"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 13 October 2014

Kenapa Susu Soya ESP sangat Berkualiti dan Selamat?

Tidak dinafikan ramai yang anti soya. Ramai yang mengatakan susu soya tidak baik untuk kulit, untuk kesihatan dan boleh menyumbang kepada kesihatan yang tidak baik. Betulkah? Jika susu soya diproses dengan cara mengubah genetik organisme soya itu (GMO), ya itu sememangnya sangat tidak digalakkan. Dah banyak kali rasanya jue cerita kat blog ni tapi disebabkan jue memang suka sangat2 susu soya yang anti GMO ni jadi cerita banyak kali pun rasa best jer.

Beza Susu ESP Shaklee Berbanding susu soya Lain.

Jadi, nasihat jue apabila kita ingin membeli susu soya, kena ingat susu soya itu mestilah anti GMO, dikawal rapi pemprosesannya supaya dapat mengekalkan asid amino yang penting dalam tubuh badan kita. Apakah itu Asid amino?

Asid amino merupakan protin yang terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan  protin yang berbeza mengikut keperluan protin dan enzim manusia yang diperlukan oleh tubuh.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga pengeluarannya.

Dah terbukti susu ESP ni selamat digunakan. Tidak juga memberi kesan buruk malah berganda kebaikan yang akan diperolehi pada pengguna. Cuba anda bayangkan, susu soya di pasar malam yang diproses sendiri, adakah ia dimasak dengan suhu sederhana? Tidak bukan, semestinya dengan suhu tinggi dan akhirnya memusnahkan segala asid amino perlu. Jadi khasiat apa yang kita dapat dengan minum susu soya itu?

Renung-renungkan sendiri, susu soya jika diproses dengan cara yang baik ia tidak akan menyebabkan pelbagai penyakit, tiada masalah kulit gatal-gatal malahan kulit bertambah baik kerana ia membina sel-sel baru. Sebab itu mengapa kebanyakan ibu-ibu menyusu yang amalkan susu soya esp lebih berseri kulitnya. Niat untuk menyusui bayi telah mendapat bonus kulit yang lebih cantik. 

Sekian saje info susu soya hari ini :))

Junaida Watie
http://www.empayarmarlisha.com/
http://instagram.com/duta_langsing_dan_cantik
019-9895564




2 comments: