"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, 12 October 2014

Siapa Perlu Energizing Soy Protein Shaklee?

Salam sejahtera

Dulu ingat susu soya Shaklee ni khas untuk ibu yang ingin menyusui bayinya saje, tetapi salah rupanya. Bukan ibu menyusu je boleh minum, seluruh family boleh minum asalkan tiada masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja. Di sini jue nak listkan siapa yang perlu amik susu soya Shaklee ni, bolehlah korang semua rujuk di sini :

  1. Ibu Hamil
  2. Ibu Berpantang
  3. Ibu yang menyusu : membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) disamping pengambilan air yang cukup dan proses mengepam yang kerap.
  4. Orang yang bekerjaya (sibuk) - Susu ESP memberi tenaga yang berpanjangan, boleh amik sebagai instant breakfast jika nak cepat.
  5. Orang yang ingin mengawal makan - minum susu esp kita akan rasa lebih kenyang, kenyang berpanjangan, jadi automatik kita boleh kawal makan berat kita.
  6. Remaja yang nak cantik dan gebu
  7. Orang yang ingin mengurangkan parut jerawat dan ingin kelihatan cantik dan berseri-seri
  8. Pesakit Kencing manis - mengandungi indeks glisemik yang rendahm, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa
  9. Orang yang ada masalah kesuburan
  10. Lelaki
  11. Wanita
  12. Warga Emas
  13. Sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan yang lebih baik
* Tidak Sesuai untuk bayi 


Junaida Watie
SID Yang Tegar Mengguna dan Memberi panduan Sepenuhnya pada pelanggan,
930073
019-9895564

Dapatkan ESP Shaklee pada Harga Promo sekarang dengan Pembelian 1 set
beli 6 percuma 1

Promo Sangat Hebat kerana anda berpeluang Menjadi ahli Shaklee SECARA PERCUMA yang bernilai RM65!
Cash back RM30++
Satu Tin ESP bernilai RM150

Jangan Lepaskan Penjimatan Yang Banyak Hanya Bulan ini Sahaja :)


Saturday, 11 October 2014

7 Jenis Minuman Yang Boleh Kuruskan Badan

Dah penat sesi mengoogle, tiba-tiba terjumpa satu artikel ni yang memberi info tentang 7 jenis minuman yang boleh menguruskan badan. Mesti korang semua nak tahu kan?

Lepas jue share kat sini bolehla kita sama-sama praktiskan untuk menguruskan badan kita. Ok kalau semua dah dah xsabar nak tahu sekarang juga jue listkan hihi

Sila baca dan buat jika korang nak kurus, abaikan jika korang selesa dengan berat badan anda sekarang.


  1. Jus Buah Tanpa Gula - mempunyai kandungan nutrisi dan vitamin yang lebih tinggi dan lebih baik diminum dengan seratnya. Sekiranya korang nak beli jus buatan, pilihlah jus yang seratus peratus asli dan kadar gulanya rendah.
  2. Jus Sayuran - Sayur-sayuran yang mentah merupakan sumber serta dan antioksidan yang baik. Nutrisinya sama sahaja dengan jus buah, tetapi kalorinya separuh. Serat sayuran berfungsi sebagai 'fat blocker' 9zat yang menghalang pembentukan lemak).
  3. Soothies Buah - Mencampurkan buah dengan susu, tanpa gula atau pemanis lain. Buah kaya dengan B komples, jadi ia dapat menghasilkan tenaga.
  4. Teh Hijau - Berupaya meningkatkan mekanisme pembakaran lemak sehingga 40%. Ekstrak teh hijau dengan antioksidan yang tinggi akan meningkatkan pengaliran oksigen di dalam darah sehingga tubuh akan menjadi lebih sihat.
  5. Susu - Kalsium dalam susu krim membantu menghalang gen yang membentuk lemak. Perut akan terasa kenyang sehingga membuatkan anda makan lebih sedikit.
  6. Air Putih - Minuman air putih adalah minuman yang paling baik kerana ia bebas kalori dan juga karbohidrat. Air putih tidak mempengaruhi berat badan atau kadar gula dalam darah. Sebaliknya boleh melangsingkan badan disebabkan oleh pembakaran lemak yang berlaku dalam media cecair.
  7. Kopi Hitam - Dapat membantu melepaskan lemak dan menjadikannya energi. Tapi pengambilannya jangan lebih dari 4 gelas sehari.
Mana satu mau, nak kurus atau nak gemuk

Mana satu korang mahu? Jangan lupa ye nak kurus pun kena jaga kesihatan, vitamin dalam badan kena cukup sebagai keperluan nutrisi. Jangan diet jika anda xcukup nutrisi. Nak nutrisi? Kena makan suplemen lah tau. Paling ok dah tentu suplemen Shaklee sebab ia semulajadi, halal dan berkesan. Selamat berjaya Kurus dengan minuman berkhasiat ini.

Junaida Watie
SID Bertauliah dan Pengguna Tegar Produk Shaklee
930073
Hubungi 019-9895564 untuk guide yang betul
my instagram


Friday, 10 October 2014

Lagi-Lagi Esp Shaklee!

Wah tajuk entri kali ni nampak macam jue dah bosan je dengan esp Shaklee nih. Apa boleh buat Esp memang ramai orang yang suka, sebab apa diorang suka? sebabnya diorang dah rasalah keberkesanannya. Lagipun dah ramai yang memiliki kulit yang lebih cerah dan bersih dengan ESP ni. Alamak bosan pulak kalau yang baca ni dah anti esp hihi.

Sebenarnya ada sebab kenapa ramai yang suka dan memilih ESP Shaklee. 
Apakah sebabnya ?


  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
Dan ada 7 point penting yang perlu anda tahu mengenai Kebaikan Shaklee ESP. Ini memang fakta ye 
  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  •  Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan-Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
Credit info from PM CERY

Sumber protein soya yang lengkap dengan 14gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk 9 asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh. Berbanding protein daging, telur dan tenusu, ESP juga mempunyai kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolestrol.
Rasanya dah jelas sebab kenapa susu soya Shaklee mendapat tempat di hati ibu-ibu di Malaysia. Bukan ibu-ibu jek, makcik pakcik adik kakak semua suka dan percaya bahawa susu soya ini sangat bagus untuk kesihatan badan dan juga untuk kecantikan. Pada anda yang nak kepastian artikel ini dah jelas mengatakan bahawa Susu Soya ESP memang selamat diminum, berkesan kerana sumbernya yang semulajadi, asli dan dah tentunya halal.

Ok nak gi minum esp dululah lapar lak perut bila cite pasal ESP nih hihi

Junaida Watie (Jue @Watie)
SID Bertauliah 930073
019-9895564


Thursday, 9 October 2014

Punca-punca Di Serang Kanser

Terdapat pelbagai punca-punca seseorang itu diserang kanser. Namun ramai doktor xmampu memberikan apakah punca -punca yang tepat mengapa seseorang itu boleh menghidap kanser. Ada yang mengatakan berpunca dari faktor pemakanan, sinaran uv, keturunan, dan kelemahan sistem imun (sistem melawan penyakit), dan juga jangan terkejut jika ia disebabkan oleh produk kecantikan yang kita amalkan.

Ok secara jelaskan di sini saya senaraikan beberapa punca terjadinya kanser. Antaranya adalah :-

  • Karsinogen kimia
    Dedahan kepada bahan kimia karsinogen akan meningkatkan lagi risiko. Contoh karsinogen:
    Asap rokok: telah diketahui umum apa yang terkandung dalm asap rokok.
    Bahan kimia di tempat kerja: seperti asbestos, benzene, formadehyde dll.
  • Umur
    Pada usia yang semakin meningkat, badan mungkin telah mengumpul sel-sel yang rosak dari masa ke semasa. Pertahanan tubuh juga akan menjadi semakin kurang berkesan dengan pertambahan usia.
  • Faktor cara hidup
    Diet yang tidak sihat juga boleh menyumbang kapada penyakit ini. Pengambilan banyak buah-buahan dan sayuran yang mengadungi vitamin dan mineral serta anti oksida dapat membantu melindungi tubuh dari bahan yang tidak deperlukan badan dan menyihatkan sistem pertahanan tubuh.
    Makanan yang berlemak yang boleh menyumbang kepada obesiti, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol akan meningkatkan lagi risiko kanser.
  • Sinaran
    Dedahan kepada sinaran radiasi atau bahan radioaktif dan sisa atau output dari aktiviti nuklear yang berlebihan dan melebihi dos juga akan antara penyebab kanser. Tetapi jangan takut untuk melakukan ujian x-ray kerana ia adalah dalam dos yang rendah.
  • Jangkitan
    Sesetengah virus mempunyai hubungkait dengan kanser seperti mereka yang dijangkiti virus hepetitis B atau C berisiko untuk mendapat kanser hati. Virus HPV (human papillomavirus) juga dihubungkaitkan dengan kanser servik bagi wanita.
  • Sistem imun
    Tubuh yang mempunyai sistem imun yang rendah seperti pengidap penyakit AIDS dan mereka yang menjalani terapi Immunosuppresive.
  • Genetik
    Mempunyai gen yang diwarisi secara genetik yang menyebabkan kanser. Genetik yang mempunyai kerintangan yang rendah terhadap kesan karsinogen dan juga faktor diet juga boleh menyumbang kepada sel yang tidak normal walaupun tidak mewarisinya.
Kebanyakkan kanser adalah disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor

Tidak semua orang yang terdedah kepada karsinogen atau mengamalkan cara hidup yang tidak sihat akan mendapat kanser. Contohnya, tidak semua perokok mendapat kanser paru-paru. Semua dari kita juga terdedah kepada karsinogen dari masa ke samasa.
Badan mempunyai mekanisma yang boleh melindungi kita dari kanser sebenarnya. Sel-sel yang dirosakkan oleh karsinogen akan mengalami pemulihan dengan sendiri. Sistem imum badan juga akan memusnahkan sesetengah sel-sel yang tidak normal sebelum ia berganda kepada tumor. Kemungkinan satu karsinogen dapat merosakkan satu gen dan mungkin dua atau lebih gen perlu dirosak atau diubah bagi menyebabkan sel menjadi berganda secara tidak terkawal.
Dalam kebanyakkan kes, biasanya kombinasi faktor seperti faktor genetik, dedahan kepada karsinogen, umur diet, keadaan imun sistem dll., boleh memainkan peranan yang menyumbang kepada sel menjadi tidak normal dan membenarkan ia berganda secara tidak terkawal sehingga menyumbang kepada kanser.

Bagaimana kanser dikesan?

Jika terdapat perkara yang tidak normal terbentuk pada tubuh seperti bengkakan dibawah kulit atau sakit yang berterusan contohnya batuk yang berterusan, sebaiknya menemui doktor untuk mengetahui apakah puncanya yang sebenar. Pelbagai ujian boleh dijalankan oleh doktor atau pegawai perubatan seperti x-ray, pengimejan (CT scan, PET scan) ujian darah, endoskopi dll. bergantung kepada kedudukan benjolan atau tempat yang sakit tersebut. Biasanya biopsi diperlukan untuk mengesahkan lagi sama ada ketidaknormalan itu adalah kanser atau hanya tumor yang benign. Biopsi ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu sel tersebut sama ada secara cucukan jarum atau pembedahan yang minor.

Sumber rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Barah

Banyak faktor kan terjadinya kanser itu, tetapi ia tidak tertumpu pada satu faktor sahaja, kerana kanser boleh merebak dan tumbuh di mana-mana bahagian tubuh kita. Bila difikirkan memang takut, tetapi sedarlah kita bahawa pentingnya menjaga kesihatan dan pengambilan antioksidan untuk menguatkan imun. Sebab ia datang dengan tiba-tiba, bila umur dah meningkat ke 40 an, bertambah2 kena jaga kesihatan. Ingat ye, pengambilan antioksidan di usia muda lebih baik daripada mengamalkannya setelah anda terkena kanser. 

Sekian,

http://www.empayarmarlisha.com/

Junaidawati - 0199895564

Melawan Kanser Dengan Antioksidan

Adakah Kanser mempunyai penawar? Wallahualam, semuanya kuasa Allah. Tugas kita sebagai manusia biasa adalah mencari jalan dan berusaha sedaya boleh untuk mengubati penyakit ini, selebihnya haruslah di serahkan pada Allah s.w.t.

Sebelum ni memang saya xjangka yang akan terjun dalam bidang kesihatan, ingat nak berbisnes je. Tetapi dengan Shaklee saya sedar bahawa sekadar jual produk aje memang tidak cukup, saya sedar yang khidmat nasihat amat perlu bagi menghadapi pesakit-pesakit yang ingin makan suplemen kesihatan bagi merawat penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, cyst, dan lain-lain. Saya perlu kuat untuk menguatkan mereka. Niat saya memang dah berubah, kalau dulu kerana duit kini kerana ingin melihat ramai lagi yang sihat.

Ok berbalik pada tajuk, kenapa saya katakan pengambilan antioksidan banyak membantu untuk kita melawan kanser adalah kerana Antioksidan merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak. Radikal bebas merupakan hasil sampingan daripada proses penjanaan tenaga oleh badan kita. 

Antioksidan mampu melawan dan membunuh kanser
Antioksidan menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas. Radikal bebas juga menyebabkan kolesterol LDL menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerosakan di merata tempat dalam tubuh kita.

Jadi badan memerlukan antioksidan seperti vitamin, mineral dan enzim yang dapat melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan sel disebabkan pengoksidaan bagi memelihara kesihatan tubuh.

Antara contoh antioksidan Vitamin A,C dan E, lycopene, beta carotene dan beberapa lagi.
Sebaik-baiknya kita perlu mendapatkan diet yang kaya dengan antioksidan dalam makanan bagi menjamin pelbagai zat berbanding nutrien khusus dalam satu-satu jenis suplemen.

Jadi bagi menjaga kesihatan kita memerlukan antioksidan setiap hari untuk mengelak dari sel kita rosak dan akhirnya menyebabkan kanser. Untuk pesakit kanser juga digalakkan mengambil antioksidan bagi melawan kanser tersebut. Selain itu juga, dalam islam terdapat beberapa doa dan ayat yang boleh dibaca untuk pesakit kanser. Apa yang penting usaha dan tawakkal pada Yang Maha Esa agar segala sakit dapat dikurangkan InshaAllah.

Info dan sumber adalah dari gabungan artikel-artikel dalam internet.

Junaida Watie
www.empayarmarlisha.com






Wednesday, 8 October 2014

Segmen Bloglist Exchange by Anne Nurain


Dah lama juga xjoin segmen. Maca menarik je segmen bloglist exchange ni. Lagipun memang tengah nak tukar-tukar link blog sekarang sebab baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogger. Harap-harap adalah yang sudi berkenalan dengan Jue yer.. Tq

Pada yang berminat nak join 


Di sini saya tag kan 3 kawan blogger :)




Ok Selamat Bersegmen!

Junaida Watie ( www.empayarmarlisha.com )





Kanser Penyakit Tidak Dijangka

Mendengar penyakit sangat berbahaya kepada semua manusia. Ia terjadi disebabkan beberapa faktor. Pesakit kanser memerlukan motivasi yang kuat untuk terus berjuang untuk hidup. 


Sel-sel kanser yang menyerang sel sihat tubuh manusia

Semua orang takut akan penyakit ini, namun adakah kita sudah menyediakan benteng pertahanan yang kuat untuk mengelak penyakit kanser ini?

 Biasanya kita akan sedar kepentingan untuk menjaga kesihatan setelah kita alami penyakit itu sendiri. Semasa kita sihat kesihatan kita abaikan. Vitamin yang perlu ada dalam setiap tubuh badan manusia juga kita tidak hiraukan. Di bawah ini senarai vitamin yang dapat membantu pertahan tubuh badan kita dari mudah terkena sel-sel kanser.

 Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10, Zink dan antioksidan untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap terbaik.

Ok untuk info semua, ini adalah fakta asas mengenai kanser.


Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

Sel Normal Di Dalam Badan

Tubuh kita terdiri daripada trilion sel hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, berpecah untuk membuat sel-sel baru, dan mati dengan cara yang teratur. Pada tahun-tahun awal kehidupan seseorang, sel-sel normal berpecah dengan lebih cepat untuk membolehkan mereka membesar. Setelah seseorang itu menjadi dewasa, kebanyakan sel berpecah hanya untuk menggantikan sel rosak, sel mati atau untuk membaiki kecederaan.

Bagaimana Kanser Bermula

Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.
Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.
Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.
"Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.

Bagaimana Sel Kanser Merebak

Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.

Jenis Kanser

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium, tulang, kanser kulit dan leukemia.
Penyakit ini akan dinamakan mengikut di mana ia bermula. Sebagai contoh, yang bermula di kolon akan dikenali sebagai kanser kolon. Jika ia telah merebak ke hati, ia dipanggil kanser kolon metastatik, bukan kanser hati. Dalam kes ini, sel kanser yang diambil dari hati akan sama dengan yang terdapat di dalam kolon.

Tumor yang Bukan Kanser

Tumor adalah satu ketulan yang tidak normal atau pengumpulan sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor yang bukan kanser dipanggil benigna. Tumor benigna boleh menyebabkan masalah - ia boleh tumbuh dengan besar dan menekan organ-organ dan tisu-tisu yang sihat. Tetapi ia tidak boleh menyerang tisu-tisu lain. Kerana tidak boleh menyerang, ia juga tidak boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Tumor jenis ini jarang mengancam nyawa.

Rawatan, Ubat dan Penawar Kanser

Terdapat beberapa jenis rawatan, ubat atau penawar untuk kanser. Ketahui bagaimana ia bertindak dan mengapa ia digunakan, dan dapatkan maklumat apa yang boleh diharapkan daripadanya dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada anda jika anda mendapatkannya.
Pembedahan - Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.
Kemoterapi - Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani rawatan kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan daripadanya.
Terapi Radiasi - Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.
Sel Tunjang - Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.
Imunoterapi - Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.
Sumber Dari : Info Kesihatan
Jika diteliti secara keseluruhannya pengambilan antioksidan amat penting untuk menjaga pertahan diri kita daripada penyakit berbahaya ini. Dinasihatkan anda dan juga diri jue ini sendiri mengambil inisiatif menjaga imun badan dengan mengambil suplemen antioksidan ini. Jika anda fikir membazir cuba fikirkan jika tidak ambil dan kawal sekarang adakah berbaloi untuk anda laburkan ang beribu-ribu untuk merawat kanser walaupun anda tahu peratus untuk hidup adalah sangat rendah. Tidak semua yang mengalami penyakit kanser mampu ntuk kembali sihat. Semuanya atas kuasa Allah jua. Kita hanya mampu merancang kesihatan kita namun segalanya ditentua oleh Allah jua. 
Jue mendoakan kita semua semoga beroleh kesihatan sepanjang hayat dan diberi peluang untuk beramal ibadat selagi hayat masih ada.
Sayangi Diri Hiasi Peribadi
Junaida Watie