Ketika Dalam Kenderaan

Pernah tak anda mengalami mabuk ketika dalam kereta atau kenderaan lain semasa travel ke tempat yang jauh? Masa kecil-kecil dulu jue biasa sangat mabuk dalam kereta sampaikan nampak kereta jadi fobia nak naik. Kalau nak pergi mana-mana naik kereta mesti jue dah rase pening walaupun belum lagi naik kereta. Kelakar pun ada, xfaham juga kenapa selalu jadi macam tu. Kalau mak dan ayah ajak balik kampung lagile, dala kepala mesti fikir camana nak elak mabuk ni. Tetapi bila meningkat dewasa ni alhamdulillah naik kereta jalan jauh xada masalah cuma yang masalah naik kenderaan berat je macam bas dan kapal terbang. Mudah sakit kepala dan rasa nak muntah.

Jalan jauh Memeningkan kepala

Jadi, sekarang jue nak kongsikan tips atau petua untuk menghilangkan rasa mabuk ketika dalam perjalan yang jauh mahupun dekat. Adalah beberapa petua/tips setelah mengumpulkan semua tips dalam google jue jadikan list untuk memudahkan rujukan.

  1. Sebelum memulakan perjalan pastikan anda berada dalam kondisi yang sihat, sudah makan dan minum supaya terhindar dari perut masuk angin.
  2. Bawa bekal gula-gula berangin atau asam-asam bagi membantu elakkan rasa mual.
  3. Kupas ubi keledek berwarna kuning dan makan mentaha-mentah apabila terasa loya dalam perjalanan.
  4. Minum 3 sudu lebah madu asli yang dicampurkan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.
  5. Tutup penghawa dingin dan biarkan angin luar masuk
  6. Hiris halia nipis-nipis dan kunyahlah halia itu, atau boleh masukan hirisan halia dalam termos dan jadikan ia minuman dalam perjalanan.
  7. Atau boleh telan pappermint ginger plus dari produk Shaklee, sangat berkesan tau sebab saya dah try...lagipun cara ini paling mudah dan senang untuk disediakan.

Mudah je kan, xperlu pening2 fikir macamana nak elak pening kepala dalam kereta, readykan dengan tablet pappermint ni ajer. Tak pun boleh telan sebelum memulakan perjalanan anda. Selamat mencuba ye!

SID cun
Junaida Watie ~ 0199895564

http://instagram.com/duta_langsing_dan_cantik





Saturday, 22 November 2014

Cadangan Set Kesuburan Shaklee

Bagi pasangan suami isteri yang mencari-cari cara untuk mendapat zuriat, anda bolehlah mencuba Set Kesuburan dari Shaklee ini. Dah ramai yang mencuba set ini dan alhamdulillah set kesuburan shaklee banyak membantu pasangan yang sudah lama berkahwin mendapat zuriat yang diinginkan. Semuanya dengan izin Allah. Mari kita tengok testimoni pasangan yang berjaya hamil berkat doa dan menggunakan set kesuburan Shaklee ini.


Terbukti berkesan





Alhamdulillah berjaya Hamil dengan gla complex

Shaklee sangat membantu kesuburan para pasangan yang ingn hamil

Testimoni Berjaya Hamil

Testimoni berjaya Hamil

Jadi bagi mereka yang ingin hamil boleh merujuk pada set kesuburan lengkap Shaklee ini. Boleh ambil mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing, yang penting anda mendapat konsultan yang betul dari pengedar anda. Jika mendapatkan dari saya, saya akan guide anda sehingga anda berjaya hamil inshaAllah dengan izinNya. 




Set Lengkap Kesuburan Shaklee
1) Zinc Complex
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea 
Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex
Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E 
Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex
Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa Complex
Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

7)Vita C Plus
Vita C Plus untuk pembinaan dan pemulihan sel. Juga berfungsi untuk proses sintesis hormon-hormon kritikal seks dan kesuburan.

8) Esp Shaklee
Memudahkan proses persenyawaan dan perlekatan telur. Menyihatkan sel badan.

SID Kajang, Selangor





Friday, 21 November 2014

Kanser Serviks

Sebenarnya sebelum ni xpernah rasa nak kupas mengenai kanser serviks atau lebih dikenali dengan kanser pangkal rahim. Disebabkan ia melibatkan aset utama wanita, rasa perlu ambil tahu apakah kanser serviks ini dan berhati-hati dengan mengetahui langkah mencegah dari awal.

Stage kanser Serviks


Pangkal rahim/kanser servik adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.



Apakah jenis kanser pangkal rahim?


Keabnormalan sel pangkal rahim sebelum menjadi kanser


  • Atypia - merujuk kepada sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear. Perubahan pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan ujian pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita itu akan dinasihatkan supaya mengulangi ujian "pap smear" dalam masa enam bulan lagi untuk melihat samada perubahan sel atipikal tiada.
  • Dysplasia - sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).
Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu
  1. Squamous cell carcinoma - Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.
  2. Adenocarcinoma - Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Apa faktor risiko kanser pangkal rahim?


Faktor-faktor risiko kanser pangkal rahim


Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:
  • Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) - faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.
  • Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim.
  • Herpes - wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim
  • Ubatan - anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim
  • Merokok - meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.

Apakah gejala kanser pangkal rahim?



Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain. Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:
  • Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
  • Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
  • Pendarahan selepas putus haid
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Penambahan lelehan dari faraj

Jika anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.Bagaimana anda diagnosakan kanser pangkal rahim?

  • Ujian papsmear
  • Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop. Keputusan selalunya boleh diperolehi dalam masa seminggu selepas ujian. Doktor akan memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj bagi membolehkan pangkal rahim dilihat. Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.
  • Colposcopy
  • Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa. Alat khas yang dipanggil colposcopy (alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop) digunakan. Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim. Colposcopy adalah selamat digunakan pada wanita yang hamil. Walau bagaimanapun pesakit perlu memberitahu doktor jika dia berkemungkinan hamil kerana pesakit ini mungkin memerlukan rawatan yang berlainan.
  • Biopsi
  • Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.
  • Cystoscopy dan proctosigmoidoscopy
  • Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.
  • Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT)
  • Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X
  • Magnetic Resonance Imaging
  • Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap

Apakah rawatan untuk kanser pangkal rahim?


Rawatan untuk dysplasia.


Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.


Rawatan untuk barah pangkal rahim.


Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.

Pembedahan  - Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan: 

  1. Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim
  2. LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.
  3. Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.       

Radioterapi - Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.


Kimoterapi - Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah. Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.


Rawatan paliatif - Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.

Hindari Kanser Pangkal Rahim


Vaksin HPV (Human Papillomavirus)


Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix. Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu dari dijangkiti kuman HPV iaitu penyebab utama kanser pangkal rahim. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini. Sebaiknya vaksin ini di beri ke wanita remaja dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan seks. Ia kurang berkesan untuk wanita yang berumur lebih dari 26 tahun.


Oleh yang demikian marilah kita sama-sama mencegah dari awal penyakit ini dengan mengamalkan pengambilan suplemen yang menguatkan imun dan mempunyai kandungan antioksidan yang kuat. Ini kerana kandungan antioksidan yang kuat mampu mencegah dan mengawal kanser daripada berlaku. Cegah Lebih baik dari merawat. Jaga kesihatan diri kita.

Hubungi saya Pengedar Shaklee di Kajang

Thursday, 20 November 2014

Kesan Buruk Merokok

Nak Sihat Kena Berhenti Merokok

Merokok adalah suatu tabiat manusia yang amat merbahaya untuk kesihatan. Jika ada orang terdekat kita yang merokok, disarankan menasihati mereka agar berhenti merokok dengan segera.Bukan apa takut menyesal dikemudian hari, kesan sekarang xnampak, nanti bila dah kena baru nak insaf. Nak berhenti rokok masa tu dah xguna dah sebab sudah terlewat. 

Kesan buruk merokok bukan hanya pada diri sendiri malah pada orang sekeliling juga. Jadi berhentilah demi orang tersayang.

Apa Kesan Buruk Merokok?

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Kesian Anak menjadi Mangsa

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 


Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat


Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.


Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak


  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.

Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk

Mati pucuk mengerikan bagi lelaki


  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

Hubungan Seks Anda Akan Terganggu




Hubungan seks akan terganggu

  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda


Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda. 


Merokok Mengakibatkan Strok

Strok Lebih Mudah Menyerang jika Merokok


  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.


Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok

  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.

Berhenti Merokok

  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.

Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung


Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.


Sayangkan Jantung Anda


  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru


Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 


Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru


  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

Keluarga Anda dan Orang Tersayang


Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.


Berhenti merokok - 

Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.


Bahan Toksik Dalam Asap Rokok


Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.


Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
MetanolBahan Api
NitrobenzenaGasolin
Karbon MonoksidaAsap kereta
ButanaCecair pemetik api
RaksaLogam dalam jangka suhu
Vinil KloridaBahan utama plastik
ToulenaPelarut industri
AmmoniaPencuci lantai
ArsenikRacun tikus
KadmiumBahan utama bateri alkali
StearikBahan utama dalam lilin
SianidaRacun berbisa
Sumber rujukan : Info Sihat

Jadi tiada lagi alasan mengapa perlu berhenti MEROKOK!

Berhenti demi Isteri
Berhenti demi Anak-anak
Berhenti demi Keluarga
InshaAllah Hidup Lebih Sihat dan Bahagia.

Ingin Bantuan untuk Berhenti Merokok?


Bertindak Sekarang Demi Keluarga Tercinta

Wednesday, 19 November 2014

Tips Jaga Kesihatan Jantung

Akhir-akhir ni gejala mati mengejut selalu terjadi dan ada diantara mereka ini adalah golongan yang masih muda iaitu dalam lingkungan 40an. Takut mendengar kes begini namun apakah langkah-langkah atau persediaan yang anda lakukan untuk memelihara jantung anda agar sihat.

Memang tidak dinafikan bahawa mati itu pasti,  semua di tangan Allah, sebab itulah selagi kita masih bernafas selagi itulah kesihatan kita perlu dijaga. Mengambil makanan yang berkhasiat dan baik untuk menjaga jantung juga penting. Jika kita tidak mampu makan makanan kesihatan setiap hari, haruslah kita menggantikannya dengan suplemen kesihatan.

Apakah supleman kesihatan yang dimaksudkan? Suplemen itu adalah Phytocol-ST. Apakah Phytocol-ST?

Lindungi dan pelihara jantung anda Phytocol-ST.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan.

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah.

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato  setiap hari.

Istimewa mengenai Phytocol-ST

Keistimewaan Phytocol Shaklee
dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan

Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.

Bagaimana fitoserol menyamar untuk menyelamatkan dari kolestrol bersarang dalam tubuh kita.
Jadi, dengan pengambilan phytocol-st anda dapat mengurangkan kolestrol dan secara tidak langsung dapat menjaga kesihatan jantung anda. Dah ada jalan jaga kesihatan jantung jadi jangan berlengah untuk menjaga jantung anda. Berbaloi jika dibandingkan dengan kos rawatan yang beribu2 ringgit itu. Xrugi kita berbelanja untuk menjaga nyawa dan hidup dengan cara sihat.

Anda boleh hubungi jue untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh dapatkan dari jue. Hubungi 019-9895564.

8 Tips Merawat Penyakit Gastrik

Gastrik merupakan penyakit yang biasa berlaku dikalangan kita. Ini disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak seimbang dan teratur. Jenis pemakanan juga mempengaruhi penyakit gastrik.


Seperti sedia maklum penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Punca-Punca Gastrik

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.


 1) Makanan Asam


Seperti dengan makanan pedas, makanan yang masam turut akan merangsang rembesan jus gastrik yang lebih. Bagi mereka yang gemar makan jeruk apabila perut kosong, lama kelamaan, lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada hakisan asid hidroklorik akan menjadi semakin nipis.

Makanan Pedas Boleh Menyumbang kepada Gastrik

2) Makanan Pedas


Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung untuk menghidap masalah gastrik acid, ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Ini menerangkan kenapa anda lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas.


3) Makanan Bergoreng


Makanan yang digoreng adalah berminyak dan lebih sudah untuk dicerna, ia akan berada di dalam perut untuk jangka masa yang lebih panjang. Kewujudan makanan akan terus merangsang rembesan jus gastrik di dalam perut.

Simptom Gastrik

  • Perut terasa seperti kembung.
  • Sendawa yang berterusan.
  • Sakit mencucuk pada bahagian perut.
  • Rasa mual selepas makan.
  • Muntah
  • Hilang selera makan.
  • Penurunan berat badan jika terlalu kronik.

 Tips Merawat dan Mengelakkan Penyakit Gastrik

1- Elakkan makan makanan yang berasid seperti makanan pedas, makanan berminyak, makanan masam, dan juga junk food.
2- Selepas makan nasi, pastikan minum air suam, bukan air seuk atau ais batu.
3- Pastikan jadual waktu makan teratur.
4- Elakkan makan makanan berangin dan sejuk.
5- Hindari rokok, alkohol dan minuman bergas.
6- Elakkan dari mengambil ubat dari doktor seperti milk of magnesia dan sebagainya kerana ditakuti akan memudaratkan lagi sakit gastrik tersebut.
7- Minum susu segar atau susu yang kaya dengan sumber protein semulajadi.
8- Makan sup yang direbus bersama halia untuk mengelakkan angin terkumpul dalam badan.

Untuk memudahkan rawatan gastrik anda boleh cuba Cadangan Set Gastrik ini untuk mengatasinya. Apa Yang ada dalam Set Gastrik ini?

  1. ESP(Energizing Soy Protein) -  Susu Soya Berprotein Tinggi
  2. Pappermint Ginger Plus - Halia yang dirumus bersama pappermint menjadi kapsul yang boleh melegakan angin dalam badan.
  3. Ostematrix - susu berbentuk kapsul yang boleh membantu meneutralkan asid.

Jika berminat hubungi Junaida Watie 019-9895564


-