"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, 27 October 2014

Testimoni Shaklee Ostematrix.

Hari ni nak share beberapa pengguna ostmatrix yang telah berjaya berkesan setelah menggunakan kalsium shaklee ini. 

Untuk makluman semua saya juga pengguna tegar Ostematrix. Rasanya xdelah sesedap nasi lemak hihi..alah biasalah dah nama pun pil kalsium dah tentu rasa susu berbentuk tablet kan. So nak sihat kita telan jelah. Biasa jue amik 4biji sebelum tidur, bila bangun dari tidur automatik rasa nak melabur hehe. Rasa bestla bila bangun pagi lebih mudah dan bila dah membuang tu rasa perut selesa sangatlah. Pendek kata memang bestlah makan oste ni. Xperlu dah nak minum susu 4-8 gelas sehari untuk mendapat kalsium yang cukup. Jadi jomla kita jenguk apa kata pengguna-pengguna yang lain.

Testimoni Ostematrix

Testimoni sakit sendi dan tulang bersama tablet AJHT

Testimoni untuk ibu menyusu

Kurangkan  migrain

Hilang lenguh time Period

Baik untuk gigi yang kuat

Ibu Hamil sangat perlu kalsium 

Baik untuk sakit atasi gout juga


Ibu Hamil semakin aktif dengan ostematrix

Baik untuk melegakan cirit birit

Testimoni kesihatan gigi bertambah baik

Ohsem..rahim cepat kecut


testimoni sakit sendi

Seronok kan tengok pengguna ini berpuas hati dengan keberkesanan Ostematrix. Korang pun cubalah. Harga xmahal mana jika dibangding dengan khasiat yang banyak kita dapat. Jadi sesiapa yang nak dapatkan nya boleh hubungi saya ye.

Junaida Watie 019-9895564
My Instagram



Sunday, 26 October 2014

Kenapa Saya Suka Vitamin C?

Bila sebut pasal vitamin C, teringat masa kecil-kecil dulu selalu mak bagi buah limau. mak cakap dalam buah limau ada vitamin C bagus untu elak selsema dan demam. Bila dah besar ni, saya pula yang bagi mak vitamin C berbentuk tablet. Hihi seronoknya masa kecil dulu kan, mak jaga kita, beri makan pakai cukup, walaupun mak xkaya tapi mak tetap jaga kita dengan baik. Saya sayang mak sebab tu saya bagi mak hadiah suplemen kesihatan termasuk vitamin C.












Nak Cantik kena amalkan Buah limau banyak2 tau kalau xlarat makan banyak2 makan aje tablet vita c plus shaklee

Tapi saya hanya bagi Vitamin C dari Shaklee sahaja sebab bagi saya ia sangat selamat, halal, berkesan dan semulajadi. 
Banyak khasiat vita-C plus shaklee ni, selalu membantu saya untuk kembali sihat dari demam dan selsema.
Jom kita semak balik apa khasiatnya Vita-C plus Shaklee kepada kita semua.


1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik sepertiatherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.



6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggijika mempunyai keracunan plumbum.



7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C bolehmengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagaibahan bakar untuk kurangkan berat badan.

Boleh kuruskan badan juga jika ingin kurus
8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.



9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi butadikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi bolehmenghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.



10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsiadrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.



12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.

Vita C Plus Shaklee mengelak sakit jantung
13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.



14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.

Kebaikan Vitamin C untuk kulit

Vita C juga Membantu untuk mendapatkan kulit sihat

15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.



16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadigebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.



17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligusmenyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.


19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin Cmembantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Vita C untuk kesihatan Rambut

Vita C jua membantu kita mendapat kulit dan rambut yang sihat
20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.



21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.



22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untukmengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.



23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.



25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

Jadi rasanya itu sahaja yang saya boleh kongsikan tentang manfaat dari vitamin C terutamanya dari vita C Plus Shaklee. Jujur saya katakan kalau di rumah saya tiada vitamin C Shaklee rasa macam xlengkap hidup ini. Ini kerana ia telah banyak berbakti kepada saya dalam melegakan demam selsema dan masalah kulit kering yang dulu kini dah tiada dengan vita C Shaklee. Jadi apa kata korang semua cuba rasa kesannya yang Luar Biasa Hebat ini.

Sekian dari

Junaida Watie  019-9895564
My Ig di sini....





Saturday, 25 October 2014

Apa penyebab teman tidur anda Berdengkur?

Malam ni nak saya nak berkongsi tentang topik yang saya bincangkan dengan group Fighters di whatsapp. Topiknya adalah mengenai gejala berdengkur yang dialami oleh sesetengah orang. Adakah ia berbahaya atau sebaliknya kepada individu yang mengalaminya. Lelaki atau perempuan sudah semestinya ada yang alami masalah ini kan, mari kita kupas beberapa faktor penyebab berlakunya dengkur ini.


Berdengkur ialah gejala Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu laluan udara dari hidung dan mulut tersekat ketika tidur. Kita bernafas menerusi hidung dan mulut dan halangan pada saluran pernafasan itu akan menyebabkan seseorang berdengkur. 

Faktor lain OSA dalam kalangan dewasa: 

1. Pengambilan ubatan tertentu 
2. Ubat anti depresi 
3. Ubat tidur 
4. Alkohol 
5. Merokok 
6. Berat badan berlebihan

Antara gejala OSA dalam kalangan dewasa ialah kurang fokus, sentiasa mengantuk, terutama ketika menghadiri mesyuarat atau memandu, malah OSA boleh menyebabkan individu terbabit terlelap ketika berhenti di lampu isyarat. Penderita OSA mudah pening di waktu pagi dan rasa tidak puas tidur dan sentiasa rasa ingin tidur. 

Risiko OSA: 

1. Lemah jantung 
Ini berlaku apabila otak menyampaikan mesej tidak cukup oksigen, menyebabkan jantung mengepam lebih kuat. Kuantiti oksigen yang diperlukan tidak mencukupi disebabkan wujud halangan pada saluran pernafasan. 

2. Darah tinggi 
3. Angin ahmar 
4. Emosi tidak stabil dan cepat marah 
5. Lesu dan tidak fokus 
6. Kerap Letih

 TERDAPAT 10 FAKTA TENTANG BERDENGKUR..

Apakah anda salah seorang yang suka berdengkur?? atau anda mempunyai pasangan atau keluarga yang suka berdengkur??

1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur.
-Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.

2. Lelaki lebih banyak berdengkur.
- Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan. Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.

3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur.
- Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.

4. Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur.
- Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.

5. Kelebihan berat badan menyebabkan berdengkur. Kelebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.

6. Pil tidur dan obat penenang menambah resiko berdengkur. Ubat-Ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.

7. Wanita berumur 50an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut. Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. Hanya 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%.Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.

8. Berdengkur menandakan penyakit.
- Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur.Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya.Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.

9. Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel.
- Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya.

10. Merokok menyebabkan berdengkur.
- Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur.

CARA MENGATASI MASALAH BERDENGKUR

[ Ubah Posisi Tidur ]
Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

[ Turunkan berat Badan ]
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang  tebal dan berkemungkinan
menyebabkan  risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.


[ Hindari Ubat Penenang/Sedatif ]
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.


[Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur]
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.

[Habuk]

Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.

Namun shaklee ada jgk supliment utk masalah ini

[ VITAMIN E ]
mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.

[ LECITHIN ]
Lecithin merupakan pemecah dan pembakar lemak seperti yang kita tahu,berat badan berlebihan menyebabkan kite berisiko tinggi untuk berdengkur.jadi?kurangkan berat badan itu sangat penting kannnn?

Jadi bagi yang nak cuba atasi masalah berdengkur dengan vitamin shaklee bolehla cuba vita e dan vita c ini ye.

Hubungi : Junaida Watie. 0199895564
Ig : Duta Langsing dan cantik
Hantar percuma diKajang dan semenyih dan pos laju seluruh Malaysia.


Apakah PCOS?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni lambat sikit update blog, badan xsihat. Dalam proses recovered dari demam dan selsema. Masa ni memang xtinggallah vitamin untuk menguatkan antibodi melawan penyakit, antara yang saya amal masa sakit ni adalah, vit c plus diambil 2biji setiap jam, nutriferon 2sachet sehari, dan b compleks..kadang2 tu ambik garlic 2biji. Tu cerita bila badan ni xsihat. 


Namun isi entri kali ini adalah mengenai PCOS. Apakah itu PCOS?

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) atau Sindrom Ovari Polisistik adalah penyakit hormon yang melibatkan sistem reproduktif wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka. Apabila wanita yang mengalami masalah hormon, kemungkinan besar mereka berisiko untuk mengalami PCOS.


PCOS adalah masalah endokrin yang utama wanita. PCOS adalah punca utama 80% wanita mengalami infertiliti yang disebabkan oleh kegagalan ovulasi. Adalah dianggarkan 100% wanita mengalami PCOS dan kalau ultrasound digunakan sebagai kriteria PCOS, peratusannya lebih tinggi iaiti 20%-30%.


Apakah kriteria-kriteria simptom-simptom?

  • Ketidaktentuan atau tiada ovulasi. - Ini selalunya dengan kitaran haid yang tidak menentu. Kitaran panjang (>42 hari), darah turun berlebihan dan panjang. Pendarahan haid yang banyak boleh menyebabkan anemia.
  • Terdapatnya ciri-ciri "hyperandrorgenism" sama secara klinikal atau ujian darah.- Hyperandrogenism adalah keadaan di mana seseorang itu  mempunyai paras hormon androgen/testosterone (hormon lelaki) yang tinggi dalam darah. Secara klinikalnya, wanita ini mempunyai masalah jerawat, alopecia (rambut botak) dan hirsutism (bulu-buluu halus berlebihan di muka, dada dan perut). Kalau ujian darah dilakukan seperti serum Testosterone menunjukkan parasnya tinggi.
  • Ultrasound menunjukkan ovari-ovari mempunyai banyak cyst-cyst kecil (purata 1cm) berkumpul dipinggir dinding ovari membentuk satu rangkaian kalung mutiara.

Apakah kompilasi-kompilasi atau masalah-masalah berkaitan dengan PCOS?

  • Komplikasi masa pendek - masalah kitaran haid tidak normal termasuklah haid berhenti, masalah hirsutism dan masalah kesuburan infertiliti
  • Komplikasi panjang - obesiti, masalah metabolic dan rintangan insulin kolestrol tinggi, sakit jantung serta diabetes.
  • Semasa mengandung - darah tinggi dan hyperplasia dinding rahim yang boleh menyebabkan kanser rahim.

Cara Mengatasi PCOS

Salah satu punca PCOS adalah baka atau genetik, maka tiada rawatan khusus untuk PCOS tetapi ia masih boleh dikawal dengan cara:
  • mengurangkan berat badan
  • makan banyak buah-buahan dan sayur ulam dan menjauhkan diri dari makan junk food, fast food dan makanan yang banyak pengawet
  • pilih cara gaya hidup sihat, banyakkan senaman
  •  mengambil suplemen yang sesuai

Suplemen Shaklee yang sesuai untuk penghidap PCOS

  1. Vitalea Iron Formula
  2. B complex
  3. Zink complex
  4. Omegaguard
  5. GLA complex.

Untuk mendapatkan suplemen-suplemen anda boleh hubungi saya Pengedar terbesar di Kajang dan Semenyih melalui talian 019-9895564 (sms/whatsapp/instagram)

Junaida Watie
SID Selangor
930073
my Ig : Duta Langsing dan Cantik


Friday, 24 October 2014

Salam Maal Hijrah 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Salam Maal Hijrah Buat Semua Umat Islam

Alhamdulillah kita bakal memasuki Tahun Baru Islam, Salam Maal hijrah diucapkan buat semua umat Islam di atas muka bumi Allah ini. 

Bila bercerita tentang tahun baru Islam, pernah tak kita imbas kembali apa perkara yang paling baik pernah kita lakukan sepanjang kita hidup?

Jujur saya katakan saya bukanlah insan yang baik, namun saya selalu berusaha untuk menjadi baik seperti orang lain yang menuju jalan Allah. 

Bila saya imbas kembali saya dulu-dulu, saya rasa saya sungguh jahil, saya begitu seronok menikmati nikmat yang Allah berikan sehingga saya lupa saya ni adalah Hak Allah. Saya leka dengan barang-barang branded, saya leka tentang aurat, saya leka tantang tanggungjawap seorang ibu dan isteri yang baik, saya juga leka tanggungjawap seorang anak, seorang menantu, juga yang paling penting saya leka sebagai umat Islam. Selalu aje melakukan dosa, lepas tu saya buat-buat lupa untuk bertaubat walhal saya tahu saya berdosa. Astagfirullahal Azim..


Saya tak tahu sejak bila, namun apa yang saya perasan bisnes yang saya lakukan sekarang banyak merubah 99% hidup saya. Saya menjadi seorang yang lebih sabar, tabah, hilang perasaan benci, memaafkan orang yang menyakiti hati saya dengan mudah, lebih baik hubungan sesama manusia, bijak mengawal emosi, tidak terlalu demand dengan suami (hihi)alhamdulillah yang ni, berperasangka baik walaupun kadang2 pada awalnya geram (inshaAllah akan diperbaiki), berpakaian pun sekarang ni kurang selesa pula dengan pakaian ketat2, Ya Allah Alhamdulillah. Nikmat yang Kau Turunkan ini sangat2 ku syukuri. Kerana memberi ruang padaKu untuk berubah menjadi lebih baik daripada diriku yang lepas.


Bukanlah nak mengaibkan diri sendiri, tapi saya rasa bersyukur sangat2 kerana saya diberi peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Kadang2 bila imbas kembali memang syahdu sehingga tak mampu menahan airmata ini dari jatuh. 

Kalau dulu mulut ini jarang sekali untuk berzikir sekarang alhamdulillah setiap pagi saya mesti teringat untuk berzikir, berdoa dan solat sunat. 

Kalau dulu saya bukan seorang pemaaf tetapi kini alhamdulillah saya mengerti saya tak layak untuk tidak memaafkan sesiapa yang menyakiti hati saya. 

Kalau dulu mulut ini jarang menyedekahkan Al-fatihah buat sekarang alhamdulillah sekurang2nya saya tidak lupa untuk berbuat sedemikian.

Sesungguhnya setiap yang berlaku sudah ditakdirkan olehNya. Jika kita terpesong maka cepat2 lah berubah sebelum berjumpa denganNya. 

Nikmatilah dunia ini dengan rasa bersyukur dan berhijrahlah ke arah yang lebih baik inshaAllah.


Nurkilan ikhlas dari saya,

SID Junaida Watie (930073) - 019-9895564
My Instagram

Kisah anakku yang menyayat hati

Thursday, 23 October 2014

Lactabumin Membantu Tumbesaran Anak-Anak


Tahukah anda untuk membantu tumbesaran anak-anak kecil, ibu dan bapa perlu memberi susu yang mengandungi Lactabumin. Kenapa ye kena ada Lactabumin? 

Lactabumin biasanya dirumus dalam susu formula kanak-kanak kerana ia sangat membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan pintar.


Sebabnya lactabumin itu merupakan protein yang dihasilkan oleh 8 komponen protein. Ia juga merupakan protein premier dalam susu ibu dan yang kedua melimpah dalam susu lembu. Turut hadir dalam protein ini adalah asid amino cystene. Kompaun ini berfungsi untuk meningkatkansistem imun. 


Kelebihan Lactabumin adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang selera makan menambahkan seleranya serta meningkatkan berat dan perkembangan normal anak anda. Selain itu, ia juga membantu bayi yang dilahirkan pra-matang supaya pertumbuhannya berkembang dengan pesat. 

Tahukah anda dalam Mealshakes mengandungi Lactabumin? No wonder la banyak testimoni kanak-kanak selepas minum mealshakes bertambah selera makan. 

Menambah selera makan sengan mealshakes

Mealshakes Terbaik

Banyak membantu ibu-ibu pikat hati si kecil untuk berselera makan
Boleh tengok banyak lagi testimoni mealshakes di sini_____

Apa yang paling istimewa dan penting Mealshakes merupakan multivitamin yang sihat dan selamat untuk diminum oleh anak-anak anda.


DAPATKAN MEALSHAKES SEMENTARA TENGAH PROMO HEBAT BULAN INI.
BELI 3 DAPAT PERCUMA 1
BELI 6 PERCUMA 2
BELI 1 DAPAT 1

HUBUNGI:
SHAKLEE ID 930073


Kisah Anakku Yang Menyayat Hati