"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, 9 October 2014

Melawan Kanser Dengan Antioksidan

Adakah Kanser mempunyai penawar? Wallahualam, semuanya kuasa Allah. Tugas kita sebagai manusia biasa adalah mencari jalan dan berusaha sedaya boleh untuk mengubati penyakit ini, selebihnya haruslah di serahkan pada Allah s.w.t.

Sebelum ni memang saya xjangka yang akan terjun dalam bidang kesihatan, ingat nak berbisnes je. Tetapi dengan Shaklee saya sedar bahawa sekadar jual produk aje memang tidak cukup, saya sedar yang khidmat nasihat amat perlu bagi menghadapi pesakit-pesakit yang ingin makan suplemen kesihatan bagi merawat penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, cyst, dan lain-lain. Saya perlu kuat untuk menguatkan mereka. Niat saya memang dah berubah, kalau dulu kerana duit kini kerana ingin melihat ramai lagi yang sihat.

Ok berbalik pada tajuk, kenapa saya katakan pengambilan antioksidan banyak membantu untuk kita melawan kanser adalah kerana Antioksidan merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak. Radikal bebas merupakan hasil sampingan daripada proses penjanaan tenaga oleh badan kita. 

Antioksidan mampu melawan dan membunuh kanser
Antioksidan menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas. Radikal bebas juga menyebabkan kolesterol LDL menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerosakan di merata tempat dalam tubuh kita.

Jadi badan memerlukan antioksidan seperti vitamin, mineral dan enzim yang dapat melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan sel disebabkan pengoksidaan bagi memelihara kesihatan tubuh.

Antara contoh antioksidan Vitamin A,C dan E, lycopene, beta carotene dan beberapa lagi.
Sebaik-baiknya kita perlu mendapatkan diet yang kaya dengan antioksidan dalam makanan bagi menjamin pelbagai zat berbanding nutrien khusus dalam satu-satu jenis suplemen.

Jadi bagi menjaga kesihatan kita memerlukan antioksidan setiap hari untuk mengelak dari sel kita rosak dan akhirnya menyebabkan kanser. Untuk pesakit kanser juga digalakkan mengambil antioksidan bagi melawan kanser tersebut. Selain itu juga, dalam islam terdapat beberapa doa dan ayat yang boleh dibaca untuk pesakit kanser. Apa yang penting usaha dan tawakkal pada Yang Maha Esa agar segala sakit dapat dikurangkan InshaAllah.

Info dan sumber adalah dari gabungan artikel-artikel dalam internet.

Junaida Watie
www.empayarmarlisha.com






Wednesday, 8 October 2014

Segmen Bloglist Exchange by Anne Nurain


Dah lama juga xjoin segmen. Maca menarik je segmen bloglist exchange ni. Lagipun memang tengah nak tukar-tukar link blog sekarang sebab baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogger. Harap-harap adalah yang sudi berkenalan dengan Jue yer.. Tq

Pada yang berminat nak join 


Di sini saya tag kan 3 kawan blogger :)




Ok Selamat Bersegmen!

Junaida Watie ( www.empayarmarlisha.com )





Kanser Penyakit Tidak Dijangka

Mendengar penyakit sangat berbahaya kepada semua manusia. Ia terjadi disebabkan beberapa faktor. Pesakit kanser memerlukan motivasi yang kuat untuk terus berjuang untuk hidup. 


Sel-sel kanser yang menyerang sel sihat tubuh manusia

Semua orang takut akan penyakit ini, namun adakah kita sudah menyediakan benteng pertahanan yang kuat untuk mengelak penyakit kanser ini?

 Biasanya kita akan sedar kepentingan untuk menjaga kesihatan setelah kita alami penyakit itu sendiri. Semasa kita sihat kesihatan kita abaikan. Vitamin yang perlu ada dalam setiap tubuh badan manusia juga kita tidak hiraukan. Di bawah ini senarai vitamin yang dapat membantu pertahan tubuh badan kita dari mudah terkena sel-sel kanser.

 Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10, Zink dan antioksidan untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap terbaik.

Ok untuk info semua, ini adalah fakta asas mengenai kanser.


Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

Sel Normal Di Dalam Badan

Tubuh kita terdiri daripada trilion sel hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, berpecah untuk membuat sel-sel baru, dan mati dengan cara yang teratur. Pada tahun-tahun awal kehidupan seseorang, sel-sel normal berpecah dengan lebih cepat untuk membolehkan mereka membesar. Setelah seseorang itu menjadi dewasa, kebanyakan sel berpecah hanya untuk menggantikan sel rosak, sel mati atau untuk membaiki kecederaan.

Bagaimana Kanser Bermula

Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.
Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.
Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.
"Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.

Bagaimana Sel Kanser Merebak

Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.

Jenis Kanser

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium, tulang, kanser kulit dan leukemia.
Penyakit ini akan dinamakan mengikut di mana ia bermula. Sebagai contoh, yang bermula di kolon akan dikenali sebagai kanser kolon. Jika ia telah merebak ke hati, ia dipanggil kanser kolon metastatik, bukan kanser hati. Dalam kes ini, sel kanser yang diambil dari hati akan sama dengan yang terdapat di dalam kolon.

Tumor yang Bukan Kanser

Tumor adalah satu ketulan yang tidak normal atau pengumpulan sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor yang bukan kanser dipanggil benigna. Tumor benigna boleh menyebabkan masalah - ia boleh tumbuh dengan besar dan menekan organ-organ dan tisu-tisu yang sihat. Tetapi ia tidak boleh menyerang tisu-tisu lain. Kerana tidak boleh menyerang, ia juga tidak boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Tumor jenis ini jarang mengancam nyawa.

Rawatan, Ubat dan Penawar Kanser

Terdapat beberapa jenis rawatan, ubat atau penawar untuk kanser. Ketahui bagaimana ia bertindak dan mengapa ia digunakan, dan dapatkan maklumat apa yang boleh diharapkan daripadanya dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada anda jika anda mendapatkannya.
Pembedahan - Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.
Kemoterapi - Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani rawatan kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan daripadanya.
Terapi Radiasi - Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.
Sel Tunjang - Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.
Imunoterapi - Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.
Sumber Dari : Info Kesihatan
Jika diteliti secara keseluruhannya pengambilan antioksidan amat penting untuk menjaga pertahan diri kita daripada penyakit berbahaya ini. Dinasihatkan anda dan juga diri jue ini sendiri mengambil inisiatif menjaga imun badan dengan mengambil suplemen antioksidan ini. Jika anda fikir membazir cuba fikirkan jika tidak ambil dan kawal sekarang adakah berbaloi untuk anda laburkan ang beribu-ribu untuk merawat kanser walaupun anda tahu peratus untuk hidup adalah sangat rendah. Tidak semua yang mengalami penyakit kanser mampu ntuk kembali sihat. Semuanya atas kuasa Allah jua. Kita hanya mampu merancang kesihatan kita namun segalanya ditentua oleh Allah jua. 
Jue mendoakan kita semua semoga beroleh kesihatan sepanjang hayat dan diberi peluang untuk beramal ibadat selagi hayat masih ada.
Sayangi Diri Hiasi Peribadi
Junaida Watie







Tuesday, 7 October 2014

Corat-coret Aidil Adha 2015

Xbanyak cerita pun yang nak dikongsikan masa AidilAdha, gambar pun xsempat nak amik. Tahun ni rasa bersalah pun ada sebab xprepare untuk melakukan ibadah Korban. Biasanya setiap tahun jue dan suami akan memperuntukkan sedikit wang simpanan untuk sebahagian korban, tapi tahun entah kenapa masa ni terlampau pantas berlalu memang xsempat untuk merancang. Namun jue berdoa agar umur dipanjangkan dan dimurahkan rezeki untuk melakukan ibadah korban pada tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya.


Raya pertama balik rumah mentua di Temerloh, mak mentua masak ayam masak kicap, ayam masak rendang dan kari ayam...pendek kata semua ayam hehe. Xsabar masa tu nak balik rumah mak kat jengka mesti meriah sebab adik beradikku memang ramai dan suka buat aktiviti memasak. Suasana di Jengka bila Raya Korban dah tentulah pengagihan daging lembu yang telah dikorbankan di masjid oleh penduduk jengka yang melakukan ibadah korban. Memang seminggulah duk makan daging korban hehe, biasanya ma akan buat sup tulang, daging goreng kunyit, dan rendang daging. Kelakar juga semuanya daging. Haha memang dah adat pun balik raya korban di jengka mesti makan daging.

Raya Korban kedua pula jue dah balik ke jengka, memandangkan ma jue teringin sangat nak buat roti jala, akhirnya jue pun cari juga resepi dalam internet. Nampak resepi roti jala tu ringkas jer, tapi xsangka rasanya betul2 sedap dan menepati selera kami semua. Memang habis 2kilo tepung gandum untuk seluruh keluargaku yang besar. Seronoknya dapat makan bersama keluarga, bukan selalu dapat makan sama-sama macam ni.

Bercakap pasal pengorbanan, jue memang teringat selalu pengorbanan ibu yang selalu buat apa sahaja kehendak anaknya. Sekarang setelah bergelar ibu, jue mengerti dan memahami sangat-sangat perasaan seorang ibu yang selalu ingin melihat anaknya sihat, gembira, dan bahagia. Xsanggup tengok anak-anaknya menderita. Bila dah bergelar ibu memang itulah yang kita akan rasa. Hal diri sendiri sudah tidak begitu penting melainkan  hal untuk membahagiakan anak-anak. Sayang ma, bila balik kampung je sanggup masak apa saja yang anak ma ni suka. Sampaikan setiap kali balik mesti beratku naik balik setelah berdiet di rumah sendiri.

Hai dalam xda cerita panjang juga karangan jue buat ni hihi. Akhirnya, buat korang semua yang membaca ini, ingatlah setiap orang perlu berkorban tak kira atas alasan apa pengorbanan anda itu. Melepaskan sesuatu yang kita sayang juga adalah pengorbanan. Membahagiakan orang lain walaupun kita tersiksa juga adalah pengorbanan. Sesungguhnya pengorbanan itu sungguh mulia di sisi Islam. Selamat Hari Raya Korban semua.

Salam ceria dan kasih sayang dari,

Junaida Watie
Ibu cun 2 princess

Monday, 6 October 2014

Jadual Cuti 2015 Malaysia

Kepada sesiapa yang ingin merancang percutian untuk melancong, buat kenduri kahwin, cuti-cuti Malaysia, bolehlah kita rujuk dalam jadual cuti untuk 2015 punya. Untuk merancang percutian perkara utama yang diperlukan adalah kalendar tahunan bagi mengetahui cuti umum di Malaysia.

Kalendar dan Cuti Tahun 2015
                
Warna                                                 Petunjuk


Kuning                                               Cuti Umum Malaysia
Pink                                                    Cuti Mengikut Negeri


Sumber Rujukan : Informasi-su-Semasa-Hiburan-Sukan-Pendidikan

Jadi, pada mereka yang ingin merancang percutian bolehlah bermula sekarang. Boleh rujuk jadual ini ye sebagaii sumber rujukan anda :)

Ikhlas dari saya,

FB : Junaida Watie
Fanpage : Marlisha Health N Beauty
Instagram : Duta Langsing dan Kurus


Sunday, 5 October 2014

Isu Semasa : isu Jalan Jem dan Kemalangan Jalan Raya

Asal cuti perayaan mesti jalanraya jem terutama di highway Pantai Timur. Raya cina, raya puasa dan Raya Haji adalah musim jem. Pendek kata kalau nak balik menyambut raya, kena balik time orang belum cuti raya barulah aman jalan raya tu. Haha boleh gitu.

Suasan lebuhraya ketika semua orang ingin pulang berhari raya.
Bila jalan jem ni macam-macam perkara yang tidak diingini boleh terjadi, antaranya kemalangan jalan raya dan kereta rosak. Apa yang menyedihkan, ada kemalangan jalan raya yang membawa maut. Ada sesetengah pemandu kenderaan berat bersikap tidak bertolak ansur kerana masing-masing ingin cepat sampai ke destinasi masing. 

Apa yang penting ketika menghadapi situasi jalam jem sebegini adalah dengan memastikan kereta telah diservis terdahulu, ini bagi mengelakkan kerta rosak di tengah lebuhraya. Kalau ada kereta yang rosak bertambah teruklah keadaan jem di situ.

Semalam jue terbaca kes kemalangan jalan raya yang membawa maut, sayu rasa jom kita sama-sama sedekahkan al-fatihah pada mereka yang nahas dalam kemalangan jalan raya tersebut.

Al- Fatihah..


Ni pula sedikit gambar mereka yang terlibat dalam kemalangan semalam semasa ingin pulang berhari raya di kampung.

Melibatkan wanita berusia 20 tahun yang baru menjadi umat Islam..ameen moga syurga tempatNya


Menyayat hati, mengorbankan seorang ibu dan seorang gadis berusia 20 tahun. Dilanggar trellar, sangat menyayat hati bila membaca artikelnya di utusan online
Oleh itu kita semua haruslah berhati-hati ketika memandu, tetapi nak kena ingat juga setiap tragedi yang menimpa mesti ada hikmah disebaliknya. Bersangka baiklah sesama kita, moga mereka semua ditempatkan dalam golongan orang yang beriman, ameen.



Saturday, 4 October 2014

Testimoni Produk Shaklee





Tahukah anda semua Misi utama Shaklee ialah memberikan Kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Setiap produk yang masuk ke dalam setiap produk Shaklee adalah direka khas untuk meningkatkan kesihatan, berfungsi tanpa kompromi, dan mesra alam. Jadi, tidak hairanlah ramai yang dah berjaya dapat kesihatan yang ideal, ramai juga yang semakin cantik dan menawan dengan vitamin Shaklee.

Tak percaya lagi? Sedikit Fakta mengenai Shaklee,

"Shaklee menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan."

Jue yakin dan pasti xsemua syarikat suplemen yang menjalankan ujian yang sebegitu seperti Shaklee, jadi tidak hairankan produk Shaklee sangat Selamat, Semulajadi dan Berkesan.

Jadi sebagai membuktikan bahawa produk Shaklee ini betul-betul berkesan, mari kita lihat beberapa testimoni daripada pengguna-pengguna Produk Shaklee.

Testimoni Untuk Set Menyusu
Guna ESP Shaklee untuk menyusu tapi dapat kelebihan di wajahnya yang semakin gebu dan berseri.
Testimoni Esp SHaklee Lagi

Testimoni Ibu Menyusu
Set Menyusu
Masalah kulit tiada dengan ESP
Minum ESP boleh Kurus
Set Kecantikan Shaklee
Testimoni Kesuburan,
Nampak gayanya ramai yang dah tangkap cintan sama ESP Shaklee. Termasuk saya juga hehe.

Sekian saje untuk testimon kali ini. jika ada penambahan saya akan update dari semasa ke semasa.

Hubungi Talian Hotline 019-9895564 untuk info lanjut tentang Vitamin semulajadi Shaklee :)
.