"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday 16 October 2014

Tips Menjaga Kesihatan Badan

Kesihatan badan yang baik merupakan impian semua orang. Sihat bermakna sempurna fizikal, mental dan sosial. Kunci utama kesihatan adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat iaiti dari segi pengambilan makanan, aktiviti riadah, pemikiran yang positif. Bagaimana kita ingin mengekalkan kehidupan yang sihat agar kesihatan kita terjamin. Berikut merupakan beberapa tips penjagaan kesihatan yang boleh menjadi panduan untuk kita semua.

Sebelum jue meletakkan tips2 biasa, jue nak kongsikan dulu beberapa tips istimewa dari Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, bolehmenyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.
3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.
4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.
Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.

Unik dan berhemah cara Rasulullah menjaga kesihatan. Info ni bagi jue sangat-sangat bermanfaat untuk kita praktikkan bersama-sama. 

Ok kita sambung dengan tips2 popular yang juga boleh dijadikan panduan bagi menjaga kesihatan.
  1. Dari sudut Pemakanan - Pemakanan yang seimbang amat penting dalam memastikan kesihatan kita terjamin. Disertai dengan kegiatan fizikal, pemakanan adalah yang menentukan berat badan anda.Pemilihan makanan organik adalah sangat-sangat baik untuk memelihara kesihatan.Kenapa organik? kerana organik tidak mempunyai bahan-bahan perisa, pewarna, bahan beracun , pengawet dan sebagainya yang boleh menyumbang kepada kesihatan yang negatif.
  2. Minum air putih secukupnya - minum air putih yang bersih 2-3 liter sehari sangat baik untuk mencuci keseluruhan dalam badan kita. Elakkan minuman bergas dan yang manis sebaliknya boleh diamalkan jus buah-buahan tanpa gula dan juga susu yang berkhasiat serta mempunyai protein yang tinggi.
  3. Bersenam untuk cergaskan diri - Cergaskan diri, ia mampu mengelakkan pelbagai penyakit selain lain mengurangkan berat badan. Caranya adalah dengan menggantikan penggunaan lift dengan tangga, gunakan waktu rehat untuk berjalan kaki, berjalan kaki ke tempat kerja jika tidak jauh dari rumah, berkebun, dan membuat kerja rumah dengan pantas.
  4. Elakkan dari merokok, tembakau, dadah, dan minuman keras - penggunaan tembakau boleh menyebabkan penyakit kanser. Menguyah tembakau juga boleh menyebabkan kanser gusi dan gigi.Jadi, pastikan anda elak. Merokok dan berada dipersekitaran orang yang merokok atau berasap juga merbahayakan kesihatan. Dadah memang diketahui umum sangat bahaya kerana boleh mengundang HIV. Minuman keras atau alkohol juga bahaya, kerana boleh merosakkan hati dan meningkatkan risiko jantung. Jadi sebolehnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik hindari dari perkara yang boleh merosakkan kesihatan tersebut.
  5. Menjaga kebersihan diri dan menjaga keselamatan makanan - Bagi mengelakkan penyakit berjangkit, anda haruslah menjaga kebersihan diri, contohnya seperti demam selsema. Jika kita tidak membasuh tangan setelah kita menggosok hidung dan mata dan terus sahaja bersentuhan, maka virus akan cepat merebak. Penjagaan makanan agar sentiasa terlindung atau terdedah dengan kuman dan bakteria adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan. Jadi, kita perlu memastikan makanan dari sumber yang bersih untuk di makan.
    Pyramid Makanan
  6. Beriadah atau berehat bersama keluarga - Masa beriadah dan bermain bermain bersama keluarga juga mendorong untuk kita hidup lebih sihat tanpa tekanan. Lepaskan tekanan dengan cara berehat dan beriadah dengan gembira bersama keluarga.
  7. Ambil suplemen/makanan tambahan - Tanpa kita sedari pemakanan kita belum tentu dapat memberikan kita cukup zat dan vitamin. Jadi kita seharusnya mengutamakan pengambilan vitamin2 harian yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan untuk kekal sihat dan bertenaga. Pastikan vitamin kita cukup. Paling utama, amalkan pengambilan antioksidan bagi menguatkan imuniti kita melawan penyakit dan mengurangkan penyakit kanser.
    Bantu Tubuh Badan Anda Sihat dengan Suplemen Kesihatan Yang dijamin Keselamatan penggunaanya
Jadi jelaslah di sini, bahawa makanan sangat mempengaruhi kesihatan manusia. Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, dan hidup aktif kita boleh kekal sihat. Disamping pemakanan kesihatan tambahan untuk membantu. Semoga ia boleh memberi manfaat dan rujukan buat anda semua. 

Junaida Watie - info 019-9895564


No comments:

Post a Comment