"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 20 October 2014

Krisis Pemulihan Terhadap Pengambilan Suplemen

Apakah Krisis Pemulihan?

Krisis pemulihan merupakan suatu proses penyembuhan atau pembaikpulihan setelah seseorang itu mengambil apa-apa jenis ubat atau vitamin. Pernah atau tidak mengambil ubat, vitamin atau makanan tambahan dan selepas itu anda mengalami beberapa perkara yang menyakitkan atau pun pelik. Contoh, pening, mual, kencing bertukar warna, sakit pinggang dan banyak lagi jenis penyembuhan mengikut masalah penyakit yang anda alami. Namun, tahukah anda ia hanya sementara sehingga ia serasi dengan tubuh badan anda barulah ia menunjukkan kesan yang baik.


Sesetengah orang akan mengalami suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen dietry. Simptom seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ia merupakan tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen krisis pemulihan terjadi.
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya terjadi untuk beberapa hari, namun tubuh yang lemah tersebut mengambil masa yang lama untuk sembuh dan pulih.


Keadaan ini berpunca dari toksin yang bertimbun dalam tubuh kita seperti sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. 


Jadi, suplemen dietry sangat membantu mmpertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita. Semasa proses detoksifikasi ini berlangsung, kita mungkin mengalami pening, lesu, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan sebagainya.


Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.



Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.



Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. 


Mengapa Ini Terjadi?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) 

Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:
1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik


Semasa proses pemulihan, minumlah air bersih yang cukup dan rehat sepenuhnya serta lebihkan makanan seperti buah-buahan dan sayuran.


Tips hadapi Healing Crisis

Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.
Beberapa krisis pemulihan yang terjadi setelah makan suplemen kesihatan.

Kesimpulannya, proses pemulihan tetap akan berlaku sekiranya anda mengambila suplemen kesihatan. Ingat yer, jangan berhenti dan menganggap ia sebagai kesan buruk ambil suplemen kesihatan. Biasanya mereka yang terus berhenti apabila mengamalkan suplemen kesihatan, masalah kesihatan yang mereka alami akan kekal sampai bila-bila tanpa ada proses penyembuhan. Jika anda nak sembuh anda kena cekal melalui proses penyembuhan dahulu. InshaAllah anda akan lalui dengan mudah jika anda faham.


Junaida Watie ~ whatsapp/sms 019-9895564
http://instagram.com/duta_langsing_dan_cantik
http://www.empayarmarlisha.com/

No comments:

Post a Comment