"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday 17 September 2014

Buat homemade pizza Yang Sedap!

Malam ini agak keletihan dek kerana telah menghasilkan 7biji pizza buatanku sendiri. Puas hati dan seronok pun ye juga dapat belanja semua kelurga besarku di kampung dengan pizza homemadeku ini. Nak berkongsi gambar pizza di sini tapi gambar ade dalam handphone pulak, Sedap pizza ni bila kita buat sendiri, rasa mengikut citarasa kita sendiri. Semua ni hasil dari menuntut ilmu dengan Fatihahtul Munirah hihi. Jom jenguk resepi Homemade Pizza yang sangat Sedap ini.

Untuk Doh Pizza :
Tepung Gandum/ Tepung roti -4 cawan
Mauripan/Yis - 1 paket
Garam- secukup rasa
Gula - cukup rasa
Lemak Sayuran - 1sb setengah

Untuk inti :
Tomato puree - untuk disapukan atas doh sebelum bahan lain di letak di atas doh
tomato sos
Cili sos
Daging cincang - digoreng bersama bawang besar dahulu, campurkan cukup rasa agar dapat rasa 
                             yang enak
Bawang besar
Sosej Ayam/ Daging - potong biasa
Capsicum (lada benggala) - potong kecil2 n buang biji
Nenas - potong dadu
Cendawan Butang - potong kecil
mozzarella cheese/cheddar cheese - parut halus

untuk inti terpulang pada kreativiti anda juga, kalau nak masuk udang, ayam,atau isi ketam pun boleh yer. Setelah inti siap dipotong taburkan aje di atas doh pizza korang n sedia di masak pada suhu 180 darjah celcius dalam 25-30minit.

Cara buah doh sama macam kita buat roti juga. Senang sangat. Selamat Mencuba!

Gambar nanti free jue akan update mata dah tintong...

Ok ni gambar pizza yg jue buat sendiri hihi ni sebelum masak..

Sekian, salam ukhwah

Junaida Watie
Ibu Kepada 2 princess 
dan seorang WAHM as a distributor Shaklee :)






                                                                        

2 comments:

  1. wah, sedapnya, mama bookmark ye, senang nak buat nanti..

    ReplyDelete
  2. TK Norhasniza :) memang sedap, jue buat 7biji pizza memang habis satu family besar makan..hihi

    ReplyDelete