"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday 30 November 2014

Tips Mudah Bersalin

Bersalin merupakan proses yang sangat manis buat jue. Dapat rasai kesakitan bersalin merupakan nikmat terbesar bagi seorang ibu. Setiap orang mempunyai pengalaman bersalin tersendiri, ada yang perlu dioperate dan ada yang boleh bersalin dengan normal. Ia bergantung pada keselamatan si ibu dan si anak. Walaubagaimanapun, kesakitan itu hilang bila si ibu dapat melihat anak selepas dilahirkan. 

Mesti teruja nak merasai nikmat bersalin kan?


Sweet sangat bila mengenang saat bersalin, jue baru merasa pengalaman melahrkan 2 princess, kedua-duanya normal. Anak pertama dan kedua berbeza sekali kesakitannya, yang pertama jue menahan kesakitan agak lama hingga hampir 6jam, tetapi mudah dilahirkan hanya 2kali teran..hihi sebab xberapa pandai teran. yang kedua pula sakitnya hanya 2jam, tetapi alahai memang banyak kali teran. Almaklumla baby terlekat tali pusat, risau jugak sebab baby keluar tanpa tangisan tetapi alhamdulillah selamat dan membesar dengan sihat sekarang.

Ok sebenarnya entri kali ini jue nak berkongsi tip-tip mudah bersalin bagi mereka yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi. Banyak amalan dan tips yang boleh diamalkan ketika hamil agar mudah bersalin, antaranya :

1) Mengamalkan buah kurma sepanjang kehamilan.

Makan kurma sepanjang hamil sangat membantu memudahkan proses bersalin, selain itu ia juga boleh melahirkan seorang anak yang baik, penyabar dan santun. Ia juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Jika diambil sebelum berjuang unuk melahirkan kurma dapat memberi tenaga kepada si ibu untuk berjuang. Jadi jangan lupa amalkan makan buah kurma ye.

2) Kurangkan tidur dan waktu berehat.

Orang-orang lama pesan, ibu hamil tidak boleh terlampau berehat. Jika selalu tidur banyak masalah juga yang timbul. Ada yang kata baby besar, dan bila nak bersalin susah sebab badan lemau je banyak sangat berehat, melainkan ibu hamil mempunyai masalah kesihatan yang tidak mengizinkan melakukan aktiviti-aktiviti ringan semasa hamil. Rajin berjalan memang membantu ibu mudah bersalin. Macam jue memang kaki jalan haha bila pegnent memang kaki shopping sampai ngalahkan orang xhamil pulak hihi. Diorang dah lenguh kaki tapi jue tetap maintain xpenat, maybe banyak amik kalsium kot masa hamil tu xlenguh sangat kaki.

3) Rajin membaca al-Quran.

Ibu hamil perlu rajin membaca al-Quran ketika hamil, bacalah surah Maryam, surah Taubah, surah Yusof dan banyak lagi agar Allah memudahkan urusan kita untuk melahirkan nanti. Letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah dan jangan rasa takut kerana Allah ada untuk membantu kita.

Surah-surah  yang baik diamalkan ketika hamil
Selain itu, amalan membaca doa nabi Yunus sangat baik untuk memudahkan proses bersalin.


4) Sayur Bendi

Sayur bendi terdiri dari 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium. Sayur yang berlendir ini dapat membant melancarkan proses bersalin malah ia juga dapat membantu masalah sembelit, diabetes dan jaundis.

Amalkan memakan sayur bendi semasa hamil

5) Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara ni juga sangat membantu melancarkan proses bersalin. Semasa anak kedua jue mengamalkan VCO Tanamera semasa kandungan berusia 9 bulan ke atas, dan jue rasa ia sangat membantu ibu hamil untuk membantu bukaan jalan kelahiran. Banyakkan dos ketika tempoh bersalin sudah dekat.

VCO sangat membantu proses bersalin dengan mudah InshaAllah

6) Telur Ayam Kampung

Menurut petua orang-orang dulu, telur ayam kampung boleh memudahkan proses bersalin. Biasanya ia dicampur dengan air milo dan hasilnya ibu yang hendak bersalin lebih bertenaga dan bukaan jalan juga lancar.

7) Persiapan Mental dan fizikal

Setkan dalam minda agar memikirkan yang baik-baik berlaku ketika proses bersalin. Ibu hamil perlu bersedia agar dapat jalani proses bersalin dengan mudah. sertai juga aktiviti seperti ceramah dan motivasi untuk ibu-ibu yang akan bersalin. 

8) Ketahui teknik meneran dengan betul

Rajin-rajinlah google bagaiman teknik meneran ketika bersalin. Ia dapat membantu kita lebih bersedia dan yakin untuk melahirkan bayi kita nanti.

Pelajari teknik meneran dengan betul

9) Memohon maaf dengan semua orang sebelum memasuki labour room

P]Orang kata jika kita memohon maaf selalu ramai yang akan doakan agar kita senang bersalin, jadi jangan lupa praktikkan juga ye amalan ini.


Rasanya itu sahaja yang jue dapatkan sharekan di sini, semoga ibu-ibu hamil yang bakal melahirkan dapat memanfaatkan buat persediaan anda untuk bersalin dengan lebih mudah serta lancar. Semoga anda semua dapat melahirkan bayi anda dengan mudah. Letakkan pergantungan pada Allah s.wt setelah anda bersedia untuk melahirkan. zikir ikir selalu agar hati dan minda lebih tenang untuk menghampiri proses bersalin itu. 

Junaida Watie

019-9895564

Pengedar Shaklee yang Aktif

Dapatkan Panduan set ibu Hamil dan Panduan Set Bersalin Shaklee di sini





No comments:

Post a Comment