"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, 4 November 2014

Tempat menarik Yang Ingin Di Lawati

Setiap kali lihat ramai kawan-kawan yang sudah berjaya pergi menunaikan umrah, terbit rasa cemburu yang amat kuat. Selalu jue impikan untuk pergi ke sana. Memang itulah tempat pertama di luar negara yang ingin jue lawati dahulu sebelum pergi ke tempat-tempat lain jika berpeluang inshAllah. 
Kota Mekkah adalah Tempat Yang Paling Allah sayangi.

Nak tau apa tempat yang jue teringin sangat-sangat nak pergi.. jue teringin nak pergi ke Mekkah AlMukarramah. Waduh bestnya kalau dapat pergi ke sana kan. Lepas hajat pergi sana barulah teringin nak pergi ke tempat lain pula. Bukan apa teringin nak tengok keindahan di sana, bangunannya yang cantik-cantik, dan yang paling penting adalah Mekkah Al Mukarramah ni adalah tempat yang paling disayangi Allah. 
Live dari Mekkah

Betapa beruntungnya jemaah haji kerana dapat menjejakkan kaki di bumi yang penuh berkat ini sebagai tetamu al-Rahman. Sesuai dengan status yang mulia ini, setiap jemaah hendaklah memastikan hati dan diri sentiasa suci agar tidak terjerumus ke dalam kemungkaran dan kezaliman. Renungilah firman Allah: Dan barang siapa yang berniat melakukan di Mekah kejahatan dengan cara yang zalim, nescaya kami akan merasakannya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (al-Hajj: 25)


Rasulullah SAW pula bersabda yang mafhumnya: Antara golongan yang amat dibenci oleh Allah ialah orang yang melakukan kejahatan di Mekah. (riwayat al-Bukhari)
Gandaan pahala mengerjakan amal soleh. Beribadat di Mekah menjanjikan pahala dan ganjaran yang berlipat ganda. Jemaah haji sewajarnya mengambil peluang keemasan ini dengan menumpukan sepenuh perhatian dan usaha mereka ke arah melakukan amalan solat fardu dan sunat khususnya ketika beribadat di Masjidil Haram, begitu juga amal soleh yang lain seperti bersedekah. Ibadat tersebut akan digandakan pahalanya sebanyak 100,000 kali.


Antara sebab-sebab utama yang mendorong jue ingin pergi ke sana adalah 


Doa yang Mustajab

Antara tempat yang mustajab doa ialah di Multazam dan di bawah Mizab. Sambil merapatkan pipi, dada dan dua t apak tangan ke dinding Kaabah, berdoalah dengan penuh keikhlasan dan pengharapan agar segala permintaan diperkenankan Allah SWT.
Tunaikan solat di Hijr Ismail kerana ia juga adalah sebahagian daripada Kaabah. Sekiranya tidak mengganggu jemaah yang sedang tawaf, tunaikan solat dan berdoa di belakang Makam Ibrahim kerana ia juga tempat mustajab doa.
Firman Allah: Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat. (al-Baqarah: 125)




Hajarul Aswad


Ia adalah kepingan batu yang berasal dari syurga. Jemaah lelaki disunatkan mengucup dan mengusapnya, manakala bagi wanita hukumnya hanyalah harus.
Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah! Dia akan membangkitkan Hajarul Aswad pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada yang telah mengusapnya dengan kebenaran”. (riwayat al-Tirmizi)



Telaga Zam Zam


Menurut riwayat, telaga Zam Zam terhasil dari terjahan kaki Nabi Ismail a.s. atau dari kuisan sayap malaikat Jibrail a.s. Ia merupakan sebaik-baik mata air dan penawar yang terdapat di muka bumi. Minumlah secara beradab dan dengan sepuas-puasnya.
Rasulullah SAW bersabda: “Air Zam Zam itu (fadilatnya) mengikut tujuan apa ia diminum”. (riwayat Ahmad) dan Sesungguhnya Air Zamzam merupakan makanan yang berzat dan penawar bagi penyakit. (riwayat Muslim)



Bukit Safa & Marwah


Di sini berlakunya perjalanan Hajar mencari manusia untuk membantunya mendapatkan sumber bekalan dan tempat berlindung. Tempat saie ini merupakan syiar Islam sebagaimana firman Allah: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada syiar agama Allah. (al-Baqarah: 158)

Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah SAW. "Demi Sesungguhnya engkau (yakni Mekah) adalah sebaik-baik bumi Allah, dan bumi yang paling disayangi-Nya" (riwayat al-Tirmizi)


Sekarang ni kita dah boleh tengok Mekkah secara live dalam handphone, pc atau pun laptop. Makin terujalah jue nak pergi kat sana. Nak tengok boleh click link sini yer.



Ok buat masa ni itu jelah tempat yang ingin dilawati selain nak round satu Malaysia nih. Hihi moga2 termakbullah impian ku untuk ke sana. Walaubagaimanapun, nak hantar mak ayah dulu pergi sana barulah jue dan suami bole pergi. InshaAllah mesti dapat nanti.


Sekian,

Dari Distributor Shaklee yang Bercita2 Tinggi Untuk Berjaya Dalam Hidup di Dunia Dan Akhirat.





Monday, 3 November 2014

Testimoni Omegaguard Shaklee

Omegaguard minyak ikan yang amat baik untuk kesihatan. Buktinya kita boleh tengok di testimoni di dalam gambar di bawah ini. Jemput tengok ye.

Testimoni omegaguard 1







Omegaguard Shaklee ternyata memberi kesan yang positif pada pengguna. Ketulenan minyak ikannya, dan ia juga diproses secara teliti untuk mengekalkan nutrisi di dalamnya. Ingat ye jika memilih minyak ikan pilihlah yang mempunyai minyak ikan yang tinggi dan bukannya bercampur dengan lemak ikan yang banyak. Check label setiap kali memilih minyak ikan. Nak senang pilih omegaguard Shaklee je sebab memang diyakini ketulenan minyak ikannya.


Hubungi Junaida Watie : pengedar Shaklee di Selangor dan Seluruh Malaysia.

Penghantaran percuma di kajang dan area terdekat Semenyih

019-9895564
My Ig : Duta Langsing dan Cantik
my FB : Junaida Watie






Sunday, 2 November 2014

Omegaguard Promo Beli 6 Percuma 1!

Omegaguard adalah Minyak Ikan Terbaik di Dunia. Umum mengetahui bahawa ikan banyak memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Pakar - pakar juga mencadangkan satu bahan makanan yang penting untuk fungsi jantung yang sihat dan sebagai langkah pencegahan kepada penyakit jantung iaitu IKAN.


Antara sebab mengapa ikan adalah sumber pemakanan penting adalah bahawa ia menyediakan bahan-bahan yang perlu untuk tubuh badan manusia dan juga mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Sebagai contoh, ia telah menunjukkan bahawa apabila ikan yang bertindak sebagai perisai dari segi kesihatan dengan asid mengandungi omega-3 jika dimakan secara teratur, ia mengurangkan risiko penyakit jantung dan menguatkan sistem imun.

Rebut Peluang Dapatkan Omegaguard Pada harga Promo dengan Belian 6 Botol Omegaguard.

 

MENGAPA OMEGA GUARD SHAKLEE TERBAIK??
=====================


1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)


2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.


3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.


4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.


5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.


6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal  berteknologi terkini


7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Apakah Manfaat Omegaguard Shaklee??


♥  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
♥  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
♥  Mencegah salur darah dari tersumbat
♥  Omega 3 dapat mengelakkan strok
♥  Mengekalkan tekanan normal darah
♥  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
♥  Mengurangkan sakit kepala
♥  Merendahkan kolestrol
♥  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
♥  Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
♥  Mengawal masalah obesiti
♥  Mengurangkan risiko penyakit jantung
♥  Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
♥  Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
♥  Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
♥  Membantu menyihatkan paru-paru
♥  Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
♥  Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
♥  Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
♥  Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
♥  Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
♥  Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
♥  Memelihara fungsi-fungsi sendi
♥  Mencegah penyakit gout



Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-


- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Berita Baik! Untuk mereka yang ingin kurus juga sangat sesuai amalkan set kurus bersama Omegaguard Shaklee.  


Jadi nasihat jue untuk mereka yang mengalami masalah darah tinggi makanlah Omegaguard Shaklee yang kaya dengan minyak ikan tulen ni. Sebab apa kena Omegaguard Shaklee? Boleh tengok perbezaan Omegaguard di sini.


Minyak Ikan atau Lemak Ikan?
Buat Pilihan Terbaik tau..

Hubungi Jue SID di Kajang dan seluruh Malaysia.

My FB : Junaida Watie 
019-9895564
My Instagram
 

Saturday, 1 November 2014

Pengedar Shaklee di Kajang dan Semenyih

Salam dan selamat pagi. bertemu kembali dalam bulan yang baru, hari baru, dan tentunya ada di antara kita yang memasang impian baru. Tak kisahlah apa-apa pun impian kita, yang penting hari-hari kita mesti positif dan ceria. Jangan biarkan kesedihan menguasai diri. 


Entri kali ni jue nak beritahu semua pembaca-pembaca blog saya yang jue adalah seorang Pengedar Sah Shaklee di Malaysia. Jue tinggal di kajang, jadi kawasan sekitar Kajang dan Semenyih yang berdekatan jue COD sendiri akan buat penghantaran ke rumah secara percuma. Untuk mereka di luar kawasan ini jue akan menggunakan khidmat PosLaju Malaysia. Dalam masa 1-4 hari barang akan sampai. Biasanya dua hari emmang dah sampai.

Hai saya Pengedar Sah Shaklee Di Selangor

Jadi bagi anda yang berminat untuk memliki Produk Shaklee bolehlah menghubungi Jue pada bila-bila di talian 019-9895564 melalui sms/whatsapp/viber/wechat dan lain2. Boleh juga pm jue di FB Junaida Watie dan FanPage MarlishaHealthNBeauty. Selain itu, anda juga boleh berhubung dengan jue di Instagram.


Buat pengetahuan anda, jue juga pengguna tegar Shaklee sepenuhnya, jadi jue yakin bahawa produk ini sangat selamat untuk digunakan. Ia Halal, Selamat, Berkesan dan Semulajadi untuk digunakan. Sudah lebih 55tahun Shaklee bertapak dalam pasaran, Ujian klinikal yang dijalankan berkali2 membuktikan bahawa Shaklee sangat selamat. Lagipun bahan-bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi. 


Antara Set Kesihatan Shaklee yang jue ada :


1) Set Kesihatan Umum
2) Set Kesihatan Wanita
3) Set Kesihatan Lelaki
4) Set Kecantikan Sihat
5) Set Pelangsingan Sihat
6)Set Kesihatan Sendi
7) Set Detox
8) Set Kawalan Alahan
9) Set Penghadaman Sihat
10) Set tambah Darah
11) Set Kurangkan Tekanan Darah
12) Set Kawalan Gula
13) Set Kesihatan Jantung
14) Set Ibu Hamil, Menyusu dan Berpantang
15) Set Kesihatan dan Pintar Kanak-Kanak

Junaida Watie
SID 930073
019-9895564




Friday, 31 October 2014

22 Tips Didik Anak-anak Cara Islam

Dalam kehidupan harian kita, tidak dinafikan sebagai manusia biasa kita akan terlepas dari berlaku kasar terhadap anak-anak kecil. namun, jauh disudut hati pastinya ibu bapa tentu sayang akan anak-anak. Disebabkan perasaan marah menguasai diri, kita kadang2 lupa bahawa yang dimarah itu adalah anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Bila marah dah dikeluarkan barulah kita sedar kembali dan rasa menyesal kerana telah memarahi anak-anak. Dalam hal ini, siapa yang dipersalahkan? Kita sendirilah kan. Jadi kawalan emosi dan kesabaran amat penting dalam mendidik anak-anak sehingga mereka dapat membesar dengan baik dan sempurna.

Anak-anak ketakutan bila ibu bapa memarahi dengan kuat

Sebagai panduan membesarkan anak-anak marilah kita praktikkan ajaran dari Rasulullah tentang cara bagaimana mendidik anak-anak dari lahir hingga mereka dewasa.

4 Tahap Mendidik Anak mengikut Sunnah Rasulullah,
Harmoni dengan mendidik anak-anak dengan cara yang betul

Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otakSabda Rasulullah s.a.w.


“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)


6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.


9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).


10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)


12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.


14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).


15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.


16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.


17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.


19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,


20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.


21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Anak-anak kecil hanya sekali, layanilah mereka mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
Kesimpulannya, ibu bapa perlu mendidik hati dan emosi agar lebih bersabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar. Ingatlah mereka tidak kecil untuk selama-lamanya, bila mereka sudah besar dan ada urusan masing-masing, pasti kita akan merindui mereka sangat-sangat. Jadi bila rasa nak marah sangat2 jauhkan diri dan beristifar sebentar. Sesungguhnya anak adalah amanat dari Allah buat kita semua. Jagalah mereka dan berilah kasih sayang secukupnya agar mereka menjadi anak yang berguna dunia akhirat kelak, aminnn..

Wassalam






Thursday, 30 October 2014

Pilihan Protein Terbaik Buat Semua

Protein merupakan zat yang diperlukan oleh kita. Kita memerlukan protein kerana ia bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia Ia juga merangsang fungsi psikologi.

Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Protein yang kita perlukan setiap hari
Dalam Shaklee ada 3 pilihan protein yang terbaik yang boleh anda jadikan sumber kesihatan. Iaitu susu Esp, mealshakes, dan juga cinch shake. 



1) Susu Esp Shaklee

Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan



Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:


  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal.

2) Mealshakes

Hidangan lazat, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
  • Sarapan segera penuh berkhasiat
  • Sajian yang lazat, murah dan cepat disediakan
  • Makanan segera untuk dinikmati oleh semua
  • Snek yang sungguh sedap dan boleh diambil pada bila-bila masa
  • Sajian ideal yang rendah kolesterol, lemak dan natrium
Shaklee Meal Shake merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda dan amat diperlukan dala
Di samping itu, Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.


3) Cinch Shake Mix

Kekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch® Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.
  • Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
  • Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian
Protein ini memang terbaik buat anda semua yang memerlukan protein dalam badan. Ia cukup lengkap mengikut keperluan anda. Jika nak tenaga dan kecantikan pilihlah susu soya esp, jika inginkan protein lengkap dengan multivitamin pilih mealshakes dan sekiranya nak berdiet paling tepat pilihlah cinch shake mix.

Hubungi Junaida Watie untuk maklumat lanjut 019-9895564





Wednesday, 29 October 2014

Lagi 2 Hari Promo Nak Habis!

Apa yang lagi 2 hari nak habis tu? Hehe dah tentu lah promo ESP Shaklee dan Mealshakes. Rugi-rugi jika ada antara anda yang minum esp tetapi xgrab masa ESP Shaklee tengah promo sebab anda boleh jimat beratus2 tau penjimatan. Bagi parents yang memang selalu bagi anak mealshakes masa nilah nak grab promo, lagi jimat sebab beli 6 dapat percuma 2! Wei ruginya xgrab 6, grab 3 pun dapat percuma 1.

Alahai jangan lupa ye belanja anak multivitamin kesihatan tu. Memangla sangat2 baik untuk diorang, orang dewasa pun boleh minum sebab ia multivitamin. Untuk warga emas lagilah sesuai, semakin berumur semakin banyak kehilangan zat dan vitamin kan? so sangatlah baik bagi kepada warga emas untuk kesihatan mereka. 

PROMO BERKEMBAR HAN



BAGUSNYA GIRL NI HIHI COMELS

MEALSHAKES MEMANG TERBAIK!


Gambar-gambar semua ilham dari group SID saya yang amat kreatif. Sebab terlampau menarik jue nak letak dalam ni buat tatapan anda semua.


Ok Jangan Lupa Tau Grab Susu esp dan Mealshakes.