"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label Punca Kanser. Show all posts
Showing posts with label Punca Kanser. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

Punca-punca Di Serang Kanser

Terdapat pelbagai punca-punca seseorang itu diserang kanser. Namun ramai doktor xmampu memberikan apakah punca -punca yang tepat mengapa seseorang itu boleh menghidap kanser. Ada yang mengatakan berpunca dari faktor pemakanan, sinaran uv, keturunan, dan kelemahan sistem imun (sistem melawan penyakit), dan juga jangan terkejut jika ia disebabkan oleh produk kecantikan yang kita amalkan.

Ok secara jelaskan di sini saya senaraikan beberapa punca terjadinya kanser. Antaranya adalah :-

  • Karsinogen kimia
    Dedahan kepada bahan kimia karsinogen akan meningkatkan lagi risiko. Contoh karsinogen:
    Asap rokok: telah diketahui umum apa yang terkandung dalm asap rokok.
    Bahan kimia di tempat kerja: seperti asbestos, benzene, formadehyde dll.
  • Umur
    Pada usia yang semakin meningkat, badan mungkin telah mengumpul sel-sel yang rosak dari masa ke semasa. Pertahanan tubuh juga akan menjadi semakin kurang berkesan dengan pertambahan usia.
  • Faktor cara hidup
    Diet yang tidak sihat juga boleh menyumbang kapada penyakit ini. Pengambilan banyak buah-buahan dan sayuran yang mengadungi vitamin dan mineral serta anti oksida dapat membantu melindungi tubuh dari bahan yang tidak deperlukan badan dan menyihatkan sistem pertahanan tubuh.
    Makanan yang berlemak yang boleh menyumbang kepada obesiti, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol akan meningkatkan lagi risiko kanser.
  • Sinaran
    Dedahan kepada sinaran radiasi atau bahan radioaktif dan sisa atau output dari aktiviti nuklear yang berlebihan dan melebihi dos juga akan antara penyebab kanser. Tetapi jangan takut untuk melakukan ujian x-ray kerana ia adalah dalam dos yang rendah.
  • Jangkitan
    Sesetengah virus mempunyai hubungkait dengan kanser seperti mereka yang dijangkiti virus hepetitis B atau C berisiko untuk mendapat kanser hati. Virus HPV (human papillomavirus) juga dihubungkaitkan dengan kanser servik bagi wanita.
  • Sistem imun
    Tubuh yang mempunyai sistem imun yang rendah seperti pengidap penyakit AIDS dan mereka yang menjalani terapi Immunosuppresive.
  • Genetik
    Mempunyai gen yang diwarisi secara genetik yang menyebabkan kanser. Genetik yang mempunyai kerintangan yang rendah terhadap kesan karsinogen dan juga faktor diet juga boleh menyumbang kepada sel yang tidak normal walaupun tidak mewarisinya.
Kebanyakkan kanser adalah disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor

Tidak semua orang yang terdedah kepada karsinogen atau mengamalkan cara hidup yang tidak sihat akan mendapat kanser. Contohnya, tidak semua perokok mendapat kanser paru-paru. Semua dari kita juga terdedah kepada karsinogen dari masa ke samasa.
Badan mempunyai mekanisma yang boleh melindungi kita dari kanser sebenarnya. Sel-sel yang dirosakkan oleh karsinogen akan mengalami pemulihan dengan sendiri. Sistem imum badan juga akan memusnahkan sesetengah sel-sel yang tidak normal sebelum ia berganda kepada tumor. Kemungkinan satu karsinogen dapat merosakkan satu gen dan mungkin dua atau lebih gen perlu dirosak atau diubah bagi menyebabkan sel menjadi berganda secara tidak terkawal.
Dalam kebanyakkan kes, biasanya kombinasi faktor seperti faktor genetik, dedahan kepada karsinogen, umur diet, keadaan imun sistem dll., boleh memainkan peranan yang menyumbang kepada sel menjadi tidak normal dan membenarkan ia berganda secara tidak terkawal sehingga menyumbang kepada kanser.

Bagaimana kanser dikesan?

Jika terdapat perkara yang tidak normal terbentuk pada tubuh seperti bengkakan dibawah kulit atau sakit yang berterusan contohnya batuk yang berterusan, sebaiknya menemui doktor untuk mengetahui apakah puncanya yang sebenar. Pelbagai ujian boleh dijalankan oleh doktor atau pegawai perubatan seperti x-ray, pengimejan (CT scan, PET scan) ujian darah, endoskopi dll. bergantung kepada kedudukan benjolan atau tempat yang sakit tersebut. Biasanya biopsi diperlukan untuk mengesahkan lagi sama ada ketidaknormalan itu adalah kanser atau hanya tumor yang benign. Biopsi ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu sel tersebut sama ada secara cucukan jarum atau pembedahan yang minor.

Sumber rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Barah

Banyak faktor kan terjadinya kanser itu, tetapi ia tidak tertumpu pada satu faktor sahaja, kerana kanser boleh merebak dan tumbuh di mana-mana bahagian tubuh kita. Bila difikirkan memang takut, tetapi sedarlah kita bahawa pentingnya menjaga kesihatan dan pengambilan antioksidan untuk menguatkan imun. Sebab ia datang dengan tiba-tiba, bila umur dah meningkat ke 40 an, bertambah2 kena jaga kesihatan. Ingat ye, pengambilan antioksidan di usia muda lebih baik daripada mengamalkannya setelah anda terkena kanser. 

Sekian,

http://www.empayarmarlisha.com/

Junaidawati - 0199895564

Wednesday, 8 October 2014

Kanser Penyakit Tidak Dijangka

Mendengar penyakit sangat berbahaya kepada semua manusia. Ia terjadi disebabkan beberapa faktor. Pesakit kanser memerlukan motivasi yang kuat untuk terus berjuang untuk hidup. 


Sel-sel kanser yang menyerang sel sihat tubuh manusia

Semua orang takut akan penyakit ini, namun adakah kita sudah menyediakan benteng pertahanan yang kuat untuk mengelak penyakit kanser ini?

 Biasanya kita akan sedar kepentingan untuk menjaga kesihatan setelah kita alami penyakit itu sendiri. Semasa kita sihat kesihatan kita abaikan. Vitamin yang perlu ada dalam setiap tubuh badan manusia juga kita tidak hiraukan. Di bawah ini senarai vitamin yang dapat membantu pertahan tubuh badan kita dari mudah terkena sel-sel kanser.

 Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10, Zink dan antioksidan untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap terbaik.

Ok untuk info semua, ini adalah fakta asas mengenai kanser.


Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

Sel Normal Di Dalam Badan

Tubuh kita terdiri daripada trilion sel hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, berpecah untuk membuat sel-sel baru, dan mati dengan cara yang teratur. Pada tahun-tahun awal kehidupan seseorang, sel-sel normal berpecah dengan lebih cepat untuk membolehkan mereka membesar. Setelah seseorang itu menjadi dewasa, kebanyakan sel berpecah hanya untuk menggantikan sel rosak, sel mati atau untuk membaiki kecederaan.

Bagaimana Kanser Bermula

Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.
Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.
Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.
"Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.

Bagaimana Sel Kanser Merebak

Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.

Jenis Kanser

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium, tulang, kanser kulit dan leukemia.
Penyakit ini akan dinamakan mengikut di mana ia bermula. Sebagai contoh, yang bermula di kolon akan dikenali sebagai kanser kolon. Jika ia telah merebak ke hati, ia dipanggil kanser kolon metastatik, bukan kanser hati. Dalam kes ini, sel kanser yang diambil dari hati akan sama dengan yang terdapat di dalam kolon.

Tumor yang Bukan Kanser

Tumor adalah satu ketulan yang tidak normal atau pengumpulan sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor yang bukan kanser dipanggil benigna. Tumor benigna boleh menyebabkan masalah - ia boleh tumbuh dengan besar dan menekan organ-organ dan tisu-tisu yang sihat. Tetapi ia tidak boleh menyerang tisu-tisu lain. Kerana tidak boleh menyerang, ia juga tidak boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Tumor jenis ini jarang mengancam nyawa.

Rawatan, Ubat dan Penawar Kanser

Terdapat beberapa jenis rawatan, ubat atau penawar untuk kanser. Ketahui bagaimana ia bertindak dan mengapa ia digunakan, dan dapatkan maklumat apa yang boleh diharapkan daripadanya dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada anda jika anda mendapatkannya.
Pembedahan - Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.
Kemoterapi - Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani rawatan kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan daripadanya.
Terapi Radiasi - Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.
Sel Tunjang - Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.
Imunoterapi - Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.
Sumber Dari : Info Kesihatan
Jika diteliti secara keseluruhannya pengambilan antioksidan amat penting untuk menjaga pertahan diri kita daripada penyakit berbahaya ini. Dinasihatkan anda dan juga diri jue ini sendiri mengambil inisiatif menjaga imun badan dengan mengambil suplemen antioksidan ini. Jika anda fikir membazir cuba fikirkan jika tidak ambil dan kawal sekarang adakah berbaloi untuk anda laburkan ang beribu-ribu untuk merawat kanser walaupun anda tahu peratus untuk hidup adalah sangat rendah. Tidak semua yang mengalami penyakit kanser mampu ntuk kembali sihat. Semuanya atas kuasa Allah jua. Kita hanya mampu merancang kesihatan kita namun segalanya ditentua oleh Allah jua. 
Jue mendoakan kita semua semoga beroleh kesihatan sepanjang hayat dan diberi peluang untuk beramal ibadat selagi hayat masih ada.
Sayangi Diri Hiasi Peribadi
Junaida Watie