"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, 19 September 2014

Cara Bakar Lemak Dengan Mudah


Ramai orang nak kurus tapi ramai yang tidak tahu macamana nak kurus?

Adakah dengan pengambilan pil Kurus?, atau ubat kurus? Semua itu tidaklah digalakkan memandang pil2 kurus belum tentun berkesan dan terjamin keselamatan menggunakannya. Kita nak kena cek dan selidik dahulu bahan2 yang digunakan untuk membuat pil kurus itu samada terkandung bahan-bahan yang merbahaya ataupun tidak. Kalau nak kurus dan bakar lemak biarlah yang selamat dan halal.

Ok berbalik pada cara-cara mudah nak bakar lemak di sini jue nak kongsikan beberapa tips mudah untuk korang guna jika korang mempunyai lemak-lemak terlebih dalam badan. Yang pertama nya korang kena elakkan dari memakan makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi. Hal ini penting supaya perjalanan korang untuk kurus berhasil disamping memakan suplemen yang selamat untuk membantu proses penurunan berat badan anda.

Biasanya pakar pemakanan akan menasihatkan kita agar mengambil omega-3 untuk menghapuskan lemak tepu tersebut. Sebab itu kenapa jika nak kurus penting untuk anda makan suplemen Omega-3. Selain itu suplemen yang boleh diambil untuk membakar lemak tepu ini ialah lecithin. Pelbagai jenis lecithin di farmasi dijual tetapi korang kena hati-hati dan kena cek setiap label yang terkandung dalam vitamin tersebut agar ia selamat digunakan.

Cara yang seterurnya adalah dengan melakukan aktiviti senaman selalu. Jika korang makan suplemen kurus tetapi korang tidak pernah bersenam atau kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membakar kalori, kebarangkalian korang untuk kurus juga adalah sangat rendah.

Melakukan aktiviti beriadah dapat membantu kalori dibakar

Bersenam juga lagi mudah membakar kalori
Cuba korang fikir korang makan xkawal, lepas tu xbuat apa-apa aktiviti contohnya seperti bersenam, berjalan kaki hingga keluar peluh, beriadah, makan apa-apa suplemen dan ubat kurus pun saya gerenti memang skar berat korang nak turun. Kita nak kena tahu suplemen hanya membantu kita membakar lemak dengan lebih pantas jika korang melakukakn aktiviti bakar kalori, kalau tidak ia kurang bertindak.

Seterusnya adalah dengan cara mengawal kalori setiap makanan anda. Penting untuk kita tahu tu, biasanya, seorang lelaki perlukan 2000kalori dan wanita 1200kalori setiap hari sahaja. Tetapi adakah kita cukup kalori atau kurang?, jue pasti mesti banyak yang terlebih sebab kita tak tahu jumlah kalori kan, haha lepas ni kena alert lah pasal jumlah kalori yang kita ambil setiap hari. Sekarang zaman dah canggih teknologi pun luar biasa canggih, dah ada pun aplikasi mengira jumlah kalori makanan di telefon pintar kita. Rasanya xsalah jue nama aplikasi tu MyFitnessPal. Memang jue rujuk situ je kalau nak kira kalori. Jad dari situ kita dah boleh kira kalori yang kita ambil setiap hari.

Lagi caranya adalah dengan minum air putih 3liter setiap hari. Di sini jue nak bagitahu ye kita ni makanlah suplemen apa2 pun jika ingin mendapat kesan yang terbaik, haruslah minum air secukupnya juga. Ini minum air masak atau air putih pun malas macamana nak pastikan segalanya zat dan vitamin menyerap dalam badan. Ibarat buat kuihla kan, kalau xcukup air adunan pasti menjadi keras kan...so jika aiir kurang dah tentulah lemak-lemak dalam badan menjadi kebal dan liat untuk dibakar. Jadi nak kena ingat tu minum air putih banyak2 tau.

Last sekali barulah kita ambil suplemen yang sihat tau untuk membantu lemak-lemak dibakar dan dibuang dengan sempurna. Jue sendiri sekarang mengamalkan Vitamin Shaklee untuk kurus dan alhamdulillah masih ingin menurunkan lagi walaupun dah slim, suplemen yang jue guna sekarang adalah Cinch Shake Choclate, Cinch Tea Mix, Herblax, Omegaguard dan lecithin. Jue suka guna sebab ia membantu membakar lemak-lemak jue nih, rasa memang best sangat, kalau korang nak tengok info set kurus di sini ya. 

Dah beribu orang berjaya dengan Set Kurus Shaklee ni, Anda jangan ketinggalan untuk Mencuba ya.
  
Junaida Watie : FB
Whatsapp/sms/ : 01998955643
Duta Langsing dan Cantik Anda :)
Visit My Ig : Duta_Langsing_dan_Kurus

Thursday, 18 September 2014

Strategi Cegah dan Kawal Kanser

Dengar nama kanser mesti ramai yang gerun dengan penyakit ini. Kebanyakan terjadi apabila seseorang itu mencecah umur 40an ke atas. Namun terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kanser terjadi. Antara penyebabnya adalah kerana :-

1) Sejarah keluarga - faktor keluarga yang pernah menghidap kanser juga berkemungkinan besar lebih berisiko tinggi untuk mendapat kanser.

2) Amalan pemakanan - Lemak berlebihan berkait rapat dengan kolon dan barah payudara

3) Rokok - kaitan dengan kanser paru-paru. 90% daripada penyakit kanser paru-paru adalah perokok. Tar di dalam tembakau rokok juga dikaitkan dengan kanser larinks, kanser mulut, kanser farinks,kanser esofagus,kanser pundi kencing,kanser buah pinggang dan kanser serviks.

4) Tabiat seks - suka bertukar pasangan juga boleh menambahkan risiko mendapat kanser lebih tinggi.

5) Sirih dan Tembakau - menguyah sirih dan tembakau mungkin penyebab kanser mulut

6) Jangkitan hepatitis B - kanser hati mempunyai hubungan dengan jangkitan virus hepatitis B
7) Amalan cara kerja - Persekitaran kerja yang melibatkan bahan karsinogen boleh menyebabkan kanser.

Okey macamana cara kita nak cegah dan kawal pulak kan.

InshaAllah berdoa dengan Allah dan minta dijauhkan dengan penyakit berbahaya ini di samping mengamalkan beberapa tips yang bermanfaat ini iaitu:-

- Elakkan makanan yang diproses, diawet dan diubah genetik@GMO.
- Makan lebih (50-70% dari sajian makanan harian) bahan-bahan makanan yang segar dan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Jauhkan makanan segera dan junk foods. Ini kerana makanan-makanan yang telah dipakej mempunyai banyak perisa dan bahan pewarna serta pemanis. Jauhkan gula kerana ia boleh membiakkan sel2 kanser.
- Kurangkan daging-daging lembu, kambing, ayam khususnya yang banyak lemak.
- Makan Coenzyme seperti Q10, dari sumber2 tapai, tempe dan pickles.
- Lakukan senaman sederhana selama 30minit sehari - jalan kaki, jogging atau kayuh basikal.
- Pil Vitamin D - atau sumber dr cahaya matahari
- Cukup tidur - 6 hingga 8 jam sehari.
- Kurangkan stress. be a positve person.
- Amalkan senaman pernafasan
- Jauhkan segala toksin di udara 
- Hidup riang gembira dan berkasih sayang dalam keluarga dan kepada semua insan.
Sebagai tambahan, boleh amalkan suplemen atau vitamin-vitamin yang boleh mencegah kanser seperti Coqhealth plus, Alfafa, dan Vivix. Suplemen ini sememang nya khas untuk mereka yang ingin mengelak kanser dan untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Tubuh badan bukan sahaja makin sihat malahan semakin cantik dan berseri-seri.
Jom Bebaskan diri dari Kanser! :)
Salam Ukhwah,
Junaida Watie
Pengedar Suplemen Kesihatan 019-9895564

Wednesday, 17 September 2014

Buat homemade pizza Yang Sedap!

Malam ini agak keletihan dek kerana telah menghasilkan 7biji pizza buatanku sendiri. Puas hati dan seronok pun ye juga dapat belanja semua kelurga besarku di kampung dengan pizza homemadeku ini. Nak berkongsi gambar pizza di sini tapi gambar ade dalam handphone pulak, Sedap pizza ni bila kita buat sendiri, rasa mengikut citarasa kita sendiri. Semua ni hasil dari menuntut ilmu dengan Fatihahtul Munirah hihi. Jom jenguk resepi Homemade Pizza yang sangat Sedap ini.

Untuk Doh Pizza :
Tepung Gandum/ Tepung roti -4 cawan
Mauripan/Yis - 1 paket
Garam- secukup rasa
Gula - cukup rasa
Lemak Sayuran - 1sb setengah

Untuk inti :
Tomato puree - untuk disapukan atas doh sebelum bahan lain di letak di atas doh
tomato sos
Cili sos
Daging cincang - digoreng bersama bawang besar dahulu, campurkan cukup rasa agar dapat rasa 
                             yang enak
Bawang besar
Sosej Ayam/ Daging - potong biasa
Capsicum (lada benggala) - potong kecil2 n buang biji
Nenas - potong dadu
Cendawan Butang - potong kecil
mozzarella cheese/cheddar cheese - parut halus

untuk inti terpulang pada kreativiti anda juga, kalau nak masuk udang, ayam,atau isi ketam pun boleh yer. Setelah inti siap dipotong taburkan aje di atas doh pizza korang n sedia di masak pada suhu 180 darjah celcius dalam 25-30minit.

Cara buah doh sama macam kita buat roti juga. Senang sangat. Selamat Mencuba!

Gambar nanti free jue akan update mata dah tintong...

Ok ni gambar pizza yg jue buat sendiri hihi ni sebelum masak..

Sekian, salam ukhwah

Junaida Watie
Ibu Kepada 2 princess 
dan seorang WAHM as a distributor Shaklee :)






                                                                        

Tuesday, 16 September 2014

Cara Makan Set Kurus Shaklee

Di sini jue nak kongsikan cara memakan Set Kurus Shaklee yang berkesan. Ia bertujuan untuk memberi panduan kepada semua pengguna Set kurus ini untuk membuat jadual pemakanan suplemen yang betul. 

Sarapan

ESP - 2 sudu besar
@
Cinch Shake 1 scoop

Tea - Break

Cinch Tea Mix
(boleh campur performance drink untuk kesan yang berganda)

Lunch

3biji lecithin sebelum makan
1biji omega sejurus selepas makan
5biji alfafa 1 jam selepas makan

Dinner

3biji lecithin sebelum makan
2biji omegabsejurus selepas makan
5biji alfafa 1jam selepas makan.

Sebelum Tidur

Herblax - 4biji sebelum tidur ( hanya 3kali seminggu)


Artis Pun Makan Suplemen Shaklee



Di atas ini adalah video di mana Ashraff Muslim yang menceritakan tentang kebaikan produk Shaklee pada dirinya dan keluarganya.Sekarang Ashraf pun dah mula makan Vivix iaitu killer product dalam Shaklee. Alhamdulillah semakin ramai yang sudah mementingkan kesihatan dalaman untuk kekal sihat dan cergas.

Shaklee ni dah lama di pasaran dah hampir 60tahun. Sebab tu ia adalah produk yang berkualiti dan ternyata berkesan. Berdasarkan ramai yang berpuashati dan mendapatkan hasil yang positif setelah mengamalkan produk shaklee termasuklah artis-artis di Malaysia ini.

Jom kita jenguk artis mana yang suka dengan produk Shaklee nih, moga mereka sentiasa berolah kesihatan yang baik. Juga bagi mereka yang memang pengguna Shaklee moga2 kita semua beroleh ,manfaat dan kesihatan yang baik dengan produk ini.

Duta Terlajak Lariss pun minum ESP, Terbukti kan ESP memang power hehe

Suplemen penting untuk semua terutama bagi mereka yang mementingkan kesihatan tubuh Badan

Jeniffer Lopez kekalkan Kemudaan dengan Vitamin E Complex

Rita bagi mealshakes pada anak-anak kesayangan dia, sayang betul Rita kat anak dia kan, apa sahaja untuk kebaikan anak pasti tak akan Rita ini sia-siakan

Vivix untuk kekalkan tenaga Rita Rudaini yang sentisa sibuk dengan aktiviti harian, manakala Vitalea untuk cukupkan sumber mineral dan zat alian dalam badan. Omega plak diambil untuk menjaga kesihatan jantung dan tahap kolestrol dalam badan.

Yasmin amalkan Shaklee set menyusu untuk memberi susu sepenuhnya pada anaknya 

Itulah serba sedikit mengenai artis-artis yang menggunakan suplemen Shaklee. Masing-masing mementingkan pengambilan vitamin untuk mencukupka keperluan vitamin yang memang perlu ada dalam tubuh badan setiap manusia. Moga-moga anda di luar sana pun teruja untuk menggunakan suplemen kesihatan pada tubuh badan kita semua.



Friday, 12 September 2014

Rahsia Sebotol Vivix Sebagai Antioksidan Yang Kuat


Selalu dengar nama Vivix? Pastinya ada yang belum familiar kan, namun bagi golongan yang mementingkan kesihatan dan kecantikan sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi apakah Vivix itu. Ia didatangkan melalui botol yang comel dan mempunyai isi yang sangat luar biasa Hebat! Namun harus diingat tiada Kuasa yang lebih hebat melainkan Allah Taala. Apa pun, ia memang sangat membantu ramai manusia di dunia untuk mendapatkan kesihatan yang baik. 

Bukan calang-calang Vivix ini kerana ia merupakan Suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No.1 suplemen makanan di Amerika.

Ramuan Khas digunakan Untuk Menghasilkan Antioksidan dan Manfaat lain Yang Sangat Baik Untuk Kesihatan Manusia
Di dalam satu penemuan utama kajian klinikal menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular dan lebih dari itu. Di dalam Kajian Makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisme utama penuaan pada tahap sellular iaitu;-

1) Melindungi dan membaiki sellular DNA.
2) Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
3) Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
4) Melambatkan pembentukkan protin ACE (advanced glycation end products)

Selain itu, ia juga membantu memelihara Kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan.

Apa Yang Membuatkan suplemen Vivix ini Begitu Unik dan Hebat?

Sudah tentulah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Vivix ini adalah dari sumber-sumber yang semulajadi iaitu totally daripada tumbuh-tumbuhan yang tiada bahan peras, campuran bahan kimia atau bahan-bahan terlarang. Mereka hanya menggunakan 4jenis buah-buahan yang mempunyai kandungan antioksidan yang kuat. Buah-buahan yang dimaksudkan adalah:-

  1. Muscadine Grape (Anggur Muskad) - Anggur hebat ini kerana ia merupakan satu-satu anggur yang mempunyai 20 kromosom berbnading anggur biasa yang hanya mempunyai 19kromosom,  
  2. Purple Carrot (Lobak Ungu) - sumber Terbaik vitamin A, dan mengandungi phytocimia. Juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang mustajab. Ia bertanggungjawap pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. 
  3. Elderberry - berkesan dalam mengubati simptom flu(selsema), terutama sekali influenza B.
  4. Polygonum Cuspidatum - mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan suplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan China,
Hanya 4jenis buah ni je yang digunakan, Hebat kan. Gabungan Mantap untuk memberi manfaat kesihatan kepada semua manusia di dunia ini. Itulah sebab kenapa Jue sentiasa konsisten guna Vivix walaupun belum mendapat penyakit, ia bertujuan untuk melindungi diri kita daripada kanser dan pelbagai penyakit merbahaya yang lain, bukan itu sahaja ia boleh menyembuh dan mengurangkan juga bagi yang betul-betul minum dengan konsisten. Di awal permulaan bagi mereka yang mempunyai penyakit memang terdapat healing krisis tp itu hanya bersifat sementara. Jiwa harus kental untuk melawan penyakit tau, jangan kerana ada helaing crisis terus kondem produk ini bahaya. Sama sekali tidak kerana ia sangat selamat, semulajadi dan terbukti berkesan.

Sekian saje untuk entri kali ini.

Assalamualaikum

Whatsapp untuk pertanyaan 019-9895564
Beli 2 botol anda akan dapat percuma keahlian untuk seumur Hidup!

Thursday, 11 September 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger!

First time ikuti Segmen Ben Ashaari iaitu Impian Ku, Seorang Blogger!Nampak menarik so join le apa lagi kan. Kalau korang nak join sekali pun boleh klik je kat gambar ni dan ikut arahan yang ditetapkan.

 klik gambar untuk join segmen
Klik gambar untuk join segmen
Ok ni serba sedikit maklumat mengenai jue atau nama sebenar Junaida Watie, seorang mama kepada 2 puteri comel, seorang WAHM yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogger.Jue berasal dari Pahang, dan sekarang tinggal di Kajang dengan keluarga.

Kelebihan blog jue yang selalu jue terapkan adalah mengenai kesihatan dalam menjaga kecantikan dan kelangsingan badan. Terdapat juga petua-petua atau tips yang jue letakkan dalam blog agar dapat dikongsi bersama semua pembaca yang obses untuk cantik dan langsing. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa setiap produk cantik atau kurus yang diambil adalah yang selamat dan berkesan.

Kalau pasal impian setelah bergelar blogger ni, banyak lagi belum tercapai tetapi inshaAllah akan tercapai iaitu ingin menjadi seorang WAHM yang Berjaya Dunia Akhirat. Berjaya mendidik anak dan berjaya dalam perniagaan. Dan atas niat kerana Allah. Amin, Doakan jue berjaya dan jue juga sentiasa mendoakan semua muslim dan muslimah berpegang ke jalan Allah walau apa bidang yang kita buat.

Alhamdulillah siap entri

Mama yang caring