"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label Cara atasi. Show all posts
Showing posts with label Cara atasi. Show all posts

Thursday, 4 December 2014

Kenali Jenis-jenis Jerawat Anda

Jerawat merupakan suatu benda yang paling kita tidak suka, betul tak? Tambahan lagi bila ia timbul djelas di muka dan menyebabkan kita selalu rasa rendah diri dan malu untuk menonjolkan rupa kita. 


Secara amnya JERAWAT adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.


Tension kan bila Jerawat Tumbuh..Arghhh


Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.



Ketahui punca-punca timbulnya jerawat di sini dan beberapa tips untuk mengelak jerawat dari membiak di muka kita.


Jenis-jenis Jerawat


Jenis-Jenis Jerawat

1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)


  • Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.
  • Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
  • Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
  • Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.

2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)

  • Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
  • Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.



Biasanya cara untuk mengatasi masalah jerawat adalah.dengan mengenalpasti tahap kesihatan kulit anda dahulu. Jika anda selalu keluar jerawat biasa dan boleh dijaga, anda hanya perlu cukupkan vitamin C dan E serta vitamin A untuk mendapatkan kulit yang sihat supaya jerawat tidak mudah untuk timbul. 


Dan sekiranya anda mengalami masalah jerawat yang agak kronik, anda perlu mendetoks terlebih dahulu dan menstabilkan hormon anda terlbih dahulu.


Sebolehnya jika kulit anda jenis yang sensitif jangan pakai sebarang produk skincare yang berbahaya, pastikan memilih yang selamat kandungannya, halal, tiada paraben, dan semulajadi.


Selain itu, jerawat yang banyak menandakan kulit anda memerlukan nutrisi dan kolagen untuk membentuk sel kulit yang baru.Jadi anda juga disarankan mengambil kolagen agar dapat membantu mencantikkan semula kulit anda setelah anda merawatnya dengan pengambilan vitamin kecantikan.


Ok habis sudah perihal jenis-jenis jerawat yang biasa terjadi pada kulit muka kita. Adakah anda memerlukan panduan untuk mendapatkan kulit yang sihat? boleh hubungi jue untuk membantu memperbaiki masalah jerawat di muka anda. 


JunaidaWatie 019-9895564Agen Vitamin Semulajadi kecantikan Anda


Saturday, 25 October 2014

Apakah PCOS?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni lambat sikit update blog, badan xsihat. Dalam proses recovered dari demam dan selsema. Masa ni memang xtinggallah vitamin untuk menguatkan antibodi melawan penyakit, antara yang saya amal masa sakit ni adalah, vit c plus diambil 2biji setiap jam, nutriferon 2sachet sehari, dan b compleks..kadang2 tu ambik garlic 2biji. Tu cerita bila badan ni xsihat. 


Namun isi entri kali ini adalah mengenai PCOS. Apakah itu PCOS?

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) atau Sindrom Ovari Polisistik adalah penyakit hormon yang melibatkan sistem reproduktif wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka. Apabila wanita yang mengalami masalah hormon, kemungkinan besar mereka berisiko untuk mengalami PCOS.


PCOS adalah masalah endokrin yang utama wanita. PCOS adalah punca utama 80% wanita mengalami infertiliti yang disebabkan oleh kegagalan ovulasi. Adalah dianggarkan 100% wanita mengalami PCOS dan kalau ultrasound digunakan sebagai kriteria PCOS, peratusannya lebih tinggi iaiti 20%-30%.


Apakah kriteria-kriteria simptom-simptom?

  • Ketidaktentuan atau tiada ovulasi. - Ini selalunya dengan kitaran haid yang tidak menentu. Kitaran panjang (>42 hari), darah turun berlebihan dan panjang. Pendarahan haid yang banyak boleh menyebabkan anemia.
  • Terdapatnya ciri-ciri "hyperandrorgenism" sama secara klinikal atau ujian darah.- Hyperandrogenism adalah keadaan di mana seseorang itu  mempunyai paras hormon androgen/testosterone (hormon lelaki) yang tinggi dalam darah. Secara klinikalnya, wanita ini mempunyai masalah jerawat, alopecia (rambut botak) dan hirsutism (bulu-buluu halus berlebihan di muka, dada dan perut). Kalau ujian darah dilakukan seperti serum Testosterone menunjukkan parasnya tinggi.
  • Ultrasound menunjukkan ovari-ovari mempunyai banyak cyst-cyst kecil (purata 1cm) berkumpul dipinggir dinding ovari membentuk satu rangkaian kalung mutiara.

Apakah kompilasi-kompilasi atau masalah-masalah berkaitan dengan PCOS?

  • Komplikasi masa pendek - masalah kitaran haid tidak normal termasuklah haid berhenti, masalah hirsutism dan masalah kesuburan infertiliti
  • Komplikasi panjang - obesiti, masalah metabolic dan rintangan insulin kolestrol tinggi, sakit jantung serta diabetes.
  • Semasa mengandung - darah tinggi dan hyperplasia dinding rahim yang boleh menyebabkan kanser rahim.

Cara Mengatasi PCOS

Salah satu punca PCOS adalah baka atau genetik, maka tiada rawatan khusus untuk PCOS tetapi ia masih boleh dikawal dengan cara:
  • mengurangkan berat badan
  • makan banyak buah-buahan dan sayur ulam dan menjauhkan diri dari makan junk food, fast food dan makanan yang banyak pengawet
  • pilih cara gaya hidup sihat, banyakkan senaman
  •  mengambil suplemen yang sesuai

Suplemen Shaklee yang sesuai untuk penghidap PCOS

  1. Vitalea Iron Formula
  2. B complex
  3. Zink complex
  4. Omegaguard
  5. GLA complex.

Untuk mendapatkan suplemen-suplemen anda boleh hubungi saya Pengedar terbesar di Kajang dan Semenyih melalui talian 019-9895564 (sms/whatsapp/instagram)

Junaida Watie
SID Selangor
930073
my Ig : Duta Langsing dan Cantik