"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday, 22 October 2014

Mengapa Selalu Mengantuk dan Lesu?

Kerja seharian di ofis selalu menyebabkan kita letih. Surirumah pun selalu juga letih, menguruskan hal anak-anak, suami dan juga hal2 rumah nampak aje mudah, tapi sememangnya memerlukan tenaga yang banyak. Apabila kita selalu letih, sudah tentu kita lesu dan selalu mengantuk untuk berehat. Badan pun dah xda energy untuk buat kerja kan?





Xkira apa pun pekerjaan yang kita lakukan tenaga yang banyak boleh membantu kita melakukan kerja dengan baik dan pantas. Tahukah anda apa sebenarnya punca mengantuk dan kelesuan kita ni? Saya pun selalu alami masalah seperti ini, sekarang ni saya atasinya dengan pengambilan vitamin semulajadi dari Shaklee. Alhamdulillah ia sangat membantu menambah tenaga dan mengekalkan tahap kemengantukan saya ini.


Namu apa sebenarnya punca-punca kita rasa ngantuk  dan keletihan ini?

Betul ke kekurangan air menyebakan kita berasa mengantuk walaupun cukup tidur

  1. Kekurangan zat besi dan vitamin B12-Kekurangan zat besi dan vitamin B12 boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sistem darah dengan membantu membawa oksigen ke serata badan. Zat besi pula penting dalam penghasilan darah merah. Tanda-tanda penghidap anemia ialah kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah ambil B12.
  2. Dehidrasi -  Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mntal boleh terganggu dan menjadi lembap. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan badan menjadi letih dan lemah. Sekiranya anda rasa letih dan tidak mampu  berfikir dengan baik serta diiringi dengan rasa mengantuk,cuba minum satu hingga 2 gelas air dan lihat kesannya.
  3. Kurang tidur atau tidur yang tidak berkualiti - Buan mudah untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yang gagal tidur dengan lena disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Tidur yang cukup bukan semata-mata untu kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan kita.
  4. Kekurangan Tenaga - Makan yang sedikit dan diet yang keterlaluan juga menyebabkan kita hilag tenaga seterusnya mengakibatkan keletihan dan rasa mengantuk. Apabila paras glukosa rendah, anda akan lemah dan muda pitam. Jadi sarapan pagi jangan skip, wajib ambil walaupun hanya sekeping roti atau segelas minuman berprotein tinggi.Ia sangat membantu untuk kita fokus pada kerja kita.
  5. Sleep Anea (Gannguan semasa tidur) - Apnea disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersekat ketika tidur. Ia menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda bangun kerana sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi mungkin anda tidak sedar. Hasilnya anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda disiang hari akan merudum. Langkah keselamatannya anda perlu mengurangkan berat badan anda. Jika tidak ia berisiko untuk mendapat stroke. dan serangan jantung.
  6. Penyakit Kencing manis - Walaupun kadar gula tinggi dalam darah, disebabkan sel2 tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik tenaga tetap tidak dapat dihasilkan. Akibatnya kita pesakit kencing manis akan mudah letih. Tips atasinya kena kawal pemakanan juga iaitu kena diet seimbang dan kawal pengambilan kalori.
Untuk mengatasi masalah seperti ini, pemakanan yang seimbang dan kaya zat besi perlu diambil. Jika anda susah untuk makan makanan yang kaya zat besi, anda boleh cuba multivitamin Vitalea Iron Formula untuk dapatkan zat besi yang cukup setiap hari.
Multivitamin tertua Di Dunia, Kaya dengan Zat Besi. Khas untuk mengatasi anemia atau kekurangan darah
Hubungi Saya Pengedar Multivitamin Vitalea untuk atasi masalah keletihan dan rasa mengantuk anda.

Junaida Watie Whatsapp/sms 019-9895564
My IG (Instagram)

Tuesday, 21 October 2014

Perlukah Peluk Anjing?

Isu peluk pegang anjing sedang hangat dibicarakan. Sehingga ada yang menganjurkan program pegang anjing iaitu "I want to touch dog". Kadang-kadang xfaham dengan apa kemahuan manusia sehingga benda yang xsepatutnya berlaku telah berlaku.

Semacam tiada kerja lain kan selain memegang anjing. Banyak lagi haiwan yang wajib dibelai contohnya macam kucing, tetapi takda pulak yang anjurkan program belai peluk manja kucing tu. Hai xfaham betul dengan manusia sekarang. Hanya mampu mendoakan agar mereka sedar dan tidak melakukan lagi perkara seperti itu lagi.

Hukum memegang anjing. 


1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. 

Ini berdasarkan hadis:“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]


Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.


Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.


**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada “alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)”, ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.


Hukum membela anjing2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:


i. Untuk menjaga hartaii. untuk menjaga tanamaniii. untuk menjaga ternakaniv. sebagai anjing untuk memburuv. menjaga keselamatan keluarga


“Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.”[Hadis Muttafaq 'Alaih]


Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.”[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]


Juga daripada Ibnu Umar berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak.”[riwayat Muslim no. 1571]


“Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari”[Hadis Muttafaq 'Alaih]


Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar”[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Syaratnya:1) HARAM bela anjing di dalam rumah2) WAJIB beri makan minumnya3) HARAM mendera atau mencederakannya4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja


**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.


3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.


Rujukan:Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad ‘Ata)Sama-samalah kita mendoakan agar semua Islam sedar dan tidak mengikut perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Banyak lagi perkara yang lebih baik kita buat selain dari memegang anjing dengan sengaja. Wallahualam..

Monday, 20 October 2014

Krisis Pemulihan Terhadap Pengambilan Suplemen

Apakah Krisis Pemulihan?

Krisis pemulihan merupakan suatu proses penyembuhan atau pembaikpulihan setelah seseorang itu mengambil apa-apa jenis ubat atau vitamin. Pernah atau tidak mengambil ubat, vitamin atau makanan tambahan dan selepas itu anda mengalami beberapa perkara yang menyakitkan atau pun pelik. Contoh, pening, mual, kencing bertukar warna, sakit pinggang dan banyak lagi jenis penyembuhan mengikut masalah penyakit yang anda alami. Namun, tahukah anda ia hanya sementara sehingga ia serasi dengan tubuh badan anda barulah ia menunjukkan kesan yang baik.


Sesetengah orang akan mengalami suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen dietry. Simptom seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ia merupakan tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen krisis pemulihan terjadi.
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya terjadi untuk beberapa hari, namun tubuh yang lemah tersebut mengambil masa yang lama untuk sembuh dan pulih.


Keadaan ini berpunca dari toksin yang bertimbun dalam tubuh kita seperti sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. 


Jadi, suplemen dietry sangat membantu mmpertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita. Semasa proses detoksifikasi ini berlangsung, kita mungkin mengalami pening, lesu, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan sebagainya.


Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.



Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.



Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. 


Mengapa Ini Terjadi?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) 

Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:
1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik


Semasa proses pemulihan, minumlah air bersih yang cukup dan rehat sepenuhnya serta lebihkan makanan seperti buah-buahan dan sayuran.


Tips hadapi Healing Crisis

Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.
Beberapa krisis pemulihan yang terjadi setelah makan suplemen kesihatan.

Kesimpulannya, proses pemulihan tetap akan berlaku sekiranya anda mengambila suplemen kesihatan. Ingat yer, jangan berhenti dan menganggap ia sebagai kesan buruk ambil suplemen kesihatan. Biasanya mereka yang terus berhenti apabila mengamalkan suplemen kesihatan, masalah kesihatan yang mereka alami akan kekal sampai bila-bila tanpa ada proses penyembuhan. Jika anda nak sembuh anda kena cekal melalui proses penyembuhan dahulu. InshaAllah anda akan lalui dengan mudah jika anda faham.


Junaida Watie ~ whatsapp/sms 019-9895564
http://instagram.com/duta_langsing_dan_cantik
http://www.empayarmarlisha.com/

Saturday, 18 October 2014

Suplemen Untuk Ibu Hamil, Bersalin dan Menyusu

Salam Sejahtera,

Bagi golongan yang baru bermahtangga, normalnya pasti akan mengalami tempoh seperti hamil, menyusu, dan bersalin. Apakah persiapan anda sekiranya anda ditakdirkan hamil? Setelah anda tahu anda hamil, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah kesihatan ibu hamil di awal-awal kehamilan. 

Semasa anda membuat kad merah di klinik kesihatan, sudah pasti jururawat akan memberi anda vitamin untuk ibu-ibu amalkan untuk khasiat yang cukup. Tetapi yakinkah anda vitamin itu adalah asli atau sinteteik. Biasanya vitamin dan ubat-ubatan di klinik semuanya sintetik iaitu yang diubah suai atau dicampurkan dengan bahan2 tidak semulajadi.

Bukan apa, ia untuk pengetahuan anda semua sahaja. Anda perlu tahu apa perbezaan vitamin sintetik dan vitamin semulajadi. Selepas anda tahu anda boleh buat pilihan sendiri. Pastikan anda memilih yang selamat untuk anda dan bayi yang bakal lahir dan disusukan nanti. Jom tengok set-set ibu hamil, bersalin dan menyusu yang boleh anda rujuk sebagai vitamin semulajadi yang selamat dan berkesan ini.

Set Lengkap Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Jadi mari saya terangkan satu persatu kelebihan menggunakan set-set ibu. 

Energizing Soy Protein

Energizing Soy Protein Membekal Tenaga Yang sangat Baik

Jika diperhatikan ESP ada pada semua set. Ini kerana ia merupakan sumber protein terbaik. Dan untuk sihat protein sangat-sangat membantu ibu-ibu di dunia meningkatkan tenaga dan kesihatan badan. Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.


Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

Vitalea (Multivitamin)
Multivitamin Shaklee

Vitalea pula merupakan iron formula untuk membantu wanita hamil mengekalkan HB yang tinggi sepanjang kehamilan. mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

B Compleks
B complex untuk  membekalkan tenaga dan meredaka tekanan

B compleks memang sangat popular untuk memberi tenaga dan melegakan tekanan. Bagi ibu berpantang ia dapat mengelak dari stress yang kuat akibat keletihan menjaga bayi. Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

Vita C Plus
Jaga antibodi dengan mengambil vit C Plus Shaklee

Seperti sedia maklum vit c Shaklee membantu memberi antibodi atau imun yang kuat untuk ibu-ibu melawan penyakit. Di samping mencantikkan kulit, ia juga membantu untuk mendapatkan kuku, rambut dan kulit sihat. Ini kerana, sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita. 

Jika anda perasan, ESP, B compleks, vitalea dan vit C ada disetiap set ibu hamil, bersalin dan menyusu. Ini kerana ia vitamin yang sangat penting dalam memastikan kesihatan ibu-ibu semua. Boleh lihat dari segi fungsi2nya di atas.

Untuk Ibu Hamil hanya perlu tambahkan ostematrix (kalsium) dan omegaguard(diambil selepas trimester ke-2) sahaja. Mengapa Ostematrix?

Ostematrix
Ostematrix merupakan susu berbentuk tablet

Oste merupakan kalsium, jadi amat penting ibu hamil ambil kalsium. Nanti kalau xamalkan kalsium semasa hamil, kaki mudah kebas atau lebih menakutkan terkena sengkak mengkarung. Seksa juga tu. Jadi lebih baiklah ambil ostematrix 4biji setiap hari bagi mendapatkan kalsium yang cukup. Tidur pula lebih mudah dan lena. Ia bagi membantu ibu hamil mengekalkan dan menguatkan tulang dan gigi semasa hamil. 

Kan banyak ibu hamil alami masalah sakit gigi, jadi nak elak harus ambil kalsium ya. Even saya yang xhamil pun ambil kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat. Kalsium oste ni sesuai diambil oleh anda yang tidak suka minum susu sahaja. Kalau suka minum susu boleh ambil tapi jangan overdose sebab takut juga anak terlebih kalsium nanti hehe.

Bagi ibu berpantang juga disarankan ambil jika ingin meningkatkan kualiti susu ibu yang baik.Secara logiknya, Ibu yang memberi susu perlulah ambil minuman susu juga kan, jadi kalau xsuka minum susu boleh gantikan dengan ostematrix yer..

Seterusnya Omegaguard
Omegaguard baik untuk sel-sel otak berhubung

Omegaguard diambil oleh ibu hamil untuk memastikan perkembangan otak bayi di dalam kandungan . Anak yang lahir nanti inshaAllah bijak dan pandai dengan izinNya jua kerana dengan pengambilan omegaguard sel-sel ota lebih b=mudah berhubung. Ia juga baik untuk ibu hamil yang mengalami darah tinggi dan kencing manis. Jadi jangan lupa makan omegaguard yer.

Zink complex
Zink compex untuk sembuh luka dengan cepat

Jika bersalin secara operate atau normal, anda memerlukan zink untuk menyembuhkan luka anda dengan cepat. Malah jika ada sebarang luka-luka lain juga ia cepat baik dan sembuh. Jadi zink merupakan elemen atau vitamin yang penting ketika ibu bersalin menjalani proses berpantang. 

Alfafa Complex
Alfafa Complex

Kelebihan Alfalfa complex adalah sebagai 'milk booster' kepada ibu menyusu selain menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. Selain itu, alfalfa complex juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.

Buat pengetahuan anda semua, alfafa adalah nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan semua. Bagi yang ada masalah kulit, kegemukan, alahan alfafa sangat baik untuk dibua. Ini kerana alfafa adalah detox keseluruhan darah dalam badan. Jadi kita tak tahu apakah kita sudah cukup zat dan nutrien. 

Jadi itulah antara suplemen berbentuk vitamin dan serbuk yang sangat semulajadi dan selamat untuk diambil oleh ibu-ibu hamil, berpantang dan menyusu. Berubahlah ke arah yang lebih semulajadi.


Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultan secara percuma dan harga yang istimewa. Bulan ni boleh dapat harga yang lebih istimewa memandangkan ESP Promo. Jadi jangan lepaskan peluang mendapatkan suplemen kesihatan semulajadi anda ini.


Junaida Watie / Whatsapp atau sms 019-9895564
My Intagram ~ jangan lupa follow yer

Friday, 17 October 2014

Kenapa Shaklee Selamat Digunakan?

Kenapa Shaklee Selamat Digunakan?Banyak-banyak produk di pasaran, kenapa Shaklee juga yang menambat hati jue? Ok jue ni jenis yang sukakan produk yang diyakini selamat dan halal digunakan. Maklumlah, tak nak menyesal dikemudian hari. Takut juga mula-mula makan muka memang berubah menjadi licin dan anjal tetapi tak kekal lama, lepas itu bila timbul pelbagai penyakit, siapa yang nak dipersalahkan. Salah sendirilah kan sebab hak memilih adalah di tangan sendiri. Oleh itu jadilah pengguna yang bijak, yang selalu selidik bahan-bahan dan sumber-sumbernya selamat digunakan ataupun tidak. 

Bagaimana dengan produk kegilaan jue ni iaitu shaklee, adakah selamat? Buat pengetahuan semua, misi syarikat Shaklee sendiri sudah membuktikan bahawa ia selamat digunakan iaitu ingin memberikan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik buat sesiapa sahaja. Namun ia sudah tentu tidak cukup bagi membuktikan rakyat Malaysia bukan? Kita rakyat Malaysia pastinya ingin produk yang halal kerana negara Malaysia ialah negara Islam. Majoriti penduduk adalah beragama islam.

Jadi sebab mengapa Shaklee selamat digunakan adalah kerana ia Halal.



Sijil Halal Shaklee





Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk sentiasa selamat. Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Sebanyak 350 ujian dijalankan bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun. Baha-bahan yang dipilih adalah bahan semulajadi yang paling asli dan palin tulen dalam semua ramuan produknya. Produk Shaklee juga tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk pesaing.
Shaklee juga telah bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan Shaklee mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk Shaklee.
Sebab itu Syarikat Shaklee benar-benar yakin setiap produknya adalah 100% selamat untuki digunakan dan jaminan daripada Shaklee adalah tanpa syarat. 
Bahan-bahan yang tiada dalam setiap produk Shaklee :
TIDAK Mengandungi Paraben
TIDAK Mengandungi Triklosan
TIDAK Mengandungi Phthalates
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
TIDAK Mengandungi Glikol
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
TIDAK Mengandungi Ammonia
TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
TIDAK Mengandungi Formaldehyde
TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
TIDAK Mengandungi Toulene
TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
TIDAK Mengandungi Pewarna
TIDAK Mengandungi Lemak Trans
TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
Dah jelas dan terang sangat-sangat kan Shaklee ni benar-benar Selamat kan, jadi jika korang ragu-ragu lagi meh tengok sticker kelulusan KKM yang ada pada botol vitamin Shaklee ini. Ia sememang sticker KKM sebenar seperti yang telah dikeluarkan oleh KKM.

Nampak tak dalam bulatan tu ada sticker kelulusan KKM.
Ok, jelas dah kan Shaklee ni selamat digunakan. Sumber dahla semulajadi jadi kita tak perlu risau. Kalau tak masakan ia boleh bertahan lebih dari 55 tahun pasaran di Malaysia. 

Boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan sebarang tempahan sila buat di






Thursday, 16 October 2014

Tips Menjaga Kesihatan Badan

Kesihatan badan yang baik merupakan impian semua orang. Sihat bermakna sempurna fizikal, mental dan sosial. Kunci utama kesihatan adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat iaiti dari segi pengambilan makanan, aktiviti riadah, pemikiran yang positif. Bagaimana kita ingin mengekalkan kehidupan yang sihat agar kesihatan kita terjamin. Berikut merupakan beberapa tips penjagaan kesihatan yang boleh menjadi panduan untuk kita semua.

Sebelum jue meletakkan tips2 biasa, jue nak kongsikan dulu beberapa tips istimewa dari Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, bolehmenyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.
3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.
4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.
Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.

Unik dan berhemah cara Rasulullah menjaga kesihatan. Info ni bagi jue sangat-sangat bermanfaat untuk kita praktikkan bersama-sama. 

Ok kita sambung dengan tips2 popular yang juga boleh dijadikan panduan bagi menjaga kesihatan.
  1. Dari sudut Pemakanan - Pemakanan yang seimbang amat penting dalam memastikan kesihatan kita terjamin. Disertai dengan kegiatan fizikal, pemakanan adalah yang menentukan berat badan anda.Pemilihan makanan organik adalah sangat-sangat baik untuk memelihara kesihatan.Kenapa organik? kerana organik tidak mempunyai bahan-bahan perisa, pewarna, bahan beracun , pengawet dan sebagainya yang boleh menyumbang kepada kesihatan yang negatif.
  2. Minum air putih secukupnya - minum air putih yang bersih 2-3 liter sehari sangat baik untuk mencuci keseluruhan dalam badan kita. Elakkan minuman bergas dan yang manis sebaliknya boleh diamalkan jus buah-buahan tanpa gula dan juga susu yang berkhasiat serta mempunyai protein yang tinggi.
  3. Bersenam untuk cergaskan diri - Cergaskan diri, ia mampu mengelakkan pelbagai penyakit selain lain mengurangkan berat badan. Caranya adalah dengan menggantikan penggunaan lift dengan tangga, gunakan waktu rehat untuk berjalan kaki, berjalan kaki ke tempat kerja jika tidak jauh dari rumah, berkebun, dan membuat kerja rumah dengan pantas.
  4. Elakkan dari merokok, tembakau, dadah, dan minuman keras - penggunaan tembakau boleh menyebabkan penyakit kanser. Menguyah tembakau juga boleh menyebabkan kanser gusi dan gigi.Jadi, pastikan anda elak. Merokok dan berada dipersekitaran orang yang merokok atau berasap juga merbahayakan kesihatan. Dadah memang diketahui umum sangat bahaya kerana boleh mengundang HIV. Minuman keras atau alkohol juga bahaya, kerana boleh merosakkan hati dan meningkatkan risiko jantung. Jadi sebolehnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik hindari dari perkara yang boleh merosakkan kesihatan tersebut.
  5. Menjaga kebersihan diri dan menjaga keselamatan makanan - Bagi mengelakkan penyakit berjangkit, anda haruslah menjaga kebersihan diri, contohnya seperti demam selsema. Jika kita tidak membasuh tangan setelah kita menggosok hidung dan mata dan terus sahaja bersentuhan, maka virus akan cepat merebak. Penjagaan makanan agar sentiasa terlindung atau terdedah dengan kuman dan bakteria adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan. Jadi, kita perlu memastikan makanan dari sumber yang bersih untuk di makan.
    Pyramid Makanan
  6. Beriadah atau berehat bersama keluarga - Masa beriadah dan bermain bermain bersama keluarga juga mendorong untuk kita hidup lebih sihat tanpa tekanan. Lepaskan tekanan dengan cara berehat dan beriadah dengan gembira bersama keluarga.
  7. Ambil suplemen/makanan tambahan - Tanpa kita sedari pemakanan kita belum tentu dapat memberikan kita cukup zat dan vitamin. Jadi kita seharusnya mengutamakan pengambilan vitamin2 harian yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan untuk kekal sihat dan bertenaga. Pastikan vitamin kita cukup. Paling utama, amalkan pengambilan antioksidan bagi menguatkan imuniti kita melawan penyakit dan mengurangkan penyakit kanser.
    Bantu Tubuh Badan Anda Sihat dengan Suplemen Kesihatan Yang dijamin Keselamatan penggunaanya
Jadi jelaslah di sini, bahawa makanan sangat mempengaruhi kesihatan manusia. Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, dan hidup aktif kita boleh kekal sihat. Disamping pemakanan kesihatan tambahan untuk membantu. Semoga ia boleh memberi manfaat dan rujukan buat anda semua. 

Junaida Watie - info 019-9895564