"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday 2 October 2014

Siapa Saya?

Saya bukan artis, saya bukan YB, saya bukan cikgu, saya juga bukan Doktor. Jadi siapa saya? Saya Adalah Pengedar Shaklee yang tersangat tegar menggunakan produk Shaklee. Yang suka mengkaji setiap produk dalam Shaklee agar saya yakin untuk menerangkan tentang kebaikan semua produk Shaklee pada anda semua. Dengar jer produk Shaklee pasti ramai yang malas dah nak baca kan, tapi itu bagi orang yang tidak tahu betapa banyaknya khasiat setiap produk Shaklee. Sebab itulah saya masih kuat dan setia berkongsi tentang 1001 kebaikan yang saya dapat dengan menggunakan produk ini selama hampir 2 tahun ini dan telah menjadi pengedar Shaklee selama 1 tahun 2 bulan.

Sedikit info mengenai Saya

Saya Jue Pengedar Shaklee Anda di Kajang dan di seluruh Malaysia :)
Saya merupakan surirumah yang suka bekerja sendiri. Sebab apa saya suka kerja sendiri sebab saya jenis yang xsuka stress bila terpaksa bekerja di bawah orang hehe, sebab tula lepas je mendirikan rumahtangga saya terus resign dari menjadi penolong pengurus syarikat bapa saudara saya. Walaupun kerja dengan bapa saudara saya, saya tetap stress kerana kerja yang diberikan terlampau banyak hingga saya rasa tiada kebebasan langsung dalam hidup ini, Stress menjadi penolong pengurus yang selalu dibebani dengan panggilan telefon dari agen2 tempat saya bekerja.

 Itu cerita sebelum berkahwin, setelah berkahwin saya jadi surirumah, memang best sebab boleh makan, tidur, makan dan tidur hehe, tetapi saya selalu tercari-cari bisness apa yang paling sesuai untuk saya. Disebabkan suami saya adalah pegawai polis yang sedia maklum memanglah sibuk 24jam, jadi timbul pula rasa kekosongan dalam diri saya. Selalu saya search bisnes apa yang sesuai untuk saya jadikan sebagai kerjaya di rumah. Macam2 dah cuba, jual baju baby, tudung, shawl, masuk MLM yang hampeh, melabur saham emas, semua tu tak berguna bagi saya. Tapi perkara dah berlaku xmampu untuk kita elak balik, redha dan teruskan pejuangan di depan mata sahaja.

Skipla cerita bab-bab awal perkahwinan saya dulu sebab lama saya boring jadi surirumah hingga anak dah 2 barulah hidup saya kembali busy dan ceria. Ceria disebabkan oleh anak-anak dan Shaklee, sebenarnya saya harus berterima kasih pada anak-anak kerana mereka saya menjadi dstributor Shaklee yang kekal hingga kini. Ada banyak cerita mengapa saya terjebak dan terjatuh cinta dengan Shaklee. Kalau nak tahu bolehla baca di sini.

Selain itu, saya pernah juga tulis entri kisah anak saya yang mempunyai masalah sembelit yang kronik. Memang menyedihkan bila anak kita sakit kan, jadi kisah ini buat saya bertambah2 yakin dengan produk Shaklee terutama Mealshakes yang bagi saya memang berkesan digunakan.

Rasanya tu jer yang dapat dikongsikan buat tatapan anda semua Semoga jangan boring ye sebab saya ni memang pengguna dan pengedar yang setia dengan Shaklee. Sebab tu kalau boleh semua produk Shaklee saya nak cuba hehe..

Sekian saja pada kali ini, terima kasih kerana sudi membaca sampai habis :)

Boleh berkenalan saya di Facebook Junaida Watie Lihat info shaklee di page saya Marlisha Health N Beauty dan add saya di instagram Duta Langsing dan Cantik da hubungi saya direct di 0199895564.

Ok bye :) nice to meet u olls

No comments:

Post a Comment