Malam ni nak saya nak berkongsi tentang topik yang saya bincangkan dengan group Fighters di whatsapp. Topiknya adalah mengenai gejala berdengkur yang dialami oleh sesetengah orang. Adakah ia berbahaya atau sebaliknya kepada individu yang mengalaminya. Lelaki atau perempuan sudah semestinya ada yang alami masalah ini kan, mari kita kupas beberapa faktor penyebab berlakunya dengkur ini.
Berdengkur ialah gejala Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu laluan udara dari hidung dan mulut tersekat ketika tidur. Kita bernafas menerusi hidung dan mulut dan halangan pada saluran pernafasan itu akan menyebabkan seseorang berdengkur.
Faktor lain OSA dalam kalangan dewasa:
1. Pengambilan ubatan tertentu
2. Ubat anti depresi
3. Ubat tidur
4. Alkohol
5. Merokok
6. Berat badan berlebihan
Antara gejala OSA dalam kalangan dewasa ialah kurang fokus, sentiasa mengantuk, terutama ketika menghadiri mesyuarat atau memandu, malah OSA boleh menyebabkan individu terbabit terlelap ketika berhenti di lampu isyarat. Penderita OSA mudah pening di waktu pagi dan rasa tidak puas tidur dan sentiasa rasa ingin tidur.
Risiko OSA:
1. Lemah jantung
Ini berlaku apabila otak menyampaikan mesej tidak cukup oksigen, menyebabkan jantung mengepam lebih kuat. Kuantiti oksigen yang diperlukan tidak mencukupi disebabkan wujud halangan pada saluran pernafasan.
2. Darah tinggi
3. Angin ahmar
4. Emosi tidak stabil dan cepat marah
5. Lesu dan tidak fokus
6. Kerap Letih
TERDAPAT 10 FAKTA TENTANG BERDENGKUR..
Apakah anda salah seorang yang suka berdengkur?? atau anda mempunyai pasangan atau keluarga yang suka berdengkur??
1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur.
-Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.
2. Lelaki lebih banyak berdengkur.
- Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan. Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.
3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur.
- Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.
4. Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur.
- Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.
5. Kelebihan berat badan menyebabkan berdengkur. Kelebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.
6. Pil tidur dan obat penenang menambah resiko berdengkur. Ubat-Ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.
7. Wanita berumur 50an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut. Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. Hanya 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%.Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.
8. Berdengkur menandakan penyakit.
- Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur.Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya.Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.
9. Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel.
- Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya.
10. Merokok menyebabkan berdengkur.
- Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur.
CARA MENGATASI MASALAH BERDENGKUR
[ Ubah Posisi Tidur ]
Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.
[ Turunkan berat Badan ]
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan berkemungkinan
menyebabkan risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.
[ Hindari Ubat Penenang/Sedatif ]
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.
[Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur]
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.
[Habuk]
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.
Namun shaklee ada jgk supliment utk masalah ini
[ VITAMIN E ]
mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.
[ LECITHIN ]
Lecithin merupakan pemecah dan pembakar lemak seperti yang kita tahu,berat badan berlebihan menyebabkan kite berisiko tinggi untuk berdengkur.jadi?kurangkan berat badan itu sangat penting kannnn?
Jadi bagi yang nak cuba atasi masalah berdengkur dengan vitamin shaklee bolehla cuba vita e dan vita c ini ye.
Hubungi : Junaida Watie. 0199895564
Ig : Duta Langsing dan cantik
Hantar percuma diKajang dan semenyih dan pos laju seluruh Malaysia.
Saya merupakan pengedar sah Shaklee di Malaysia. Hubungi saya Jue@Watie di 019-9895564 untuk sebarang order dan pertanyaan produk. Untuk area Kajang dan Semenyih, percuma pernghantaran. Anda akan dapat pelbagai tawaran istimewa jika mendapatkan dari saya.Terima kasih.
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Saturday, 25 October 2014
Apakah PCOS?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni lambat sikit update blog, badan xsihat. Dalam proses recovered dari demam dan selsema. Masa ni memang xtinggallah vitamin untuk menguatkan antibodi melawan penyakit, antara yang saya amal masa sakit ni adalah, vit c plus diambil 2biji setiap jam, nutriferon 2sachet sehari, dan b compleks..kadang2 tu ambik garlic 2biji. Tu cerita bila badan ni xsihat.
Namun isi entri kali ini adalah mengenai PCOS. Apakah itu PCOS?
Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) atau Sindrom Ovari Polisistik adalah penyakit hormon yang melibatkan sistem reproduktif wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka. Apabila wanita yang mengalami masalah hormon, kemungkinan besar mereka berisiko untuk mengalami PCOS.
PCOS adalah masalah endokrin yang utama wanita. PCOS adalah punca utama 80% wanita mengalami infertiliti yang disebabkan oleh kegagalan ovulasi. Adalah dianggarkan 100% wanita mengalami PCOS dan kalau ultrasound digunakan sebagai kriteria PCOS, peratusannya lebih tinggi iaiti 20%-30%.
Apakah kriteria-kriteria simptom-simptom?
- Ketidaktentuan atau tiada ovulasi. - Ini selalunya dengan kitaran haid yang tidak menentu. Kitaran panjang (>42 hari), darah turun berlebihan dan panjang. Pendarahan haid yang banyak boleh menyebabkan anemia.
- Terdapatnya ciri-ciri "hyperandrorgenism" sama secara klinikal atau ujian darah.- Hyperandrogenism adalah keadaan di mana seseorang itu mempunyai paras hormon androgen/testosterone (hormon lelaki) yang tinggi dalam darah. Secara klinikalnya, wanita ini mempunyai masalah jerawat, alopecia (rambut botak) dan hirsutism (bulu-buluu halus berlebihan di muka, dada dan perut). Kalau ujian darah dilakukan seperti serum Testosterone menunjukkan parasnya tinggi.
- Ultrasound menunjukkan ovari-ovari mempunyai banyak cyst-cyst kecil (purata 1cm) berkumpul dipinggir dinding ovari membentuk satu rangkaian kalung mutiara.
Apakah kompilasi-kompilasi atau masalah-masalah berkaitan dengan PCOS?
- Komplikasi masa pendek - masalah kitaran haid tidak normal termasuklah haid berhenti, masalah hirsutism dan masalah kesuburan infertiliti
- Komplikasi panjang - obesiti, masalah metabolic dan rintangan insulin kolestrol tinggi, sakit jantung serta diabetes.
- Semasa mengandung - darah tinggi dan hyperplasia dinding rahim yang boleh menyebabkan kanser rahim.
Cara Mengatasi PCOS
Salah satu punca PCOS adalah baka atau genetik, maka tiada rawatan khusus untuk PCOS tetapi ia masih boleh dikawal dengan cara:
- mengurangkan berat badan
- makan banyak buah-buahan dan sayur ulam dan menjauhkan diri dari makan junk food, fast food dan makanan yang banyak pengawet
- pilih cara gaya hidup sihat, banyakkan senaman
- mengambil suplemen yang sesuai
Cara Mengatasi PCOS
Salah satu punca PCOS adalah baka atau genetik, maka tiada rawatan khusus untuk PCOS tetapi ia masih boleh dikawal dengan cara:
- mengurangkan berat badan
- makan banyak buah-buahan dan sayur ulam dan menjauhkan diri dari makan junk food, fast food dan makanan yang banyak pengawet
- pilih cara gaya hidup sihat, banyakkan senaman
- mengambil suplemen yang sesuai
Suplemen Shaklee yang sesuai untuk penghidap PCOS
- Vitalea Iron Formula
- B complex
- Zink complex
- Omegaguard
- GLA complex.
Untuk mendapatkan suplemen-suplemen anda boleh hubungi saya Pengedar terbesar di Kajang dan Semenyih melalui talian 019-9895564 (sms/whatsapp/instagram)
![]() |
| Junaida Watie SID Selangor 930073 my Ig : Duta Langsing dan Cantik |
Labels:
Cara atasi,
PCOS,
Punca-punca PCOS,
set Shaklee terbaik
Location:
Malaysia
Friday, 24 October 2014
Salam Maal Hijrah 2014
Assalamualaikum dan selamat pagi semua
![]() |
| Salam Maal Hijrah Buat Semua Umat Islam |
Alhamdulillah kita bakal memasuki Tahun Baru Islam, Salam Maal hijrah diucapkan buat semua umat Islam di atas muka bumi Allah ini.
Bila bercerita tentang tahun baru Islam, pernah tak kita imbas kembali apa perkara yang paling baik pernah kita lakukan sepanjang kita hidup?
Jujur saya katakan saya bukanlah insan yang baik, namun saya selalu berusaha untuk menjadi baik seperti orang lain yang menuju jalan Allah.
Bila saya imbas kembali saya dulu-dulu, saya rasa saya sungguh jahil, saya begitu seronok menikmati nikmat yang Allah berikan sehingga saya lupa saya ni adalah Hak Allah. Saya leka dengan barang-barang branded, saya leka tentang aurat, saya leka tantang tanggungjawap seorang ibu dan isteri yang baik, saya juga leka tanggungjawap seorang anak, seorang menantu, juga yang paling penting saya leka sebagai umat Islam. Selalu aje melakukan dosa, lepas tu saya buat-buat lupa untuk bertaubat walhal saya tahu saya berdosa. Astagfirullahal Azim..
Saya tak tahu sejak bila, namun apa yang saya perasan bisnes yang saya lakukan sekarang banyak merubah 99% hidup saya. Saya menjadi seorang yang lebih sabar, tabah, hilang perasaan benci, memaafkan orang yang menyakiti hati saya dengan mudah, lebih baik hubungan sesama manusia, bijak mengawal emosi, tidak terlalu demand dengan suami (hihi)alhamdulillah yang ni, berperasangka baik walaupun kadang2 pada awalnya geram (inshaAllah akan diperbaiki), berpakaian pun sekarang ni kurang selesa pula dengan pakaian ketat2, Ya Allah Alhamdulillah. Nikmat yang Kau Turunkan ini sangat2 ku syukuri. Kerana memberi ruang padaKu untuk berubah menjadi lebih baik daripada diriku yang lepas.
Bukanlah nak mengaibkan diri sendiri, tapi saya rasa bersyukur sangat2 kerana saya diberi peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Kadang2 bila imbas kembali memang syahdu sehingga tak mampu menahan airmata ini dari jatuh.
Kalau dulu mulut ini jarang sekali untuk berzikir sekarang alhamdulillah setiap pagi saya mesti teringat untuk berzikir, berdoa dan solat sunat.
Kalau dulu saya bukan seorang pemaaf tetapi kini alhamdulillah saya mengerti saya tak layak untuk tidak memaafkan sesiapa yang menyakiti hati saya.
Kalau dulu mulut ini jarang menyedekahkan Al-fatihah buat sekarang alhamdulillah sekurang2nya saya tidak lupa untuk berbuat sedemikian.
Sesungguhnya setiap yang berlaku sudah ditakdirkan olehNya. Jika kita terpesong maka cepat2 lah berubah sebelum berjumpa denganNya.
Nikmatilah dunia ini dengan rasa bersyukur dan berhijrahlah ke arah yang lebih baik inshaAllah.
Nurkilan ikhlas dari saya,
![]() |
| SID Junaida Watie (930073) - 019-9895564 My Instagram |
Kisah anakku yang menyayat hati
Labels:
Alhamdulillah,
Kisah Penghijrahanku,
Maal hirah 2014
Location:
Malaysia
Thursday, 23 October 2014
Lactabumin Membantu Tumbesaran Anak-Anak
Tahukah anda untuk membantu tumbesaran anak-anak kecil, ibu dan bapa perlu memberi susu yang mengandungi Lactabumin. Kenapa ye kena ada Lactabumin?
![]() |
| Lactabumin biasanya dirumus dalam susu formula kanak-kanak kerana ia sangat membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan pintar. |
Sebabnya lactabumin itu merupakan protein yang dihasilkan oleh 8 komponen protein. Ia juga merupakan protein premier dalam susu ibu dan yang kedua melimpah dalam susu lembu. Turut hadir dalam protein ini adalah asid amino cystene. Kompaun ini berfungsi untuk meningkatkansistem imun.
Kelebihan Lactabumin adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang selera makan menambahkan seleranya serta meningkatkan berat dan perkembangan normal anak anda. Selain itu, ia juga membantu bayi yang dilahirkan pra-matang supaya pertumbuhannya berkembang dengan pesat.
Tahukah anda dalam Mealshakes mengandungi Lactabumin? No wonder la banyak testimoni kanak-kanak selepas minum mealshakes bertambah selera makan.
![]() |
| Menambah selera makan sengan mealshakes |
![]() |
| Mealshakes Terbaik |
![]() |
| Banyak membantu ibu-ibu pikat hati si kecil untuk berselera makan |
Apa yang paling istimewa dan penting Mealshakes merupakan multivitamin yang sihat dan selamat untuk diminum oleh anak-anak anda.
Kisah Anakku Yang Menyayat Hati
![]() |
| DAPATKAN MEALSHAKES SEMENTARA TENGAH PROMO HEBAT BULAN INI. BELI 3 DAPAT PERCUMA 1 BELI 6 PERCUMA 2 BELI 1 DAPAT 1 HUBUNGI: SHAKLEE ID 930073 |
Kisah Anakku Yang Menyayat Hati
Location:
Malaysia
Wednesday, 22 October 2014
Mengapa Selalu Mengantuk dan Lesu?
Kerja seharian di ofis selalu menyebabkan kita letih. Surirumah pun selalu juga letih, menguruskan hal anak-anak, suami dan juga hal2 rumah nampak aje mudah, tapi sememangnya memerlukan tenaga yang banyak. Apabila kita selalu letih, sudah tentu kita lesu dan selalu mengantuk untuk berehat. Badan pun dah xda energy untuk buat kerja kan?
Xkira apa pun pekerjaan yang kita lakukan tenaga yang banyak boleh membantu kita melakukan kerja dengan baik dan pantas. Tahukah anda apa sebenarnya punca mengantuk dan kelesuan kita ni? Saya pun selalu alami masalah seperti ini, sekarang ni saya atasinya dengan pengambilan vitamin semulajadi dari Shaklee. Alhamdulillah ia sangat membantu menambah tenaga dan mengekalkan tahap kemengantukan saya ini.
Namu apa sebenarnya punca-punca kita rasa ngantuk dan keletihan ini?
![]() |
| Betul ke kekurangan air menyebakan kita berasa mengantuk walaupun cukup tidur |
- Kekurangan zat besi dan vitamin B12-Kekurangan zat besi dan vitamin B12 boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sistem darah dengan membantu membawa oksigen ke serata badan. Zat besi pula penting dalam penghasilan darah merah. Tanda-tanda penghidap anemia ialah kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah ambil B12.
- Dehidrasi - Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mntal boleh terganggu dan menjadi lembap. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan badan menjadi letih dan lemah. Sekiranya anda rasa letih dan tidak mampu berfikir dengan baik serta diiringi dengan rasa mengantuk,cuba minum satu hingga 2 gelas air dan lihat kesannya.
- Kurang tidur atau tidur yang tidak berkualiti - Buan mudah untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yang gagal tidur dengan lena disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Tidur yang cukup bukan semata-mata untu kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan kita.
- Kekurangan Tenaga - Makan yang sedikit dan diet yang keterlaluan juga menyebabkan kita hilag tenaga seterusnya mengakibatkan keletihan dan rasa mengantuk. Apabila paras glukosa rendah, anda akan lemah dan muda pitam. Jadi sarapan pagi jangan skip, wajib ambil walaupun hanya sekeping roti atau segelas minuman berprotein tinggi.Ia sangat membantu untuk kita fokus pada kerja kita.
- Sleep Anea (Gannguan semasa tidur) - Apnea disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersekat ketika tidur. Ia menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda bangun kerana sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi mungkin anda tidak sedar. Hasilnya anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda disiang hari akan merudum. Langkah keselamatannya anda perlu mengurangkan berat badan anda. Jika tidak ia berisiko untuk mendapat stroke. dan serangan jantung.
- Penyakit Kencing manis - Walaupun kadar gula tinggi dalam darah, disebabkan sel2 tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik tenaga tetap tidak dapat dihasilkan. Akibatnya kita pesakit kencing manis akan mudah letih. Tips atasinya kena kawal pemakanan juga iaitu kena diet seimbang dan kawal pengambilan kalori.
Untuk mengatasi masalah seperti ini, pemakanan yang seimbang dan kaya zat besi perlu diambil. Jika anda susah untuk makan makanan yang kaya zat besi, anda boleh cuba multivitamin Vitalea Iron Formula untuk dapatkan zat besi yang cukup setiap hari.

Multivitamin tertua Di Dunia, Kaya dengan Zat Besi. Khas untuk mengatasi anemia atau kekurangan darah
Hubungi Saya Pengedar Multivitamin Vitalea untuk atasi masalah keletihan dan rasa mengantuk anda.
![]() |
| Multivitamin tertua Di Dunia, Kaya dengan Zat Besi. Khas untuk mengatasi anemia atau kekurangan darah |
![]() |
| Junaida Watie Whatsapp/sms 019-9895564 My IG (Instagram) |
Labels:
Keletihan< Anemia.,
Masalah mengantuk?
Location:
Malaysia
Tuesday, 21 October 2014
Perlukah Peluk Anjing?
Isu peluk pegang anjing sedang hangat dibicarakan. Sehingga ada yang menganjurkan program pegang anjing iaitu "I want to touch dog". Kadang-kadang xfaham dengan apa kemahuan manusia sehingga benda yang xsepatutnya berlaku telah berlaku.
Semacam tiada kerja lain kan selain memegang anjing. Banyak lagi haiwan yang wajib dibelai contohnya macam kucing, tetapi takda pulak yang anjurkan program belai peluk manja kucing tu. Hai xfaham betul dengan manusia sekarang. Hanya mampu mendoakan agar mereka sedar dan tidak melakukan lagi perkara seperti itu lagi.
Hukum memegang anjing.
1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis.
Ini berdasarkan hadis:“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]
Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.
Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.
**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada “alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)”, ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.
Hukum membela anjing2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:
i. Untuk menjaga hartaii. untuk menjaga tanamaniii. untuk menjaga ternakaniv. sebagai anjing untuk memburuv. menjaga keselamatan keluarga
“Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.”[Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.”[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]
Juga daripada Ibnu Umar berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak.”[riwayat Muslim no. 1571]
“Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari”[Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar”[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Syaratnya:1) HARAM bela anjing di dalam rumah2) WAJIB beri makan minumnya3) HARAM mendera atau mencederakannya4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja
**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.
3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.
Rujukan:Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad ‘Ata)Sama-samalah kita mendoakan agar semua Islam sedar dan tidak mengikut perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Banyak lagi perkara yang lebih baik kita buat selain dari memegang anjing dengan sengaja. Wallahualam..
Monday, 20 October 2014
Krisis Pemulihan Terhadap Pengambilan Suplemen
![]() |
| Apakah Krisis Pemulihan? |
Krisis pemulihan merupakan suatu proses penyembuhan atau pembaikpulihan setelah seseorang itu mengambil apa-apa jenis ubat atau vitamin. Pernah atau tidak mengambil ubat, vitamin atau makanan tambahan dan selepas itu anda mengalami beberapa perkara yang menyakitkan atau pun pelik. Contoh, pening, mual, kencing bertukar warna, sakit pinggang dan banyak lagi jenis penyembuhan mengikut masalah penyakit yang anda alami. Namun, tahukah anda ia hanya sementara sehingga ia serasi dengan tubuh badan anda barulah ia menunjukkan kesan yang baik.
Sesetengah orang akan mengalami suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen dietry. Simptom seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ia merupakan tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen krisis pemulihan terjadi.
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya terjadi untuk beberapa hari, namun tubuh yang lemah tersebut mengambil masa yang lama untuk sembuh dan pulih.
Keadaan ini berpunca dari toksin yang bertimbun dalam tubuh kita seperti sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan.
Jadi, suplemen dietry sangat membantu mmpertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita. Semasa proses detoksifikasi ini berlangsung, kita mungkin mengalami pening, lesu, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan sebagainya.
Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.
Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.
Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?
Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.
Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.
Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.
Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.
Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.
Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan.
Mengapa Ini Terjadi?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.)
Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:
1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik
Semasa proses pemulihan, minumlah air bersih yang cukup dan rehat sepenuhnya serta lebihkan makanan seperti buah-buahan dan sayuran.
![]() |
| Tips hadapi Healing Crisis |
Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.
![]() |
| Beberapa krisis pemulihan yang terjadi setelah makan suplemen kesihatan. |
Kesimpulannya, proses pemulihan tetap akan berlaku sekiranya anda mengambila suplemen kesihatan. Ingat yer, jangan berhenti dan menganggap ia sebagai kesan buruk ambil suplemen kesihatan. Biasanya mereka yang terus berhenti apabila mengamalkan suplemen kesihatan, masalah kesihatan yang mereka alami akan kekal sampai bila-bila tanpa ada proses penyembuhan. Jika anda nak sembuh anda kena cekal melalui proses penyembuhan dahulu. InshaAllah anda akan lalui dengan mudah jika anda faham.
![]() |
| Junaida Watie ~ whatsapp/sms 019-9895564 http://instagram.com/duta_langsing_dan_cantik http://www.empayarmarlisha.com/ |
Location:
Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)










