"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday 7 September 2014

Tips Atasi Masalah Jerawat

Tak bestnya muka ni bila jerawat timbul kan, nak pulak timbul dibahagian yang memang orang nampak jelas. Aduss kenapa mesti wujud JERAWAT??. Apa lagi sibuk lah diriku ini membuat research di google, cari maklumat sebanyak mungkin untuk dikumpulkan menjadi satu tips atau info berguna bagi merawat jerawat ini. Sebelum kita melangkah ke tips mengelak jerawat timbul adalah lebih baik kiranya kita mengetahui apa punca-punca yang menyebabkan jerawat ini timbul.

Jerawat timbul disebabkan oleh pelbagai sebab.



  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang dan ubat steroid
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

  • Jom Atasi JERAWAT. Benci Jerawat!
    Secara amnya tips mengelak dari timbulnya jerawat ini adalah seperti di bawah ini:-

    1) Elakkan makanan berlemak dan bergorengmeningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah dari kabohidrat dan lemak. 


    2) Elak makanan dari karbohidrat yang diproses - kandungan gula yang diproses tinggi.
    3) Elak minuman berkafein dan berkarbonat - menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkabonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak.
    4) Elak Makanan yang diproses atau ditinkan - mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan 
    5) Sayur-sayuran dan buah-buahan
    6) Amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari
    Amalkan cara masakan memanggang, stim atau membakar (bake)
    7) Memakan makanan berserat tinggi seperti roti wholemeal, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi Omega 3, ayam organik, salad, jus buah-buahan segar, dan banyak lagi.
    8) Makan Suplemen elak Jerawat - Suplemen terbaik untuk mengelak jerawat adalah suplemen berasaskan vitamin yang semlajadi. Daku ni biasa amalkan Vitamin E(menghilangkan parut), Garlic(elak jangkitan), Vitamin C(memulihkan sel dan membina kolagen), dan juga B complex (jerawat disebabkan oleh kekurangan vitamin B6) untuk mengatasi masalah jerawat ini. Nanti daku akan update bila entri mengenai ringkasan suplemen khas untuk atasi jerawat ni yerrr.

    Selain itu, ada juga beberapa petua yang boleh digunakan untuk mengatasi atau menghilangkan jerawat ni, jomlah jue kongsikan hasil dari pencarian di google nih.

    1. Pencucian muka menggunakan produk pencuci muka antibakteria.
    2. Jika menggunakan produk rawatan jerawat, sapukan juga pada kawasan yang terdekat dan bukannya ditempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.
    3. Amalkan penggunaan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori dari kekotoran. 
    4. Penggunaan alat solek atau penjagaan muka non-comedogenic supaya tidak berlaku iritasi ataupun alergi pada kulit.
    5. Membuat rujukan kepada pakar dermatologi tentang cara membuang bintik hitam tanpa meninggalkan kesan parut.
    6. Elakkan menyentuh muka tanpa memastikan tangan itu bersih terdahulu. Ini kerana tangan merupakan anggota badan yang paling banyak mempunyai bakteria.
    7. Jangan sesekali memicit jerawat kerana ianya boleh meninggalkan kesan parut.
    Bestnya Kalau kulit Selicin ini.

    Jerawat oh jerawat, moga-moga dengan adanya perkongsian mengenai punca dan cara atasi masalah jerawat ini dapat membantu korang semua untuk memanfaatkannya. Kalau nak kulit bersih, cantik kenalah usaha sikit untuk mendapatkannya. Kalau malas nak cuci muka tu dan dibiarkan selalu berminyak dan selalu terdedah dengan kotoran korang paham-paham sendiri lah ye. Hehehe. Nak cantik kena rajin dan elak apa-apa yang patut dielak ye. Semoga berjaya mendapatkan Kulit licin tanpa Jerawat. Ameen.

    Junaida Watie : FB
    Whatsapp : 01998955643
    Duta Langsing dan Cantik Anda :)



    No comments:

    Post a Comment