"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday 7 October 2014

Corat-coret Aidil Adha 2015

Xbanyak cerita pun yang nak dikongsikan masa AidilAdha, gambar pun xsempat nak amik. Tahun ni rasa bersalah pun ada sebab xprepare untuk melakukan ibadah Korban. Biasanya setiap tahun jue dan suami akan memperuntukkan sedikit wang simpanan untuk sebahagian korban, tapi tahun entah kenapa masa ni terlampau pantas berlalu memang xsempat untuk merancang. Namun jue berdoa agar umur dipanjangkan dan dimurahkan rezeki untuk melakukan ibadah korban pada tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya.


Raya pertama balik rumah mentua di Temerloh, mak mentua masak ayam masak kicap, ayam masak rendang dan kari ayam...pendek kata semua ayam hehe. Xsabar masa tu nak balik rumah mak kat jengka mesti meriah sebab adik beradikku memang ramai dan suka buat aktiviti memasak. Suasana di Jengka bila Raya Korban dah tentulah pengagihan daging lembu yang telah dikorbankan di masjid oleh penduduk jengka yang melakukan ibadah korban. Memang seminggulah duk makan daging korban hehe, biasanya ma akan buat sup tulang, daging goreng kunyit, dan rendang daging. Kelakar juga semuanya daging. Haha memang dah adat pun balik raya korban di jengka mesti makan daging.

Raya Korban kedua pula jue dah balik ke jengka, memandangkan ma jue teringin sangat nak buat roti jala, akhirnya jue pun cari juga resepi dalam internet. Nampak resepi roti jala tu ringkas jer, tapi xsangka rasanya betul2 sedap dan menepati selera kami semua. Memang habis 2kilo tepung gandum untuk seluruh keluargaku yang besar. Seronoknya dapat makan bersama keluarga, bukan selalu dapat makan sama-sama macam ni.

Bercakap pasal pengorbanan, jue memang teringat selalu pengorbanan ibu yang selalu buat apa sahaja kehendak anaknya. Sekarang setelah bergelar ibu, jue mengerti dan memahami sangat-sangat perasaan seorang ibu yang selalu ingin melihat anaknya sihat, gembira, dan bahagia. Xsanggup tengok anak-anaknya menderita. Bila dah bergelar ibu memang itulah yang kita akan rasa. Hal diri sendiri sudah tidak begitu penting melainkan  hal untuk membahagiakan anak-anak. Sayang ma, bila balik kampung je sanggup masak apa saja yang anak ma ni suka. Sampaikan setiap kali balik mesti beratku naik balik setelah berdiet di rumah sendiri.

Hai dalam xda cerita panjang juga karangan jue buat ni hihi. Akhirnya, buat korang semua yang membaca ini, ingatlah setiap orang perlu berkorban tak kira atas alasan apa pengorbanan anda itu. Melepaskan sesuatu yang kita sayang juga adalah pengorbanan. Membahagiakan orang lain walaupun kita tersiksa juga adalah pengorbanan. Sesungguhnya pengorbanan itu sungguh mulia di sisi Islam. Selamat Hari Raya Korban semua.

Salam ceria dan kasih sayang dari,

Junaida Watie
Ibu cun 2 princess

No comments:

Post a Comment