"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, 13 November 2014

Produk Kesihatan Rambut Semulajadi

Bagaimana anda menjaga kesihatan rambut anda? Produk rambut di pasaran sekarang belum tentu selamat kan? Kebanyakkan semua bercampur bahan-bahanya belum tentu selamat daripada bahan kimia. Tahukah anda bahan kimia amat bahaya pada kulit manusia? Jadi kita perlu bijak memilih pembersih rambut yang selamat dan menyihatkan rambut. 

Hari ni jue nak memperkenalkan produk kesihatan rambut yang semulajadi dari Shaklee yang jue sendiri baru aje guna setelah timbul kesedaran supaya untuk menggunakan yang semulajadi sahaja. Jom kita berkenalan dengan produk untuk rambut sihat yang jue guna ni.

Revitalizing Shampoo

Revitalizing Shampoo

Ia berfungsi untuk membersih dan memulihkan lantunan dan sinaran muda. Ia mengandungi sistem pembersihan yang patent-pending. Diformulasikan dengan humectants dan protin berasas sayuran untuk kutikel rambut yang licin.

Ia juga mengimbangi kulit kepala dan menyemai rambut dengan humectant, membantu mengurangkan kusut dan mengekalkan imbangan kelembapan dan kilauan.
Setiap kegunaan membuat rambut nampak dan rasa:
  • Bersih - Menanggalkan minyak berlebihan, kotoran dan produk dandanan.
  • Kuat - Tidak menanggalkan kelembapan penting, jadi kutikel rambut sentiasa licin dan tahan dari rosak, walaupun dalam keadaan basah.
  • Lantunan - Anti-statik dan tidak mengering jadi rambut mengekalkan flet dan daya tahan semulajadi.
  • Menyegarkan- menampilkan Scalp Health Complex untuk menenangkan dan melembapkan, membuat kulit kepala rasa selesa dan bertenaga.
Lightweight Conditioner

Lightweight Conditioner

Ia berfungsi memulihkan tekstur dan kekuatan dan membantu mencapai volume dan kondisi optimum.
  • Ringan - menyuburkan dan melindungi rambut tanpa memberatkannya, supaya ianya boleh digunakan setiap hari.
  • Bebas Kusut - Pelembap ringan melicin dan mengasingkan rambut, supaya sikat anda bergerak dengan mudah, didalam keadaan basah atau kering.
  • Mudah diurus - Agen kondisioner semulajadi melembutkan rambut dan meghapuskan statik untuk pengendalian mudah dan penggayaan.
  • Volum - meningkatkan kekuatan rambut dan kilat dan membantu menebalkan rambut halus untuk lebih body dan lantunan.
Lightweight Conditioner, menampilkan Scalp Health Complex, menyerap kutikel rambut untuk mengekalkan imbangan PH dan hidrasi kulit kepala. Ramuan bersumberkan tumbuhan membantu memberi volume dan penstrukturan semula permukaan bilah rambut supaya ianya kelihatan dan rasa:

Dan ada lagi satu yang jue suka sangat adalah 


(Serum) Nourishing Scalp Treatment Shaklee

Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment yang mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi. Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan Shaklee

ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment merupakan formula esklusif yang mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semulajadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada istem Penjagaan Rambut ProSanté.


Ok setakat ni jue baru cuba 3 item produk rambut lain sahaja. Yang lain2 tu belum try lagi tapi yang pastinya dah tentulah semua produk kesihatan rambut Shaklee ini selamat digunakan.


Yang lain-lain boleh tengok di sini ya... Produk Penjagaan Diri dan Kecantikan


Sekian itu je info yang jue nak bagitahu, apa-apa pun pastikan anda memilih produk sihat yang semulajadi, selamat daripada kandungan merbahaya. Baik untuk melindungi diri daripada penyakit. Mengelak lebih baik dari mencegah tau.


Untuk mencuba boleh hubungi 


Junaida Watie
Sid Shaklee yang aktif dan berilmu
930073
Whatsapp/sms 019-9895564
Nak berkenalan pun boleh di IG Duta Langsing dan Cantik









Wednesday, 12 November 2014

Set Bersalin Moden Terbaik

Selalunya bila hampir melahirkan bayi, tentu ramai ibu-ibu hamil yang mencari set apa yang sesuai dan diyakini selamat untuk gunakan semasa berpantang nanti kan? Jadi, untuk mencari set bersalin terbaik, anda perlu servey juga keselamatan dan keberkesanan terhadap tubuh badan anda. Jangan main redah je beli set bersalin, takut nanti kita yang kerugian dari kewangan dan kesihatan. 

Ibu Berpantang yang Nak sihat kena ambil Nutrisi Semulajadi

Pada jue, set bersalin yang terbaik datangnya dari ramuan yang tulen, berkualiti, selamat, halal, dan yang penting ia berkesan menyihatkan tubuh badan si ibu lepas bersalin. Set bersalin yang menjadi pilihan hati jue adalah Set Bersalin Shaklee. Ia moden sebab hanya berbentuk pil atau tablet yang semulajadi. Tiada langsung bahan kimia yang diletakkan. Selain itu setiap jenis tablet telah melabur lebih $30juta untuk menjalani ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Secara ringkasnya mengenai Set Bersalin moden yang ada adalah Vitalea, B complex, Sr Vita C Plus dan Zink.


Penuh Nutrisi untuk ibu lepas bersalin yang sangat banyak memerlukan vitamin dalam badan.

Ibu yang baru lepas bersalin kehilangan banyak darah, jadi Vitalea Iron Formula perlu diambil agar darah hb ibu tidak turun. Selain itu, Vitalea akan mencukupkan segala nutrisi dan zat besi yang diperlukan oleh setiap ibu lepas bersalin.


Sr vita-C Plus pula, memberi imun yang lebih kuat agar kesihatan ibu terjaga semasa berpantang. B-complex pula boleh melegakan stress dan kemurungan ibu dalam berpantang akibat dari kepenatan siang malam menyusu dan menjaga bayi. Cubalah b complex ni ia memang sangat berkesan.
 

Ibu Berpantang memang digalakkan ambil B complex untuk redakan stress dan kepenatan


Dan Zinc complex pula boleh membantu luka bersalin normal dan ceaser cepat baik. Fungsinya seperti yang kita dapat dengan memakan ikan haruan hidup2..aiyaak yang ni memang jue xsanggup. Rela jue telan zinc complex untuk merawat luka bersalin tu..


Haa rasanya itu je yang ada dalam set asas Bersalin Shaklee yang moden ini. Jika ingin lebih nutrisi boleh tambahkan dengan Esp Shaklee, Alfafa (untuk ibu menyusu), ostematrix (untuk tulang dan gigi yang kuat, juga sebagai pengganti minuman susu). Oleh itu, jangan lupa memilih hanya yang semulajadi dan berkesan. Ini untuk kesihatan jangka masa panjang kita juga. Kesihatan harus diutamakan.

Jika ingin mencuba dan mendapatkan set ibu bersalin moden ini anda boleh berhubung dengan Jue di talian 019-9895564. Boleh whatsapp, kol, ataupun sms. nak tengok di IG pun boleh hanya klik di sini





Tuesday, 11 November 2014

Kencing Manis Bagi Ibu Hamil

Kencing manis semasa hamil atau pun lebih dikenali dengan nama Diabetes Gestasi ini adalah kencing manis yang dihidapi kali pertama semasa kehamilan. Ia terjadi apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Risiko bayi Besar sangat tinggi jika ibu hamil alami kencing manis

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 


Bagaimana ingin ketahui samada ibu hamil mempunyai diabetes atau tidak?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. 
Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini. 
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:


  • dahaga yang terlampau;
  • penglihatan kabur.

Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.


Kesan Kencing Manis Terhadap Kehamilan

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda. 


Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 


Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 


Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.


Siapakah yang berisiko untuk mendapat Diabetes Gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika: 
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
  • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
  • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana Diabetes Gestasi di Rawat?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik. 


Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. 


Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya. 


Anda perlu melakukan scan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.


Bagaimana Jika Ibu Hamil Tidak Dapat Mengawal Penyakit Dalam Diet dan Senaman?

Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri. 


Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran. 


Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?

Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan. 


Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal. 


Jika ibu hamil mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan ibu hamil tersebut menghidapinya lagi?

Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali. 

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama. 

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya. 

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi. 


Apa yang ibu hamil perlu lakukan jika ibu hamil sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?

Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan. 


Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik. 


Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda. 


Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin. 





Monday, 10 November 2014

Testimoni Shaklee Collagen Powder

Hari seronok bila tiba-tiba je jue dapat whatsapp dari seorang ahli shaklee juga. Bertanyakan tips bagaimana jue boleh kekal menjadi pengedar shaklee walaupun shaklee selalu difitnah dan diviralkan dengan maklumat yang tidak betul tentang produk shaklee. Dan satu lagi soalannya adalah bagaimana muka jue boleh jadi gebu dan licin. Ini dia kata ye bukan jue kata hihi.

Terima kasih sis atas soalan dan pujian yang diberikan. InshaAllah jika kprang semua konsisten amik kolagen shaklee pasti dapat kulit yang licin dan sihat juga.


Jadi, soalan pertama tu jue dah beri jawapan padanya, dan soalan kedua tu jue bagitau jelah ape produk yang jue konsisten guna. Xtinggal2. Produk jue amik adalah set kecantikan dan set kurus. Itu je yang jue maintain guna sekarang. Xperlu nak tambah set kesihatan sebab dalam set kecantikan dn kurus dan ade nutrisi yang sihat untuk dalaman.

Jadi hari ni jue nk letak beberapa testimoni shaklee collagen sebenarnya, lari tajuk pula hihi. Bukan ape nak kongsikan kegembiraan setelah dapat whatsapp yang menyatakan kulit jue nampak licin. Ada kaitan dah tentu sebab jue sendiri pun amalkan kolagen shaklee.

Ni mukaku setelah maintain makan kolagen shaklee, sebelum ni pelbagai kolagen dah guna tp xdelah best macam kolagen shaklee.
Muka jue sebelum tu inshaAllah nanti jue tunjuk sebab dalam phone ninxda gambar lama semua gambar yang dah amal kolagen..maklumlah phone baru jek beli sb phone lama buat hal. Xkisah la yg tu sebab fokus utama nak tunjuk keberkesanan shaklee collagen ni je.

Kat bawah ni ada testimoni dari customer2 shaklee
yang dah lama konsisten kolagen shaklee.








Ok rasanya tu je testimoni buat kali ini. Jangan lupa tau kalau nak kulit lebih gebu dan licin korang kena cari kolagen shaklee yang dah nyata selamat, halal, semulajadi dan berkesan ini. Boleh whatsapp jue 0199895564 untuk konsultan produk.





Saturday, 8 November 2014

Kalau Aku Kaya!




Mmm kali ni entri mengenai apa yang jue akan buat jika jue kaya. Alahai memangla best kaya, kalau kaya macam-macam ju nak buat.

First sekali dah tentulah ingin menunaikan impian dalam VB jue.Antara list yang ada dalam VB jue tu adalah :
- Membantu ibu ayah untuk mengerjakan haji/umrah dari segi kewangan.
- Sedekah pada yang memerlukan
- Income setiap bulan maintain atas rm10k.
- Kebebasan kewangan ( xnak ada hutang lagi)
- Memiliki kereta idaman iaitu Honda Stream model Terbaru
- Coordinator Februari 2015
- Master sebelum Januari 2015
- Dapat membeli apartment di Anggerik Villa.

InshaAllah kalau jue kaya memang segala yang diimpikan ini memang nak ditunaikan.


Friday, 7 November 2014

Kolagen Pilihan Hatiku

Seperti mana yang kita tahu, setiap orang ada kolagen dalam badan. Setelah kita berumur lebih dari 25tahun, kolagen akan mula menyusut. Sebab tu jika kita sayangkan kulit muka dan kesihatan kita, kita perlu amalkan kolagen. Ia bukan sahaja untuk menjaga kesihatan otot seperti menguatkan sel2 otot yang dah longgar akibat umur yang meningkat. Ia juga boleh mengelakkan masalah sakit lutut bagi golongan warga emas.

Jika kita perasan, jika seseorang itu mengamalkan kolagen dari 25tahun dia sememangnya susah untuk nampak tua, jeragat pun tiada. Itu bagi mereka yang amalkan kolagen dari mudalah.

Pernah dengar tak dengan mengamalkan kolagen shaklee kita akan nampak 10tahun lebih muda? Itu jika kita amalkan dengan konsisten la. Kalau selalu skip tu tepuk dada tanya diri sendiri hihi.

Kolagen Shaklee untuk Siapa?

Hebat sangat ker kolagen Shaklee tu. Berlambak lagi kolagen yang lagi hebat dari Shaklee tu kenapa nak pilih kolagen Shaklee juga. Persoalannya bukan soal hebat atau tidak, ia sebenarnya bergantung pada bahan dan pada keberkesanan terhadap sesuatu produk kolagen.

Kalau nak tahu berat molekul kolagen yang terbaik adalah sebanyak 1000 dalton sahaja. Ringan kan? Jika korang pernah makan kolagen shaklee, perasan tak serbuknya terlampau halus dan terlampaulah ringan berbanding kolagen lain di pasaran. Ia kerana molekulnya sangat halus dan beratnya hanya 1000 dalton(berat molekul diukur dalam dalton).Dengan berat yang ringan itu, penyerapan lebih mudah dan berkesan yang mana ia dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Menurut pakar kolagen, kolagen yang terbaik adalah dari tumbuh2an dan haiwan. Macam kolagen Shaklee, ia merupakan kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. 7 bahan utama kolagen Shaklee iaitu esktrak biji benih Camelia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang2an, Lactobacillus acidophilus, vitamin C, dan vitamin B. Ia digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dalaman dan juga luaran.

Antara manfaat2 Kolagen Shaklee yang best adalah:

  1. Mengurangi kedutan dan garis halus
      2.  Membantu melembapkan kulit.

      3.  Membantu kulit lebih anjal dan bermaya

      4.  Menjadikan rambut dan kuku lebih sihat.

      5.  Membantu memutihkan kulit

      6.  Memperbaiki kesihatan sendi dan otot.

      7.  Penglihatan yang lebih baik.

Kolagen shaklee ni mudah larut dengam minuman atau makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera atau pada bila-bila masa sahaja.

Rasanya sebab itulah kolagen Shaklee ni kuat dihati saya. Memang dah lama cari kolagen yang terbaik ni. Ia dijamin keselamatannya, status kehalalannya yang sah, dan berkesan. Buktinya boleh dilihat di mana2. Dalam fb, blog dan ig semua ada..jue pun akan letak sedikit sebanyak testimoni yang ada. Entri akan datang jue akan letakkan ye sebab entri ni ju pakai phone xreti plak nak letak link nya. Jadi tengokla muka jue dulu yang merupakan pengguna tegar kolagen shaklee ni.

Amacam ok tak kulit muka pengguna Kolagen Shaklee ni.

Ooops baru teringat ada rupanya testimoni dalam phone jue ni..kita tengok yer

Testimoni jerawat di dahi semakin hilang

Testimoni jerawat hilang dan muka makin cerah dengan kolagen shaklee


Sebenarnya kulit muka perlu sihat dari dalam dan luar. Bukannya amik kolagen sehari terus putih melepak tau...takut2 bahan xelok diletakknya kat kolagen tu sebab tu ada sesetengah produk yg boleh nampak kesan segera tu. Hati2 lah ye kalau korang ade amik yang macam tu. Cek label dan bahan2 yang digunakan dulu barulah consume.

Lupa pula nak bagitahu, bezanya kolagen shaklee dengan kolagen lain adalah bahan yg digunakan memang selamat. Xde paraben, bahan kimia. Hanya yang semulajadi dari Shaklee. Oh thats why jue pilih Kolagen Shaklee ni tau hehe.

Ok sekian saje cerita menegnai kolagen yang menjadi pilihan hati jue..kalau korang nak cuba boleh contact jue ye di sini



Kereta Idaman Hatiku

Bercakap pasal kereta idaman memang setiap orang ada kan? Termasuklah orang yang tengah menulis nie hehe. Pernah dulu jue suka BMW, tapi citarasa tu dah berubah pulak dan inginkan sesuatu yang lebih exstream dan lebih besar untuk 1 family. Dulu bujang smartlah naik BMW, sekarang rasanya minat dan impian memang nak kereta Honda Stream. Kalau boleh nak yang baru berwarna hitam. Hitam itu kan menawan dan sentiasa nampak baru walaupu  dah lama guna.

Model Baru Honda Stream

Smart dan sederhana mewah

Moga impian memiliki kereta idaman ini termakbul
Jue percaya tidak mustahil untuk jue dapatkan kereta ini dengan berkat kegigihan dalam Shaklee. Apa yang penting sekarang jue memerlukan kekuatan dan usaha yang lebih untuk mendapat car bonus dari Shaklee. Bila syarat untuk dapat car bonus termakbul inshAllah impian untuk memiliki kereta idaman jue ni bakal termakbul.

Korang macamana pula? Jangan sesekali kita fikir kita xmampu kerana bila kita fikir macam tu kita jadi malas nak berusaha. Kehidupan pun masih ditakuk lama xnak berubah. 

Jom kita berubah supaya setiap di antara kita beroleh impian yang kita kejarkan. Segalanya mungkin jika kita usaha keras dengan Shaklee. Segalanya mudah jika kita bertindak maju ke hadapan tanpa menoleh dan berundur lagi ke belakang.

SEKIAN, 
Junaida Watie
Agen Shaklee yang punya Impian Besar 
019-9895564
sid 930073 
Visit My ig : Duta Langsing dan Cantik