Kediaman yang sihat merupakan idaman setiap insan. Rutin harian yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan rumah membataskan sedikit usaha untuk memastikan rumah sentiasa segar dan bersih. Jadi ada ke cara mudah untuk mendapatkan kediaman yang sihat untuk didiami?Ada sebenarnya cara mudah untuk anda lebih mudah menguruskan kediaman dengan pembantu agen pencuci ringkas yang lagi cepat dari Shaklee ini.
Bila berbicara tentang kesihatan diri, setiap barang yang digunakan sama juga pentingnya dengan setiap produk yang diambil untuk kesihatan tubuh. Maka, rumah sepatutnya menjadi tempat paling selesa dan selamat di atas muka bumi ini. Bersihkanlah ia dengan pencuci organik Shaklee yang SELAMAT, BERKESAN, MESRA ALAM dan menJIMATkan wang anda. Belailah diri menitikberatkan kesihatan walau sesibuk mana anda di luar.
Mari berkenalan dengan Get Clean® Water dahulu untuk mendapatkan air yang bersih setiap hari dengan cara yang mudah, cepat dan selamat.
Get Clean® Water Pitcher
![]() |
| Air Yang Bersih menjamin Tubuh Badan yang sihat |
Bendasing tersembunyi pada air bersih. Putarkan paip rumah anda. Lihat air yang keluar. Airnya mungkin nampak bersih setakat manakah ianya selamat diminum?
Sebenarnya, bahan kimia seperti racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang anda sekeluarga minum saban hari. Tambahan pula 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada minuman.
Istimewanya, air yang lebih bersih dan sihat datangnya dari sebuah Jag Air sahaja.
Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!
Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.
Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.
Marilah kita meraikannya!
Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate
![]() |
| Pencuci hebat Yang Sangat Top Bagi Golongan Yang mementingkan Pembersih Semulajadi |
Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
- Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
- Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
- Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
- Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
- Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Dish Wash Concentrate
![]() |
| Pembersih pinggan Yang Selamat untuk tangan |
Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan
Kod Produk:00255 (473ml)
Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
- Lembut pada tangan
- Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
- Buih sabun yang tahan lebih lama
- Menjadikan pinggan bersih berkilau
- Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki
Fresh Laundry Concentrate
![]() |
| Jimat dan Bersih. tahan sehingga 6bulan |
Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih
Kod Produk:00159 (2.49kg)
Anda dapat bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.
Soft Fabric Concentrate
![]() |
| Wangi Sangat Pelembut Fabric Shaklee ni, tak percaya? Boleh cuba dan rasa keharumannya yang berkekalan |





















