"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday 30 November 2014

Obesiti

Malaysia memang ramai yang Obesiti

Obesiti merupakan masalah yang sering berlaku pada masyarakat kita di Malaysia. Di Malaysia masalah ini agak kronik dan seharusnya ramai yang sedar tentang bahayanya obesiti terhadap kesihatan manusia. Justeru itu, kita harus peka dan lebih mementingkan kesihatan agar tidak terlibat dalam golongan yang obes ini. Kemungkinan rakyat Malaysia selalu dihidang dengan makanan yang sedap-sedap dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi telah menyebabkan ramai mereka yag lupa untuk menjaga kesihatan badan. Jadi apa kata kita mengenali lebih dekat apa sebenarnya obesiti ini dan setakat mana ia merbahaya untuk kesihatan terutama kepada kesihatan jantung kita.

Selesakah kita berkeadaa seperti ini?

Definasi

Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.

Formula adalah seperti tertera:

BMI = Weight (kg) / Height² (m) ²Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan dalam kilogram dan ukuran ketinggian di dalam meter.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2 atau lebih sebagai obes. Sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan (6).

Walau bagaimana pun risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk Asia berlaku pada tahap BMI yang lebih rendah dari skala yang telah dinyatakan. Penduduk Asia mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat barat pada skala BMI yang sama. 


Klasifikasi Kegemukan (Obesiti)


WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia

KlasifikasiBMI (kg/m2)Risiko Kesihatan
Kurang berat badan<18.5Rendah
Julat normal18.5 - 22.9Risiko meningkat tetapi boleh di terima
Berlebihan berat badan> 23
Pra-Obes23.0 - 27.4Risiko meningkat dengan ketara
Obes 127.5 - 34.9Risiko tinggi
Obes II35.0 - 39.9Risiko sangat tinggi
Obes III> 40.0Risiko terlalu tinggi

Faktor Risiko Kegemukan (Obesiti)


Mengapa obesiti berlaku? Apakah faktor penyumbang kepada obesiti?Faktor risiko obesiti adalah:


  • Umur. Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.

  • Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.

  • Faktor keturunan.

Tidak menjaga pemakanan merupakan  faktor terbesar mengapa obes berlaku

  • Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.

  • Faktor psikologi. Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan emosi.

  • Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.

  • Ubat-ubatanUbat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.


Implikasi Kegemukan (Obesiti)

Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:


  • Diabetes Mellitus

  • Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)

  • Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)

  • Metabolic syndrome

  • Sleep apnoea

  • Penyakit jantung koronari

  • Cerebrovascular disease

  • Kegagalan jantung

  • Tekanan darah tinggi (hypertension)

  • Osteoarthritis

  • Gout


Mengapa Perlu Saringan Kegemukan (Obesiti)

Saringan obesiti adalah perlu kerana dengan menghitung BMI, pesakit boleh mengetahui status kesihatan. Jika BMI berada di skala yang tidak normal, pesakit tersebut boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk mengenal pasti faktor risiko obesiti. Seterusnya pesakit tersebut boleh mengambil langkah mengurangkan berat badan. Jika perlu, pesakit akan di beri rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat obesiti.

Pesakit di galakkan menghitung BMI sekurang-kurangnya 3 – 4 bulan sekali atau setiap kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Penurunan berat badan akan menurunkan BMI dan penyakit kronik yang dihidapi akan lebih mudah di kawal.

Penurunan BMI juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti tersenarai di atas.

Modaliti Saringan Kegemukan (Obesiti)

Pengiraan BMI hanya memerlukan alat penimbang berat badan dan pengukur ketinggian. Berat badan adalah dalam kilogram sementara ketinggian di dalam meter.

Rawatan Dan Pengendalian

Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Terdapat beberapa ubatan obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimana pun, pembedahan juga adalah satu pilihan rawatan dan pakar bedah akan mengendalikan kes-kes obesiti rumit.

Cara Mencegah Kegemukan (Obesiti)

Rawatan-rawatan yang telah dinyatakan hanya akan berjaya jika pesakit mengubah sikap dan menjalankan cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal.

Pengawalan pemakanan boleh di bantu dengan kaunseling oleh pegawai dietetik. Manakala penambahan aktiviti fizikal memerlukan tunjuk ajar dari pegawai pendidikan kesihatan.

Amalan pemakanan yang sederhana dan sesuai dengan menambahkan kadar serat dan mengurangkan lemak serta karbohidrat boleh membantu mengurangkan berat badan.


Aktiviti bersenam membantu membakar kalori dan elak oobesiti

Mengamalkan aktiviti fizikal sederhana (moderate) 60-90 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan BMI bagi mereka yang obes.


Amalkan suplemen minyak ikan dan lecithin untuk kawal berat badan anda

Mengamalkan pengambilan suplemen kesihatan untuk mengawal berat badan. Pengambilan minyak ikan sangat membantu untuk mengawal berat badan, ini kerana ia melancarkan sistem peredaran darah dan membakar lemak yang diambil. Namu anda juga dinasihatkan agar mengurangkan mengurangkan pemakanan berlemak dan bergula untuk mengatasinya. Ambil suplemen atau vitamin seperti lecithin, omegaguard atau detox untuk mengawal berat badan.

Oleh itu, beringatlah kita sebelum menyesal nanti. Amalkan cara hidup yang sihat untuk menjaga dan mengawal lemak serta kalori dalam badan agar tidak terjerumus sebagai golongan yang obes ini.

Jika perlukan bantuan untuk memilih suplemen mengawal berat badan boleh menghubungi jue di sini









No comments:

Post a Comment