"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, 4 September 2014

Saya Pengedar Shaklee di Selangor

As Salam

Buat pembaca blog jue yang dihormati, terima kasih kerana sudi menjengah blog yang serba sederhana dari jue ni. Di sini memaklumkan bahawa Jue adalah Pengedar Shaklee di Selangor, Malaysia. Bagi area Kajang, Semenyih dan Bangi penghantaran percuma sebab jue sendiri duduk di Kajang. Kira dekatlah nak hantar barang. Buat pengetahuan semua setiap entri berkenaan produk dalam web jue ni semua jue dah study danbelajar dengan leader-leader jue cara untuk memberi panduan penggunaan produk Vitamin semulajadi no 1 ni. Juga jue belajar dari pakar-pakar nutrisi Shaklee. Jika diberi kesempatan, jue akan menghadiri kelas nutrisi Shaklee untuk memperkukuhkan ilmu berkenaan produk kesihatan Shaklee ini.

Walaupun semalam bergegar jap FB jue (hehe) dek kerana semua orang duk kisah dan gosip pasal biskut Marie. Haa xmau komenlah lebih-lebih. Tak kisahlah orang nak cakap ape, yang penting pintu hati dan jiwa jue ni memang dah tegar dengan produk Shaklee.

Kenapa jue masih tetap suka dengan produk Shaklee ni, pertama sebab jue suka mealshakes. Mealshakes lah satu-satunya produk yang telah berjaya menyelesaikan masalah sembelit anak jue yang kronik. Boleh klik entri jue yang tu kalau nak tau kenapa jue terlampaulah bersyukurnya dapat berjumpa suplemen mealshakes ni. Alhamdulillah dengan izinNya jua anak jue sekarang tiada lagi masalah sembelit, malah makin sihat, kalau demam pun cepat sembuh. Bukankah jika sesuatu produk itu jika diguna dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan seseorang ia akan dapat pahala jika kita berkongsi bersama-sama kebaikannya. Walaupun tu produk AS, tetapi ia halal, selamat, semulajadi dan berkesan.

Si Jantung Hatiku : Wajah Ceria Penggemar Mealshakes
Perkara kedua yang menyebabkan jue seronok sangat dengan produk Shaklee adalah kerana suplemen menyusunya. Disebabkan anak sulung jue dah selesai masalah sembelit, jue pun rasa tergerak hati untuk mencuba set menyusu Shaklee pula. Masa tu xberapa yakin sangat pun memandangkan anak first memang xmenyusu badan sangat pun sebab jue masa tu cepat giveup bila susu badan mula kering dan tak ada usaha langsung untuk makan suplemen untuk melancarkan penyusuan.

Amazingnya, dengan hanya mengamalkan esp dan alfafa, alhamdulillah anak kedua still lagi menyusu badan walaupun umurnya dah dekat 2 tahun. Selain esp dan alfafa jue juga ambil trial set menyusu. Masa tu xfaham sangat keperluan vitamin dalam badan, just makan je. Siapa sangka kan, berkat tekad yang jue telah terapkan dalam jiwa untuk menyusu anak kedua tercapai. Ni semua gara-gara sedih sangat xdapat bagi susu badan sepenuhnya kat anak pertama tu. Insha Allah untuk anak ke -3 jue memang merangcang untuk menggunakan set hamil, berpantang dan menyusu sepenuhnya nanti. Mana tau anak keluar comel dan lagi gebu (hihi) inshaAlah.

Apa yang membuat jue rasa bertambah-tambah suka, bila dah abis pantang anak kedua, ramai pulak yang tegur jue makin slim dan makin gebu. Xsedar pun sebenarnya sebab bukan itu tujuan utama makan suplemen shaklee, hanya semata-mata nak capai impian memberi susu ibu sepenuhnya pada anak kedua jue ni. Xsangka pulak bonus lain yang datang. Hihi jue memang suke sangatlah. Sejak terus excited dengan semua produk Shaklee haha. 

Sekarang ni memang jue amalkan set pelangsingan dan kecantikan dari Shaklee sahaja. Tak da campur-campur ye sebab jue percaya produk semulajadi tiada bahan kimia mampu memberikan kesihatan dalam juga kepada pengguna. Haishhh panjang benor citer kali ni. Xsedar dah nak kul 5. Dah sampai masa untuk jemput si jantung hati balik umah. Bersiaran lagi kita di lain hari yer..daaaa

#ShakleeEffect
#Shaklee2u



Assalamualaikum
Junaida Watie : FB
Whatsapp : 01998955643
Duta Langsing dan Cantik Anda :)




Kalau Nak Kuruskan Badan Amik Cinch Shake Bukan ESP.

Salam satu Malaysia

Dalam entri ni jue nak kongsikan apa rahsia kalau kita nak kurus dan maintainkan bentuk badan bila dah kurus. Caranya adalah dengan mengamalkan Cinch Shake Shaklee, bukan amik ESP. Ya, betul ada sesetengah yang mengamalkan ESP boleh kurus, tetapi ia menyebabkan kesan "yoyo effect" badan boleh turun atau naik semula. Tetapi jika minum cinch shake, ianya dah terbukti boleh menguruskan badan sebab memang dirumus khas untuk kurus oleh Shaklee.

SETIAP KALI MINUM CINCH SHAKE ANDA AKAN MENDAPAT 24GRAM PROTEIN, 24 JENIS VITAMIN DAN MINERAL PENTING DAN 6 GRAM SERAT LARUT (DICADANGKAN DIAMBIL DENGAN 1 SUDU ESP).

Cinch Shake ni merupakan komponen penting untuk kurus kerana ia membina otot, dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya protein juga boleh menahan kelaparan, tiadak lupa juga Leucine yang ada dalam Cinch Shake ini yang ia merupakan nutrisi penting dalam cinch shake untuk keperluan tubuh kita.

Ok berbalik pada esp, sebab apa jue cakap macam tu, sebab ia diformulakan untuk memberi tenaga yang lebih lama. Ada sesetengah orang, bila amik ESP berasa kenyang dan menggantikan makan nasi dengan minum esp, atas sebab menggantikan meal tersebutlah seseorang itu boleh turunkan berat badan. 

Ada sesetengah orang lain pula, bila minum ESP tetap berasa lapar,sebab apa? sebabnya ianya mengandungi Branch-Chain Acid Amino, yang ni kalau korang tengok, ianya stimulate otot kita supaya rasa bertenaga, sebab itu bila kita ambil ESP, kita rasa cepat lapar, dan terasa nak makan banyak. 


MEMBEKALKAN TENAGA YAN BERPANJANGAN DENGAN KEBAIKAN PROTEIN BERKUALITI DARIPADA TUMBUHAN 


Namun begitu, ESP juga dah terbukti untuk bantu mereka nak kurus, tapi caranya seperti meal replacement, minum masa sarapan, atau waktu malam, jadi malam tu takyah makan benda berat sangat. Kalau yang minum esp macam tu barulah boleh kurus. Nampak tak bila kita guna cara yang betul untuk mencapai target untuk kurus dan mengkut cara yang betul, pasti kita boleh turun. Sebab tu ramai yang boleh slim dengan esp. Yang mana xslim dengan esp mesti diorang makan banyak lepas minum esp kan? haha sebab tu ramai yang nak salahkan produk tak nak salahkan diri sendiri. Aduhai banyak betul asbab nya. 

Kalau jue, set yang jue gunakan untuk kurus adalah Cinch Shake Mix perasa coklat, Lecithin, , Alfafa, Herblax, dan Cinch tea mix(dalam kandungan tu ada teh hijau shaklee).


Set yang direkomendasi Khas Untuk Langsing


Juga Set Langsing Yang dirumus Khas untuk langsing dari Shaklee
 
Jadi sebenarnya, ia mengikut keperluan masing-masing. Jika ingin kurus dan langsing yang kekal lama pilihlah Cinch Shake Mix, manakala tubuh badan anda sendiri dah ada metabolisme yang tinggi boleh juga memilih ESP. So, ia bergantung pada diri dan penerimaan badan kita juga. Harapan jue moga korang pandai memilih set kurus mana yang sesuai dan dinasihatkan anda agar mendapatkan daripada pengedar Shaklee yang betul-betul pandai guide korang. 

Sekian,

Junaida Watie I 019-9895564
Pengedar Shaklee yang obses untuk Cantik dan Kurus.


Wednesday, 3 September 2014

Cara Kuruskan Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ni jue nak kongsi salah satu atau lebih lagi cara untuk Kuruskan Badan dengan lebih selamat, sihat, dan berkesan. Pernah dengar tak yang bila kita selalu minum teh hijau tubuh badan lebih banyak menghasilkan metabolisme. Bila metabolisme meningkat peluang untuk kuruskan badan juga akan meningkat. 


Selalu Yang Guna Teh Hijau ialah Kaum Cina yang dipercayai dapat memelihara Kesihatan Badan mereka
Menurut Konsultan diet Wolipop, Dr. Phaidon. Toruan, teh hijau bukanlah ubat kurus tetapi ia membantu proses pembakaran lemak. Teh hijau secara umum berfungsi untuk membakar lemak ketika bersenam, dan memblok lemak dari berkumpul dalam badan, dan sebagai penstabil gula dalam darah.
Menurut kajian di Jepun pada 1994 pula, orang yang mengamalkan lima cangkir teh hijau sehari atau lebih, memiliki risiko kematian yang lebih rendah pada usia muda berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Kajian itu dilakukan terhadap 40,000 orang. Ini bermakna teh hijau mampu memberikan kesihatan kepada tubuh manusia ( jadi betullah petua kaum Cina tu).

Selain itu, teh hijau juga dipercayai dapat mengelak penyakit jantung. Para saintis berpendapat, teh hijau menjaga saluran darah agar lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar maka risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan.

Lagi kelebihan minum teh hijau adalah :-

- mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau mempunyai kandungan antioksidan yang kuat, jadi ia berupaya membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat. 

- membantu mengurangkan kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik di dalam badan. Jadi tahap kolestrol lebih terjaga.

- mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson. Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

- Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenang kepada peminum teh.

-‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk  merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit  termasuk kanser.

- Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu  mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.

Jadi dapat dirumuskan di sini bahawa betapa banyaknya kelebihan dan manfaat jika kita selalu mengamalkan meminum teh hijau. Sekarang jue obses sangat nak kurus lagi walaupun berat badan jue tidaklah seperti orang yang berisi, cuma ingin kembali langsing seperti anak dara je belum lagi. Jadi daripada tak suka langsung sekarang ni dah jadi macam faveret pulak. Hari-hari rasa nak minum walaupun rasa malas nak bancuh..huhu. Memang dah jadi amalan pun sekarang ni. Nak tau teh hijau apa yang jue minum, bukan takat meningkatakan metabolismeku malah mata automatik terang benderang lepas minum hihi..bukan over claim ya tetapi kenyataan. 

Ok jue minum teh hijau Shaklee iaitu Cinch Tea mix, Memang agak pahit tetapi boleh campur dengan madu atau lebih best dengan Performance Drink Shaklee. Memang super duper sedap pulak. Tu xleh tinggal lagi tu.


Amalkan minum Teh hijau ye untuk kekal langsing dan lebih kurus

Ok dah habis dah perkongsian tentang teh hijau dari jue ye. Moga anda membaca dan menjadi lebih bijak untuk membuat pilihan kurus secara sihat atau sebalinya. Mata pun dah kejap2 tutup ni, ngantuk sangat mengarang entri pasal teh hijau ni. Nak pekena teh hijau takut pulak xleh tidur sampai pagi.hihi, ok teman-taman semua selamat malam dan jangan lupa amalkan teh hijau untuk kecantikan dan perlangsingan badan :)

Whatsapp/sms 019-9895564

FB : Junaida Watie
Fanpage : Marlisha Health N Beauty


Tuesday, 2 September 2014

Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com


Assalamualaikum

Dengan ini, dilancarkan Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com. 

Bermula 9 pagi 1 September dan akan tamat pada 12 malam 10 September 2014

Tujuan giveaway ini :  Untuk memperkenalkan blog-blog baru dalam dunia blogging serta dapat juga menambah rakan-rakan baru dalam list follower anda. 

Sila FOLLOW BLOG mereka :


Sila LIKE PAGE mereka :


Sila FOLLOW IG mereka :
[nor_farihan] [aimimiddleton] [shidaradzuan] [ct aman] [huda] [asha]

Senarai Hadiah :
Goodie Beg - 40 pemenang (Mama)
Top up RM 10 - 9 pememang
Top up RM 5 - 5 pemenang
Wang Tunai RM 30 - 2 pemenang
Dish Wash Concentrate Shaklee - 1 pemenang
Potrait - 2 pemenang
Novel - 1 pemenang
Shawl - 5 pemenang
Fridge Magnet + Bookmark LE - 3 pemenang
Button Bagde + Bookmark LE - 2 pemenang
Agent Dorship Sophie - 20 pemenang
Brooch - 2 pemenang
Header Blog - 1 pemenang
Keychain - 1 pemenang
Buku Motivasi - 1 pemenang
Coin Purse dan Bookmark - 5 pemenang

Nota : Diharap semua peserta dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, dan enjoy blogwalking oke!

Monday, 1 September 2014

Promo Terkini Shaklee

Berita Baik buat penggemar Mealshakes dan Kolagen Powder Shaklee.

Bulan ni sangat menarik sebab Shaklee bagi 2 produk yang kita boleh dapatkan pada harga Promo.
Terlajak murah dan Larissssla macam ni. Jom intai produk apakah itu?

Mealshakes Beli 3 Percuma 1

Kolagen Powder Beli 6 Percuma 1


Dapatkan pada Harga promo Hanya pada Bulan ini dan Oktober 2014

Nak dapat kulit gebus? Nikmatilah Kolegen Pwoder pada Harga Promosi kini ya.
Apa lagi kelebihannya ye, kalau korang beli 3 kotak kolagen je dah dapat jd ahli percuma Shaklee dah tentu2 boleh beli sendiri dari web shaklee dan dapat harga yang murah seperti kan.

Apa-apa boleh rujuk jue ya shaklee distributor anda di Kajang Semenyih dan Bangi ini.

Harga boleh runding ajer xda masalah janji ikut rules yang ditetapkan.

Wah jue pun xsabar nak beli 3 canister Mealshake buat stok. Al maklumlah dua-dua anak jue memang minum mealshakes setiap hari. Merupakan multivitamin Hebat yang banyak membantu anak jue lebih aktif dan sihat sekarang. Dapat percuma satu lagi yg berharga RM113.75..haa sapa nak bagi kan harga mahal gitu.


Anak sulung mula minum dari umur 2tahun Setahun setengah. Memang berkesan sebab sembelit tiada lagi dalam kamus hidup dia. Amin alhamdulillah Syukur sangat. 

Kalagen pula jue memang guna selalu. Lepas minum kolagen kulit xyah cakaplah memang soft giler dan xkering. Lembap halus mulus gitu, kulit tangan kaki pun makin putih jer. Wah Seronok nya bulan ni. Jimat wang jue dan anda juga pun boleh jimat taw kalau beli pada bulan ini. Bukan jue nak puji lebih produk ni bagus cuma semuanya sebab jue memang dah guna, dah rasa keberkesanannya sebab tu jue xsegan silu bagitau yang produk ni sememanglah tidak akan mengecewakan kita. 

Korang semua jang lupa cuba taw terutama mealshakes tu memang baik sangat untuk menghalang pelbagai penyakit yang selalu menyerang kanak-kanak seperti sembelit, kurang selera makan, selalu demam, ekzema, alahan dan banyak lagi. 

Itu sahaj yang kongsi petang nie. Jangan lupa dapatkan sementara tengah harga Promo ya. baik punya service dari jue tau.

Nak harga lagi istimewa boleh chit chat dengan jue ya



Whatsapp/sms 019-9895564


FB : Junaida Watie
Fanpage : Marlisha Health N Beauty

Sunday, 31 August 2014

Apa erti Kemerdekaan?

Salam satu Malaysia

Hari ni sepertimana yang semua rakyat Malaysia tahu adalah hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke 57. Sudah lama kita merdeka tetapi adakah semua rakyat Malaysia mengetahu maksud Merdeka itu sendiri atau mereka hanya seronok meraikannya sahaja? Namun tanpa kita sedari musibah yang melanda Malaysia pada tahun 2014 ini adalah kerana Kuasa Yang Maha Esa, adakah Ia mahu memberi petunjuk kepada kita semua agar kita sedar dari kealpaan kita menikmati hidup di dunia? Wallahualam. Hanya Dia yang Mengetahui segalanya. Kita sebagai makhluk di muka bumi hanya perlu berubah menjadi lebih baik dan berguna di atas muka bumi ini.

Ok berbalik hal kemerdekaan, erti merdeka pada jue adalah, keamanan dari segala penghalang-penghalang untuk hidup dengan aman, kebebasan, keharmonian serta berjayanya kita dalam menggapai impaian setelah berhempas pulas berusaha untuk mendapatkan sesuatu kemenangan. 

Jadi sempena hari merdeka ni jue nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 kepada seluruh rakyat Malaysia yang disayangi. Semoga negara kita aman sentiasa dan hidup dalam keadaan harmoni dan muhibbah.


Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-57
Suatu kenangan yang masih segar dalam ingatan jue ni adalah sama-sama menyambut hari Merdeka di Labuan. Masa tu masih belajar di IPT sana, sangat best bersama-sama meraikan bersama teman-teman seperjuangan masa belajar dulu. Lagi satu masa di Dataran Merdeka, tapi yang tak tahan pergi sana terlampau ramai orang. Maklumlah negara kita ramai yang suka menyambut dan menghayati erti kemerdekaan tu yang semua bersemangat menyambutnya.

Sempena hari kemerdekaan ini, jue juga tidak terlepas dari ingin membuat hari diskaun istimewa terhadap produk yang jue jual. Jadi, jika ada sesiapa nak mendapatkannya dari jue silalah whatsapp atau sms secepat  mungkin ye. Untuk hari ini sahaja ye. Terhad untuk 25 orang yang terawal sahaja. 


jika berminat hubungi saya yer 

I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073 
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
www.junaidawati-jusoh.blogspot.com
www.empayarmarlisha.com
fb: https://www.facebook.com/junaida.watie
fb page: https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty


Saturday, 30 August 2014

Tips Sembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat

Salam sejahtera..

Di hujung-hunjung minggu ni barulah anak-anak jue dapat melepaskan rindu berjumpa dengan papa diorang. Kesian selalu kena tinggal dengan papa, nak buat macamana sayang semua papa kerja mencari rezeki untuk kita juga. Jadi kita kena redha dan bersyukur sahaja. Dalam sibuk-sibuk menguruskan hal rumahtangga jue nak selitkan juga di blog jue beberapa tips atau panduan untuk ibu-ibu berpantang secara ceaser atau normal tentang cara bagaimana untuk menyembuhkan luka jahitan dengan cepat. 

Orang-orang dulu lebih suka pada cara tradisional iaitu dengan menyarankan anak-anak mereka yang berpantang memakan ikan haruan yang kecil itu hidup-hidup untuk luka cepat sembuh. Makk aii takutnya dan rasanya jue xsanggup buat tu semua hukhuk... Tapi dalam dunia sekarang yang serba moden dan canggih ni, dah pelbagai kaedah dah orang guna untuk makan ikan haruan, kebanyakkan nya jue tengok buat sup ikan haruan, bakar dan ada yang minum pati ikan haruan (haiyakkk ni pun jue xsanggup nak telan). 

Dipercayai dapat mempercepatkan penyembuhan luka-luka pembedahan dan juga luka-luka bersalin.
Selain cara makan ikan haruan, boleh juga amalkan petua-petua lain untuk embuh dengan cepat. Antaranya;-

1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.  Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.


3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.


Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.


6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.


Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko  jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.


10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.


11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Sumber rujukan dariblog alamhamil.com

Selain itu juga, ibu-ibu yang baru lepas bersalin memerlukan suplemen juga untuk membantu mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Yang mana xsanggup nak telan pati ikan haruan tu memang sesuai sangatlah ambik suplemen ini untuk sembuh luka dengan cepat yer..

Luka pembedahan jika lambat sembuh dikhuatiri mengundang pelbagai masalah lain seperti bernanah dan mengalami jangkitan kuman. Oleh itu sangat penting untuk mengetahui cara bantu luka pembedahan supaya cepat sembuh.

Berikut adalah suplemen yang penting untuk membantu luka pembedahan supaya cepat sembuh;
  • Antioksidan - Vitamin E & C membantu memerangi radikal bebas, membentuk kolagen bagi memperbaiki struktur kulit, mengelakkan pendarahan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Protin - Membekalkan asid amino yang penting untuk pembinaan semula kulit, otot dan organ dan ia membantu mempercepatkan luka untuk sembuh dan mengurangkan parut.
  • Zink - Mempercepatkan pemulihan luka
  • B-Complex - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, meredakan keresahan dan kerisauan, mengurangkan keletihan dan kelesuan dan memberi tenaga.
  • Glukosamine - jika pembedahan melibatkan sendi.

Set Bersalin yang berfungsi untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin serta memberikan kecergasan dan ketenangan ketika berpantang.

Seorang ibu prihatin dan seorang pengedar shaklee di Selangor
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
www.empayarmarlisha.com