"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday 5 October 2014

Isu Semasa : isu Jalan Jem dan Kemalangan Jalan Raya

Asal cuti perayaan mesti jalanraya jem terutama di highway Pantai Timur. Raya cina, raya puasa dan Raya Haji adalah musim jem. Pendek kata kalau nak balik menyambut raya, kena balik time orang belum cuti raya barulah aman jalan raya tu. Haha boleh gitu.

Suasan lebuhraya ketika semua orang ingin pulang berhari raya.
Bila jalan jem ni macam-macam perkara yang tidak diingini boleh terjadi, antaranya kemalangan jalan raya dan kereta rosak. Apa yang menyedihkan, ada kemalangan jalan raya yang membawa maut. Ada sesetengah pemandu kenderaan berat bersikap tidak bertolak ansur kerana masing-masing ingin cepat sampai ke destinasi masing. 

Apa yang penting ketika menghadapi situasi jalam jem sebegini adalah dengan memastikan kereta telah diservis terdahulu, ini bagi mengelakkan kerta rosak di tengah lebuhraya. Kalau ada kereta yang rosak bertambah teruklah keadaan jem di situ.

Semalam jue terbaca kes kemalangan jalan raya yang membawa maut, sayu rasa jom kita sama-sama sedekahkan al-fatihah pada mereka yang nahas dalam kemalangan jalan raya tersebut.

Al- Fatihah..


Ni pula sedikit gambar mereka yang terlibat dalam kemalangan semalam semasa ingin pulang berhari raya di kampung.

Melibatkan wanita berusia 20 tahun yang baru menjadi umat Islam..ameen moga syurga tempatNya


Menyayat hati, mengorbankan seorang ibu dan seorang gadis berusia 20 tahun. Dilanggar trellar, sangat menyayat hati bila membaca artikelnya di utusan online
Oleh itu kita semua haruslah berhati-hati ketika memandu, tetapi nak kena ingat juga setiap tragedi yang menimpa mesti ada hikmah disebaliknya. Bersangka baiklah sesama kita, moga mereka semua ditempatkan dalam golongan orang yang beriman, ameen.



No comments:

Post a Comment